Monday, September 15, 2008

Di Hujung Minggu

Di beberapa tempat yang saya kunjungi di hujung minggu ini, kelihatannya, orang ramai telah memulakan "shopping" untuk Hari Raya mereka. Untuk meraikan para pelanggan mereka, pusat2 membeli belah telah mula menghias premis mereka untuk tujuan tersebut. Tetapi kelihatanya tidaklah sehebat untuk perayaan yang diadakan pada setiap hujung tahun itu.

Hiasannya seperti ala kadar sahaja nampaknya.

Untuk penjimatan tempat, sebahagian tempat letak kereta juga telah dijadikan sebagai tempat pameran.

Juga tempat untuk pejalan kaki telah menjadi semakin sempit.

Terlalu banyak untuk diperagakan di tempat yang tidak seberapa.

Begitu juga di sini.

Di satu kawasan yang lain, seperti lumrahnya telah diadakan jualan murah permaidani. Jualan murah sehingga 85% diskaun seperti diiklankan. Entahlah.....

Melihat kepada sambutan yang diberikan, nampaknya, stok tambahan diperlu setiap hari tentunya.

Satelah dua minggu berpuasa, inilah pertama kali kami berbuka di luar. Di tempat biasa yang kami sekeluarga pernah berbuka puasa setiap tahun. Untuk meraikan anak-anak yang balik ke rumah pada hujung minggu.

Beratur untuk mengambil juadah untuk berbuka. Ada 99 jenis, tapi bila dah berumur ni, kalau mampu makan 10 jenis tu dah lebih dari keperluan dah. Anak-anak yang masih muda pun tidak seghairah mana selera mereka. Latihan yang baik menjadikan mereka juga tidak makan berlebih2an. Alhamdulillah.

Sebahagian pengunjung dewan tempat berbuka puasa tersebut. Seperti majlis menyambut Hari Raya kelihatannya.

Seperti yang saya pernah tulis, orang kita bila dikaitkan dengan makan, memang tidak lokek. Diharapkan janganlah kenikmatan makanan yang enak2 sahaja yang kita perolehi setelah sebulan berpuasa. Wallahua'lam.

15 comments:

zino said...

semalam selepas ke spital melawat sedara singgah di jalan TAR.. memang sah ramai org sekejap je.. adik tak larat nak berjalan jauh..cepat beredar balik..

Yunus Badawi said...

Kakitangan kerajaan raya sakan tahun ni dapat bonus separuh bayaran sebelum hujung bulan. Bagi yg kerja swasta atau kerja sendiri, sendiri mau ingat.

Zabs said...

Zino: Saya belum ke sana lagi. Tapi sudah jangka tentu orang ramai macam ulat t..k.

Yunus: Bous belum dapat, tetapi dalam perancangan dah habis dibelanja kot? Yang kerja swasta kalau payment projek dapat cepat bolehlah bagi bonus juga...up sikit dari kerajaan punya. Hahaha...

sya said...

Macam pernah gi aje kat Dewan tu, makanan kat situ memang sedap walau simple berasa.

Jalan TAR tu.. memang antara jalan yg cuba dielakkan walaupun dalam musim biasa apatah lagi bila musim perayaan.. sebolehnya memang lari jauh2 dr tempat tu.

Tapi hari tu jengah jugak.. sebab terpaksa.. dah lama tak ke kawasan TAR tu waktu malam.. aduhai culture shock melihat anak2 muda skrg dgn pakaian seksi giler di malam Ramadhan

blackpurple @ jowopinter said...

Semalam sempat menyibukkan diri di The Curve dengan adik. Tak boleh tahan. Tak sampai satu jam, balik. Rimas dan panas! Hehehe!

Tak sanggup nak ke Jln TAR. Sesak sungguh sekarang ini kan...

Zabs said...

Sya: Sememangnya, Jalan TAR itu perlu dielak lebih2 lagi di musim perayaan. Tetapi jika di musim perayaan pun tak ramai orang berbelanja, ekonomi sungguh meredumlah macam tu.
Alhamdulillah, rakyat masih ada kuasa membeli lagi, tetapi dengan berhemah digharapkan.
Jika di bulan yang mulia ini pun tidak ada perubahan, di masa lain lebih lagilah agaknya.
Saya teringat semasa bekerja di Jabatan Kerajaan dulu, pada hari Jumaat, ada kaum wanita bangsa Cina memakai baju kurung untuk hormat rakan2 mereka kaum Muslim.
Tetapi wanita Melayu pula ada yang bersekerat (pakai skirt). Wallahua'lam.

Zabs said...

BP: Keghairahan untuk beraya sudah tidak lagi bersama anda.
Juga anda telah ada banyak pilihan untuk berbelanja, selain di Jalan TAR itu.

Mior Azhar said...

Pak Zab,
Salam Ramadan. Memang betul lah. Hari Ahad lalu saya ke IOI Mall , bertemu rakan. Dan suasana shopping memang kurang berperisa kali ini. Mungkin benar ramai yang sudah mengurangkan belanja kot.. tak tak tauler kot-kot dekat Raya nanti kembali segar (maklumler gaji pun baru masuk..

Zabs said...

Mior: Bukan dapat gaji je, dapat bonus separuh lagi. Jalan TAR akan bertambah sesak dan padat lah nanti tu...

zaitgha said...

Pak Zab,

Saya mmg ada phobia dgn crowd and walaupun saya org KL jalan TAR nih adalah tempat yg sentiasa saya 'avoid' going. Walhal dulu masa kerja, pejabat saya betul2 di belakang jalan ini....

Arwah abah pun selalu pesan jgn pergi ke kawasan itu sorang2 he he...pernah sekali melihat pervert kap lam ya nga beraksi hingga kini menjadi nightmare....

Zabs said...

Zai: Kalau dulu dah ada you tube tentu gambar orang itu dah tersebar luas kan?
Saya pun tak suka tempat sesak begitu, cuma kalau sudah terpaksa, redah jugalah.

Zawi said...

Salam Zabs,
Hidup lebih aman di Pasir Mas. Kalau ke Kota Bharu pun tak lah sesak mana. Cuma bila Hari Raya tiba nanti seluruh umat Kelantan balik nanti baru la 'nightmare' kami bermula. Jalan akan sesak, harga barang naik sikit begi membolehkan peniaga dapat untung lumayan sikit dari kaum yang tinggal di perantauan.
Pak Zawi berbuka di rumah atau di mesjid sahaja sepanjang Ramadhan.

Zabs said...

Zawi: Bersetuju, apabila tiba musim perayaan, pekan2 kecil pula akan menjadi penuh sesak.
Seperti saya yang selalu balik ke Alor Gajah di musim perayaan, kesesakkan jalan raya pasti berlaku.

Sastri said...

salam Uncle...

tahun ini saya tak sempat pun nak membeli apa-apa lagi persiapan raya untuk keluarga tapi saya dah pesan dengan mak, beli je untuk semua, nanti claim dari saya...

biasanya saya yang belikan, tapi sebab susah nak coti (masalah bos ni la), jadi tak dapat nak balik kampung sekerap dulu, huhuhu...

Zabs said...

Sastri: Kalau bekerja dengan majikan maka untuk kita mendapat cuti dalam masa sendiri tu sukarlah sedikit. Tetapi yang penting kita masih sempat menghubung keluarga dengan apa cara pun.
Ingatan itu yang penting, tetapi kalau ada buah tangan tentu lah juga dialu2kan, betul tak?
Selamat berpuasa dan berbuka.