Thursday, September 25, 2008

Bubur Lambuk

Sepanjang minggu saya telah melalui jalan di Kampong Baru ini, untuk menuju ke tempat mengambil anak saya dari sekolah.

Di penghujung jalan ini terdapat satu gerai yang menjual bubur lambuk, dan ia terletak berdepan dengan sebuah U swasta.

Mungkin bubur yang dijual di sini agak istimewa, menjadikan ia telah mula dikunjungi oleh para pelangannya sejak tengah hari lagi.

Oleh kerana jalan yang sibuk dan terpaksa memandu perlahan, saya sempat mengambil gambar2 ini. Kelihatan ada yang membeli satu bekas sahaja seorang dan pula yang membeli sampai 5 sekali. Mungkin ada yang berkirim agaknya.

Tukang masak bubur lambuk ini tentu telah mula memasak sejak awal pagi, agar dapat menyediakan bubur itu untuk sedia dijual sebelum jam satu petang. Wallahua'lam.

8 comments:

Sya said...

Bila bercerita pasal bubur lambuk mesti teringat pasal bubur lambuk Kg Bharu, masa mengandungkan Arif dulu memang ngidam makan bubur lambuk sebelum bersalin tu, usaha sya drive dr puchong ke kg bahru.. buburnya pasal .

Tukang masak bubur tu bila tenguk ada wanita sarat mengandung beratur dengan bekas makanan semestinya akan didahulukan.

Selalunya bubur tu sya simpan dlm fridge utk makan 2-3 hari sebelum amik lagik. Sebelum bersalin dpt le amik 2-3 kali sbb Arif lahir 11 Ramadhan

Itu tahun 1997, skrg ni banyak versi bubur kg bahru tu dijual ditepi jalan

Kerp (Ph.D) said...

Psk zab,

3 hari berturut saya buka kat luar, dan 3 hari berturut juga saya dihidangkan bubur lambuk sebagai pembuka selera. rasanya lain disetiap function. ada yang dihidang bersama ikan masin, ada yang kosong je dan ada pulak yang rempahnya berlebihan. tapi yang pasti, diorang claim semuanya sesedap bubur lambuk kg baru. takpelah, yang penting sedap dimakan.

ZABS said...

Sya: Pernah sekali saya beratur untuk mendapatkan bubur lambuk dari masjid Kg.Baru itu. Lepas isteri saya buat sendiri je. Sedaaap..

Kerp: Bubur lambuk ni resepinya ikut cita rasa orang yang membuatnya, jadi tentulah berlainan rasa. Tapi bagi saya, asalkan sedap, makan je.

Yunus Badawi said...

Zabs,
Bubur lambuk Kg Baru memang terkenal macamlah satay Kajang. Jadi ramailah yg gunakan branding tu utk melariskan jualan bubur mereka.
Awal Ramadhan tempoh hari mertua dan kakak ipar saya teringin nak merasa bubur lambuk Kg Baru yg original semasa mereka menziarahi isteri saya yg bersalin. Kerana saya tahu bukan mudah nak dapat bubur tu, saya gunakan network saya i.e sepupu di Kg Baru utk dapatkannya. Diapun ada kabel dia. Dapatlah 2 bungkus petang tu.

ZABS said...

Yunus: Bukan nak dapat projek je kena ada kabel kan, nak dapat bubur lambuk pun perlu ada kabel...

Yunus Badawi said...

Zabs,
Dah macam jadi budaya . . . budaya kabel.
Lagi besar selalunya lagi power.

Mior Azhar said...

Pak zabs,
salam Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin.
Have a nice Raya!

zino said...

zabs
selamat hari raya maaf zahir batin.. balik beraya ke mana nanti