Thursday, September 04, 2008

Juadah Berbuka

Mengikut Sunnah:

Di dalam hadis daripada Anas r.a, katanya: "Rasulullah s.a.w berbuka puasa sebelum bersolat dengan beberapa biji rutab, sekiranya tiada rutab maka dengan beberapa biji tamar dan sekiranya tiada tamar maka baginda minum beberapa teguk air. (Riwayat al-Imam Ahmad dan al-Tirmizi).


Nota- Rutab ialah buah kurma yang telah masak sebelum menjadi tamar kering. Tamar ialah buah kurma yang sudah kering.

Mengikut Pakar Pemakanan:

Apabila berbuka puasa, elok jika kita makan 2/3 biji kurma, dan minum air suam atau panas, teh atau kopi pun boleh. Jauhkan dari meminum air sejuk. Kemudian tunaikan solat maghrib.

Jangan makan telalu banyak semasa berbuka, kerana perut yang kosong jika di masukkan makanan dengan banyak sekali gus mungkin akan memudaratkan .

Selepas solat boleh makan lagi tetapi tidak sampai terlalu kenyang kerana akan menunaikan solat Isya’ dan Terawih pula. Boleh makan lagi selepas Isya’. Makanan yang dimakan biar seimbang.

Jangan makan sahor di tengah malam, kerana makanan tidak sempat hadam sebelum kita tidor semula. Lebih baik bersahuor pada akhir waktu dan tidak tidor lagi selepas itu.

Apa Amalan Kebanyakan Kita:

Berbuka dengan berbagai jenis makanan. Minuman sejuk dari berbagai jenis. Makan sebanyak yang ada. Melewatkan solat. Membazir makanan yang terlebih dibeli.

Semoga kita tidak tergolong di dalam golongan ini. Wallahua’lam.

10 comments:

Akmal said...

Assalamualaikum,
Masalah saya: banyak mana kurma yang terhidang, dijamin habis. Licin. Berkilat pinggan. Peminat setia haha :))
Selamat Bersahur, Selamat Berpuasa, dan Selamat Berbuka untuk Pak Zabs dan seisi keluarga :)

cakapaje said...

Salam Pak Zabs,

Memang benar, Rutab dan Tamar keduanya mempunyai kandungan zat yang dapat memulangkan tenaga kepada kita. Dalam surah Maryam jika tidak silap saya, Allah s.w.t. menyuruh nya mengoncang pohon kurma di sebelahnya dan memakan buah yang jatuh itu untuk memulihkan tenaganya selepas melahirkan Nabi Isa a.s.

Kebetulan, jika Pak Zabs berminat, saya pun ada tulis sedikit di awal blogging dahulu dan terdapat di http://talkonly.blogspot.com/2005/10/taste-of-heaven.html

Zabs said...

Wa'alaikumusalam Akmal,
Orang muda, tentu selera sentiasa terbuka. Yang tak baiknya membazir. Kalau dah licin pinggan, nikmat dihargai. Sama2 untuk Akmal dan rakan2 di sana juga.

Wa'alaikumusalam Shah,
Terima kasih atas ingatan dan link kepada N3 anda yang terdahulu itu.
Jika kita boleh mengamalkan memakannya pada bulan puasa, tentu tidak menjadi masalah pada masa2 lain. Tetapi ia perlu senang didapati/beli seperti buah2an yang lain seperti anggor dan epal tu.

zaitgha said...

Pak Zab,

Honestly saya tak minat buat kurma or tamar...tapi bulan puasa nih ambik berkat jugak sikit ....makan tu makan tapi tak mcm Akmal lah ha ha

ADIEJIN said...

Nasi.. Ikan Masin..Sup/Kari/Kuah..Sayur .. settle.. itu makanan berbuka kami.

sya said...

Thanks for sharing.. anak2 tak berapa minat kurma, sebiji di share berdua dan adakalanya bertiga...

Kat rumah ni kalau berbuka.. satu lauk berkuah ada protin dan kalau ada kesempatan boleh goreng sayur.. itu aje.. cuma weekend masak lebih sikit.. kalau dah terpaksa beli jugak satu lauk kalau tak kesempatan balik memasak

Neeza Shahril said...

neeza lebih selesa makan kurma dan minum air. Lepas tu solat dulu. tapi che' abang suka makan dulu. Jadi, kenalah teman dia kan.. kalau tidak, dia makan sengsorang pulak.. kesian lah dia.. :)

Zabs said...

Zai: Ambil sunnah, makan sikit pun takpa. Orang muda macam Akmal, selera tinggi sikit...hehehe...

Adie: Alhamdulillah, itu sudah mencukupi. Bila dah lapar semua jadi menyelerakan. Bersederhana yang paling baik.

Sya: Begitulah sepatutnya. Bulan puasa untuk kurangkan perbelanjaan.

Neeza: Kalau makan sikit dan masih boleh solat maghrib pada awal waktunya, ok je...

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs
We take dates only once a year although we should be taking it every day, yes?
I alternate dates with raisins and dried peaches this Ramadan.

Zabs said...

Fauziah: Kita di budayakan/dilatih memakan buah2an Mat Salleh dari kecil. Juga, kurma pula hanya di impot semasa menjelang Ramadhan. Raisins pula diberi makan pada anak yang nak ambil peperiksaan saja. Perlu anjakan paradigma di sini..