Saturday, September 06, 2008

Mahal Harganya Ni...

Biasanya apabila ke pasar tani atau ke pasar Ramadhan, bila bertanyakan harga, peniaga akan sentiasa berkata harga yang mereka jual adalah lebih murah dari murah. Tetapi kini ia tidak lagi begitu.

Situasi Pertama:

Oleh kerana teringin makan goreng cempedak, kami singgah di satu gerai yang ada menjualnya.

Melihat keadaan cempedak yang sudah siap digoreng di situ, kurang menarik, isteri bercadang membuat sendiri dan ingin membeli cempedak yang ada dijual.

Apabila di tanya harganya tuan gerai dengan perasan serba salah memberitahu: "Mahal harganya ni."
Isteri berkata: "Takpalah kalau mahal pun, kami nak beli juga". Maka makan goreng cempedak mahallah kami pada petang itu.

Situasi Kedua:

Semasa berhenti membeli ikan bakar di sebuah gerai di satu pasar Ramadhan, isteri bertanya kepada tokeh ikan bakar, apa ikan yang baru diletaknya itu.

Tokeh itu dengan endah tidah endah je dan dengan selambanya berkata: "Ini ikan siakap. Mahal ikan ini."

Oleh kerana telah memilih ikan lain untuk dibeli, maka komen mahalnya itu, tidaklah kami endahkan. Tetapi di dalam hati ingin juga berkata: "Bukan ikan tu je yang mahal. Semua apa yang kamu jual ni pun, harganya memang cekek darah".

Asraghfirrullah.... Nasib baik tidak berkata begitu.

8 comments:

MA & Brood said...

Salam Zabs,

Saya cuma kirim kat anak-anak saja untuk membeli apa-apa yang mereka mahu. Kalau saya sendiri pergi, mungkin dah kurang pahala puasa saja melihatkan harga-harga yang dijual di situ.

Pp said...

:-) sounds like a new trend of reverse saikologi yang di gunakan penjual mengambil kesempatan dari harga barang naik - mereka dulu cakap mahal dan bermain dgn emosi kita...


pp

Zabs said...

MA: Pasar Ramadhan dah depan mata, rasa malas nak pergi agaknya. Lagi pun saya tengok dalam seminggu ni, macam lesu je sambutanya. Mungkin hujan salah satu sebabnya jadi gitu.

PP: Saya rasa gitu juga. Tapi ada juga yang masih maintain harga tahun lepas, dan masih tidak kecilkan kuehnya.

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs
If it is expensive, why sell it in the first place?
I haven't gone to any bazaar Ramadan yet but the other half told me he saw a gerai selling pulut panggang at RM1.50 a piece.
Buyers asked the stall owner how much each cost and when told, "RM1.50 satu", they said thank you and walked away.

Abahnajwa said...

Pak Zabs..

Cemana kehidupan kat sana sekarang ye Pak Zab? Serba mahal..nilai wang kini makin susut..sedih bila memikirkan masalah negara ni...

Agaknya meriah lagi ker bazar2 Ramadhan di sana Pak Zab? Meriah dengan penjual ke pembeli?

jaflam said...

Salam Zabs,
Di Bangi walaupun mahal tetapi pasar ramadhan tetap penuh. Orang2 disini dah terbiasa dengan makan diluar jadi mahal pun dibeli.

Cuma pahala si penjual tu kuranglah sikit sebab ambil kesempatan pada org yang berpuasa.

Neeza Shahril said...

hehehe.. tak nak jual ke cakap cam tu? mungkin dia rasa sebelum pembeli cakap mahal, baik dia cakap dulu hehee.. jadi pembeli tak terasa yang benda memang mahal.. hehee..

Zabs said...

Fauziah: Sebenarnya pada saya harga tu tak berapa penting sangat, tetapi biarlah menimbulkan selera untuk dimakan. Jangan pentingkan keuntungan saja. Bila dah dibeli, tak selera nak dimakan dan membazir.

Abah: Sebenarnya masih okey disini. Harga barangan naik sedikit tu biasalah di bulan puasa ni. Mereka niaga sebulan nak untung setahun agaknya.
Seperti kata Jaflam, pasar Ramadhan tetap penuh.

Jaflam: Mereka fikirkan untung di dunia jelah agaknya tu.
Kami ke pasar Ramadhan untuk tambah2 apa yang tak sempat dimasak je.

Neeza: Tugas mereka menjual, tentukan barangan bermutu, cukuplah. Mahal2 pun orang akan beli, tak perlu beritahu.
Kalau barangan takde kualiti, dijual mahal lagi, orang tidak akan datang kali kedua dah..