Sunday, September 21, 2008

Hari Raya Di Perantauan

Semakin dekat tibanya Hari Raya (HR), semakin sayu agaknya, mereka2 yang berada jauh dari keluarga, sama ada yang berada di luar negara atau di dalam negeri (tetapi tidak dapat bercuti HR) .

Salah seorang anak saya juga akan beraya di perantauan untuk kali ketiga pada tahun ini, kerana melanjutkan pelajaran di NZ.

Namun demikian, kuih raya telah pun dikirim (dah terima pun) semoga ia akan dapat menghilangkan sedikit rasa rindu untuk beraya bersama keluarga.

Saya juga sepanjang perkhidmatan dahulu pernah beberapa kali berHR di perantauan, samaada semasa masih bujang atau setelah berumahtangga.

Pengalaman pertama berHR di perantauan ialah pada tahun 1973, semasa menjalani latihan kadet di UK. Saya bersama rakan seangkatan berada di atas kapal latihan Tentera Laut Diraja British, HMS Interepid, pada masa tersebut.

Kapal tersebut sedang dalam rangka lawatan persahabatan ke negara2 di kawasan Lautan Meditteranean selama 7 minggu.

Oleh kerana berada jauh di laut, tiada pula kedengaran lagu raya, tidak juga mendapat kiriman kad raya atau sesuatu yang berkaitan dengannya, maka tidak terasa apa pun pada masa itu. Tambahan pula kami hanya bertiga sahaja yang beragama Islam di kapal itu agaknya.

Pada HR kami bekerja seperti biasa, kena giliran mencuci bilik air lagi pada hari itu...

Kali kedua saya berHR di perantauan ialah semasa berkursus di Jepun pada 1979. Pada masa itu baru 6 bulan berkahwin, dan terpilih untuk berkursus pula. Tentulah sedih.., tambahan terpaksa berpuasa dan berHR di sana pula.

Kali ini terasa juga sedihnya kerana terdapat ramai rakan yang beragama Islam. Komunikasi juga telah bertambah baik. Dapat telefon isteri dan kiriman kuih dan sebagainya.

Di Tokyo pula sudah ada masjid pada masa itu dan kami beramai2 dapat bersolat Aidilfitri di sana. Siap ada jamuan pula di sediakan oleh pihak masjid.

Dari 1982 hingga 1984 bersama keluarga berada di NZ, kerana saya bertugas bersama Tentera Laut Diraja NZ.

Pada tahun pertama di sana saya masih bertugas di pejabat dan dapatlah berHR dengan keluarga dan rakan2 dari Malaysia yang belajar atau menetap di sana.

Pada tahun kedua saya telah ditugaskan di kapal seperti di atas (HMNZS Monowai), dan terpaksa pula belayar ke perairan Fiji pada semasa perayaan tersebut. Isteri dan anak2 saya benarkan pulang ke Malaysia sementara untuk berpuasa dan berHR di sana (Selepas Raya Haji baru diorang balik semula ke NZ).

Kali terakhir saya dan keluarga berHR di perantauan ialah pada 1995/97 semasa berada di Wales, UK. Pada masa tersebut terdapat lebih kurang 13 keluarga Malaysia berada di sana (Bangor) dan beberapa orang pelajar lain yang masih solo.

Hubungan kami agak akrab pada masa itu, dan selalu kunjung mengunjung dan menjamu antara satu dengan yang lain. Kami bergilir mengadakan majlis berbuka di rumah masing2 dan yang datang selalunya membawa bersama "pot-luck" untuk dikongsi bersama.

Ini adalah salah satu gambar kenangan semasa rakan-rakan datang berHR di rumah. Walaupun telah lebih 10 tahun berlalu ia masih dalam ingatan.

Kapada semua bloggers yang berada jauh di perantauan, samaada di Christchurch, Dunedin, London, Dubai, Leverpool, Saudi Arabia atau di mana sahaja anda berada, Selamat Hari Raya Aidil-fitri diucapakan. Pengalaman beraya di perantauan akan menjadikan anda lebih merasakan keseronokan beraya di kampong halaman pada satu masa apabila anda sudah balik ke Malaysia nanti. Wallahua'lam.

