Wednesday, September 24, 2008

Majlis Berbuka Puasa

Sepanjang bulan Ramadhan ini, surau di tempat kami mengadakan majlis berbuka puasa beramai-ramai setiap Sabtu dan Ahad. Pada hari2 lain hanya dua tiga orang sahaja yang berkesempatan untuk berbuka di surau, iaitu Bilal dan Iman.

Pada hari Sabtu (20.09.08) lepas, telah diadakan satu Majlis Berbuka Puasa yang telah dihadiri oleh lebih ramai jemaah dari kebiasaannya.

Pada majlis ini (untuk kali ke5) telah juga diadakan juga majlis penyerahan sumbangan HR kepada individu2 berikut:

i. 11 Orang Warga Emas
ii. 15 Orang Anak Istimewa/OKU
iii. 14 Orang Anak Yatim
iv. Seorang Ibu Tunggal &
v. 10 Orang Saudara Baru

Pengerusi Surau Al-Ittifaq sedang memberi ucapan sambil mengalu2kan para tetamu yang hadir pada hari itu.

Salah seoang tetamu OKU yang hadir pada hari itu.

Penyampaian sumbangan kepada seorang anak istimewa.

Sumbangan kepada sebhagaian anak yatim yang hadir.

Salah seorang saudara baru yang diberi sumbangan

Satu2nya syarikat bumiputra yang mengeluarkan aiskrim lembut (soft ice-cream), dengan jenama "mingomingo" turut menyumbang aiskrim untuk berbuka puasa.

Pengarah syarikat tersebut menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima.

YB yang berjiwa rakyat turtut hadir untuk berbuka puasa bersama.

Sabar menunggu waktu berbuka puasa.

Menikmati hidangan yang serba sederhana. Semoga puasa dan amal kebajikan yang dapat kita laksanakan pada bulan Ramadhan ini diterima Allah s.w.t. InsyaAllah.

14 comments:

NBK466 said...

Bagusnya surau aktif begini....

MA & Brood said...

Aisehman - kalau ikut perkara (iii) dan (iv) - saya eligible untuk dapat sumbangan tu . :D

Zabs said...

NBK: Aktif setakat termampu je. Ramai juga warga taman yang lebih rela ke surau lain dan masjid yang berhampiran. Ada banyak pilihan...

MA: Layak dari segi takrif je, tetapi dari kemampuan layak pula memyumbang kepada semua kategori itu. Hehehe...
Selamat Hari Raya Aid-ul-fitri, ma'af zahir batin.

alan zed said...

wah mingo mingo sudah maju... :D

Zabs said...

Alan: Nampaknya begitulah. Sekarang sudah tidak cukup kawasan untuk letak lori aiskrim mereka di sana.

pB said...

alhamdulillah

ada reseki lebih , baik di'sharing-sharing'

sya said...

Tak pernah jumpa eskrem mingomingo tu..

Zabs said...

pB: Sedikit sama di rasa. Tak perlu tunggu jadi jutawan nak jadi dermawan.
Takut tak sempat nak jadi menderma, duit tu jadi hak orang lain.

Sya: Masih belum tersebar luas tapio berkemabng dengan pesat nampaknya.

aNIe said...

Salam Zabs

Nampak meriah majlis berbuka puasa tu...kat sini pun masjidnya aktif...tiap kali menjelang raya pasti ada acara untuk anak2 yatim...

SELAMAT HARI RAYA dari saya buat Zabs sekeluarga...

Maaf zahir bathin...

Zabs said...

Anie: Diharap ia tidak terhenti setakat di bulan puasa aje.
Selamat Hari Raya untuk anda dan keluarga. Maaf zahir batin.

Neeza Shahril said...

tengok gambar sumbangan untuk anak istimewa tu, ingat adik bongsu neeza... dia pun OKU cam tu jugak - down syndrome..

Zabs said...

Neeza: Maha Suci Allah menjadikan kita semua.

Yunus Badawi said...

Zabs,
Gambar2 yg you ambik tu powerlah terutama yg ada YB tu sbb ada 2 org YB kat situ he he he

Zabs said...

Yunus: Ada banyak lagi yang lain kalau nak. Tapi yang saya minat YB yang berdiri tu.
saya YB jugak tapi "Yang Bersara".