Wednesday, August 01, 2007

Marah

Jangan marah, nanti kena jual kata Abdul Wahub.
Bapa mertuanya tetap marah, maka
beliau dan pembantunya pun dijual.

Manusia mudah sangat menjadi marah. Di jalanraya, di restoren, di pasar raya, di telefon, di hospital, malah dalam Dewan Rakyat pun marah-marah. Di mana-mana saja orang boleh marah, waima di Masjid atau di Surau.

Selalunya, kita marah bukan kerana sesuatu yg berlaku. Tetapi, kerana tidak mendapat apa yang kita harapkan. Itu yang yang membuat kita menjadi marah.

Misalannya anda masuk ke sebuah restoren. Anda mnegharap akan dilayan dengan cepat. Sebaliknya pelayan tidak hiraukan anda, kerana dia ada prioriti yang lain. Setelah lama menunggu anda menjadi marah.

Di sini bukan pelayan itu yang bersalah, kemahuan anda untuk dilayan segera puncanya. Pengharapan yang tidak tertunai ini membangkitkan perasaan marah.

Ramai orang tidak sama pendapatnya dengan kita, dan dalam banyak keadaan perancangan kita tidak sentiasa berjaya. Oleh itu, semakin kurang kita berharap kepada orang atau dalam hidup ini, akan lebih tenteramlah jadinya diri kita.

Orang pemarah selalunya menganggap diri mereka sahaja yang lebih penting dan sentiasa betul dalam apa juga keadaan. Jika mereka tidak dapat apa yang mereka hajati, mereka menjadi marah. Oleh itu, bersabar, dan beri peluang pada orang lain pula, sesekali, mendapat apa yang mereka mahukan.

Terdapat lebih 22 juta manusia di negara ini. Untuk mereka mendapat apa yang mereka mahukan, ada kalanya, kita harus pulang dengan tangan kosong dan redho dengan keadaan itu.

16 comments:

Azlan Zed said...

hurm, macam ada makna tersirat. :)

tokasid said...

Salam pak zabs:

Betul tu pak. Orang marah kerana tak dapat apa yg di harapkan. Tahap kemarahan juga bergantung kepada betapa tingginya harapan org yg mengharap.

Marah adalah salah satu fitrah insan. Sebab itu ALLAH dan Nabi s.a.w. sering menyeru insan agar bersabar.Sampai ALLAh dalam surah al-Asr memberitahu kita org yg beruntung adalah mereka yg berpesan dgn kebenaran dan sabar.

Al-'Asr

[1]
Demi Masa!
[2]
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
[3]
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.


Pak ,anak pak si Alan zed macam terasa dgn entry ini je...heh3..sabar org muda.

ZABS said...

Alan: Tulisan tu, takda yang tersirat, apa yang tersurat itulah dia,kerana itulah juga realtinya.

TA: Terima kasih kerana tambah nilai entri ini dengan yang cukup relevan itu. Alan tu saje2 je tu. Birthday dia hari tu, dia kena keje. Tapi dia takde marah2 pulak....

blackpurple @ jowopinter said...

Marah yang terkawal adalah normal tapi kalau melampau-lampau, itu sudah satu 'penyakit jiwa' juga sebenarnya.

BayuKK said...

ermmm...tak suka kena marah..:)

sebab marah akan merosakkan emosi kita dan segala - galanya akan terganggu oleh marah itu sendiri..

tapi itulah kekadang ada juga orang - orang yang BIKIN PANAS nie hingga menyebabkan kita marah...apapun sabar sajalah...

ZABS said...

BP: "Marah yang terkawal", kontrol macho ke?

Bayukk: Panas lawannya sejuk, jangan ditambah panasnya lagi.

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs
Overseas, there are anger management classes for people who cannot control their anger.
I wonder if there are any here.

ZABS said...

Salam Fauziah,
Ada course tu. Cuma di sini orang tak anggap ia satu "penyakit". Jadi ia seperti sesuatu yang biasa je la, sampailah bila ada perkara buruk terjadi, baru nak ambil tindakan. Misalannya, ibu dera anak sampai mati. Boyfriend bunuh anak kekasih dia. Masa tu dah terlambatlah kan.

13may said...

Salam PakZabs,
Setuju ngan PakZabs...
marah berkaitan ngan harapan...
dan mungkin juga berkaitan ngan kepuasan...
bila harapan kita dipenuhi..kita akan rasa puas...
jika sebaliknya...kita jadi marah...

lagipun biasa la..manusia mana pernah puas...

:)

Accia said...

salam pak zabs,
kalau baca entri ni pasal kena jual, tak jadi marah.

Accia said...

pak zab,
nak tanya lah sikit. kenapa bila saya tulis komen, ada gambar tong sampah kat situ? orang lain tak de tong sampah pun pak zab?

ZABS said...

May: Kalau sentiasa tak puas je, semua orang pun akan jadi marah.

Accia: Tong tu ada bila anda dah komen dan log in. Ia tanda anda boleh delete komen kalau tak siarkan dengan tekan tong tu.Orang punya takda, jadi kita tak boleh delete komen mereka. Orang lain itu pula bila log in, akan ada tong pada komen dia,untuk tujuan yang sama.

Accia said...

oh! alright. Sorry pak zabs,i've never come across such a tong before. i guess its because i never need to log in. Thanks pak zabs! :D

tokasid said...

Salam pak zabs and Accia:

What tong sampah??

13may said...

Tong sampah apa plak nih??

ZABS said...

Tokasid dan May: Tanda kecil macam tong sampah yang muncul di sebelah bawah kiri, komen yang telah kita published. Kalau kita nak delete komen, jika tersalah, boleh lah tekan tanda tong sampah tu.