22 comments:

13may said...

hehhe heheh...

Selamat Hari Raya uncle :)

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs
I had never experienced Raya other than home. My parents would not agree to it. The first year I worked, I flew on the first flight home. My mother refused to talk to me. Imagine if I hadn't come home at all ... I would certainly have been disowned!
Once, I celebrated Raya Haji on the plane, returning from London, together with the then foreign minister, who is now the Prime Minister.

zino said...

zino tak ada pengalaman beraya di perantauan ni.. beraya di Kl tu ada lah hehe.. tapi selepas sembahyang raya cabut balik kampong hehe

pB said...

tak pernah merasa berHR luar dari Kota Bharu ...

tiap tiap tahun mesti balik umah Mertua ....

Zabs said...

May: Mentang2 dah dekat nak Raya, tersengeh2 sajalah ya.. Selamat Hari Raya kepada anda dan keluarga..

Fauziah: Sebagai ibu/bapa saya juga tak mahu anak2 berjauhan semasa HR. Tetapi kita hanya boleh merancang, ttapi Alah menentukannya.

Zino: Buan semua orang sama nasib mereka, tak gitu.... Pengalaman itu kadang-kala membezakan kita..

Kerp (Ph.D) said...

pak zab,

saya sama dengan kak fauziah, tak pernah beraya jauh dari keluarga. cuma masa muda dulu2 malam raya selalu menghilang dengan kawan2, dah nak subuh pagi raya baru balik. yang penting, sarapan pagi raya tak pernah lepas menjamah rendang daging mak.

Zabs said...

pB: Tak rugi apa kalau tak pernah berHR di tempat orang. Tapi kalau ada yang suka nak rasa pengalaman sedih menusuk kalbu, bolehlah cuba sekali dua.

Kerp: Setuju, tiada rendang sesedap rendang daging emak sendiri...

drbubbles said...

Pak Zabs,
Saya tersenyum membaca entri HR ini.

Teringat kenangan berhari raya di dalam dewan peperiksaan semasa di Bradford. Lengkap berpakaian baju melayu bersamping menghadap kertas peperiksaan..hehe..

Saya teringat juga berhari raya (Haji) bersama mangsa gempa bumi Bam,Iran semasa bersukarelawan di sana. Sayu benar mendengar khutbah Hari Raya yang dibaca oleh Pak Darwishi,warga Iran yang mermazhab Sunni di dalam khemah yang menjadi ruang solat hari raya haji kami. Almaklum, orang Iran tak sambut Hari Raya Haji.

Yunus Badawi said...

Salam Zabs,
Memang seronok kalau dapat beraya dgn mereka yg tersayang spt keluarga, sanak saudara dan teman2. Masa belajar di US dulu hanya sekali dpt beraya di M'sia. Yg lain di perantauan ... sedih dan hiba.
Masa saya bertugas di Miri dan JB, tiap kali nak raya bila org berbondong2 meninggalkan KL, saya pula sibuk nak balik KL. Maklumlah kampung saya kat KL.

Zabs said...

Drbubbles: Kita ada pengalaman sama, tapi tak serupa. Hanya orang yang mengalami sahaja yg dapat merasakan.

Yunus: Tentu tiket senang dapat, dan kalau memandu tidak sesak, kerana melawan arus kalau nak balik KL. Tak gitu? Tapi tahun ni saya saya di KL dulu, petang baru balik kampong. Hahahaha...

ruby ahmad said...

Salam Zabs,

Saya pun pernah mengalami berHR di rantauan. Pernah juga berjauhan berHR (sekali) dari darling saya. Pernah berjauhan berHR dengan anak sebab belajar di UK. Berlenang2 lah air mata on the phone. Ya lah anak saya exams masa tu.

Masa A-levels saya student di UK, usaha kami satu group je London. Merasa lah ke rumah Ambassador, puas makan lemang, ketupat dan Rendang.

Berbagai2 sudah di-alami, saperti Zabs dan keluarga. Berbagai pengalaman tu, bagi saya membuka minda kita luas.

Akmal said...

Assalamualaikum Pak Zabs,
So far tak penah lagi saya raya tanpa balik ke Gual Periok. Tapi masa depan nanti tak tahu la pulak haha.
Anyway, selamat menghabiskan dan menyempurnakan ibadat puasa yang dah nak habis ni, dan semoga mendapat Lailah al-Qadar.

bergen said...

Pak Zabs, Selamat Hari Raya Aidilfitri, ma'af zahir dan batin. Have a good raya with the family. I'm sure you're gonna look absolutely elegant in a Baju Jawi - macam P.Ramlee he he.

sya said...

Pertama kali berhari raya berjauhan dr keluarga ketika menunaikan umrah pd tahun 2003 selepas berpisah ngan X. Tapi tahun ni anak sya lak berjauhan dr sya utk pertama kalinya dia berHR di rantauan.

Ntahlah tak tau bagaimana perasaanya nanti ni.

Neeza Shahril said...

first time neeza berhari raya di perantauan ialah pada tahun 1995 - masa tu belajar kat US.. air mata tak tahu nak cakap lah bila call family kat malaysia.. tapi tahun 1996 dah ok. tak nangis dah hehee..

tahun ni neeza balik raya di malaysia!!! Insyaallah.. yahooo!!!

ADIEJIN said...

Pak Zabs..kalau raya kat Mekah apa rasanya ek ? Must experience it once in our life time...Selamat Hari Kemenangan pak...

Mama Rock said...

kali pretama saya berhari raya jauh dari kelauarga ialah pada hari raya haji tahun 1980 - masa tu dah nak SRP, memang semua form three students tak boleh balik. kemudian bila sambung balajar - masih tak ada commitment, sedih tu untuk diri sendiri je, konon nya self pity. kali terakhir ialah bila kami sekeluraga di dubai - dua tahun saya kesian pada anak2 saya, tapi saya masih bersyukur kami sekeluarga bersama - hanya tiada mak bapak dan lain2 kaum keluarga.

Zabs said...

Ruby: Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Cuma ada kalanya kita tidak nampak akannya, dan tidak reda kepada apa yang berlaku. Selamat Hari Raya, ma'af zahir dan batin untuk anda dan keluarga. Tentunya tidak di perantauan kali ini. InsyaAllah.

Zabs said...

Akmal: Perjalanan hidup anda masih panjang. Jadikan setiap pengalaman yang ditempuh sebagai asam garam dan penyedap kepada hidup yang fana ini.
Semoga anda juga bertemu Lailat-ul- Qadar. InsyaAllah.

Bergen: Tq for the wishes. May you also have a very good Hari Raya. "Saddle King" tak main dah! Put on your best baju Jawi, ok! hehehe...

Zabs said...

Sya: Saya belum berpeluang berHR di Mekah lagi. Perancangan tu ada tapi belum termakbul. Sekuragnya dapat ingin merasa berpuasa Ramadhan di sana. InsyaAllah. Selamat Hari Raya.

Neeza: Alhamdulillah dapat berHR di kampong, walaupun baru balik beberapa bulan lepas. Itulah dia, kita merancang, tapi Allah menentukan. Selamat Hari raya.

Adiejin: InsyaAllah. Jika ada rezeki akan diusahakan. Selamat Hari raya.

MR: Semoga tidak lagi diberi peluang berHR di perantauan. Tetapi anak-anak yang semakin membesar akan membuat kita merasa seperti apa yang ibu/bapa kita pernah rasai. Selamat Hari Raya.

alan zed said...

mungkin tahun depan anakanda beraya di perantauan kot..? hehe... ;)

Zabs said...

Alan: Kalau setakat di Bintulu, berenang pun boleh balik berHR.