Sudah hampir seminggu kempen untuk PRU 12 bermula. Kerancakan kempen mula terasa terutama di negeri2 dan kawasan2 yang panas dan mempunyai ramai penyokong dari kedua-dua pihak.
Beberapa malam yang lepas, satu ceramah pilihanraya telah diadakan disatu dewan berhampiran kawasan taman kami.
Saya tidak pula berkesempatan untuk meninjau keadaannya. Cuma melihat dari jauh semasa hendak ke surau bersolat Isyak.
Dari petang lagi telah kelihatan kesibukan di kawasan itu, untuk membuat persiapan kedatangan calon bagi kawasan tersebut.
Beberapa malam yang lepas, satu ceramah pilihanraya telah diadakan disatu dewan berhampiran kawasan taman kami.
Saya tidak pula berkesempatan untuk meninjau keadaannya. Cuma melihat dari jauh semasa hendak ke surau bersolat Isyak.
Dari petang lagi telah kelihatan kesibukan di kawasan itu, untuk membuat persiapan kedatangan calon bagi kawasan tersebut.
Kelihatan juga sebuah lori dengan muatan "tar" berhenti dengan pekerja-pekerjanya, bekerja menutup serba sedikit lubang2 kecil yang terdapat di jalanan ke taman kami itu.
Tak tahulah samaada ini akan menjadi kali terakhir, calon itu sudi datang menjengok ke kawasan sini, samaada menang atau kalah.....
23 comments:
petak-petak yang berkaler hitam pekat
Mak Su: Mereka ingat kita ni masih berada di zaman lima puluhan dulu. Betulkan sikit jalan raya akan pilih depa, bagi kain pelikat akan sokong mereka, bagi sekeping yang biru tu akan bantu mereka. Apalah...
Mengapa tampal sahaja? mengapa tidak di tar sepenuhnya? bajet sikit agaknya. Yang musykilnya, mengapa sekarang? Ada 4 tahun untuk buat semua tu kan.. tapi mengapa buat tampalan kecil tu semasa 8 Mac tiba? Mengapa?? kita jawab 8 Mac nanti ye :)
Neeza: Tu yang musykil tu. Dan tampalan itu dibuat petang sebelum diorang datang bagi ceramah pulak...
Tak berubah langsung perangai sejak 50 tahun lalu....
Salam Pak Zabs
Just realised that they just tarred the Kampung Datuk Keramat road (dekat pasar), which is now flushed with PAS flags!
As for the road into Setiawangsa (from the mosque leading to Bukit Setiawangsa), I think they paved the road almost every year!
Fauziah: Betul, dan masih belum ada line putih lagi. Kenderaan ikut suka hatilah, kelam kabut jadinya, terutama waktu pagi.
Menterinya ada tinggal di atas bukit tu kot? Peruntukan banyak, boleh buat sesuka hatilah...
Pasang CCTV untuk pantau kedatangan YB.
Ah Tok: Terima kasih kerana sudi singgah di sini.
Tak perlu CCTV, membazir je. Nanti nak kena minta CIA pula nak pastikan gambar YB ke, atau anak menantu dia.
kerana gula semut binasa!
kerana gula sorang dah tarik diri malaysia timur sana!
ermmm....dah byk gula masuk guni sendiri, time cenggini depa guna la nak gula gula kan rakyat pulak.
saya ingat pesan dentist - jangan malan gula gula, nanti mulut selalu cakap mohong! hehehe
Idham: Makan boleh tapi jangan banyak sangat dan gosok gigi, baru tak cakap mohong.
Tapi kita tahulah tujuan bagi gula tu masa2 gini.
Boleh telan lah gula2 tu sendiri....
Demam pemilu udah semakin kritis Pak Zab!
Sukur aja lobang jalan di daerah anda udah di tambal.. hehee..
MS: Iya, syukur Alhamdulillah. Tetapi pokoknya, ia seharusnya telah diturap keseluruhannya 5 tahun yang lalu.
Salam tuan
Itu seperti melepaskan batuk di tangga. Asal ada. Tapi rasanya bagi pengundi yang berfikir secara matang tentu bijak menilaikannya.
:)
Salam pak zabs:
Perangkaan kementerian kesihatan Malaysia mendapati semakin ramai rakyat Malaysia menghidapi penyakit kencing manis.
sekarang terserlah jawapan mengapa ini berlaku. Rakyat selalu di gula-gulakan.
Dan memang sekarang semua kerajaan tempatan dan JKR amat rajin berkerja. Di mana-mana saja kita lihat jalan di tampal sana sikit sini sikit. Kualiti tampalan amat menghibakan sebab kalau datang hujan selama 3 hari tampalan akan berlubang semula.
Baru tadi di Dewan Japerun Durian Tunggal di adakan acara PRU iaitu memberi bantuan kepada golongan miskin.
masa ni la mereka yang tak pernah nampak muka, menampakkan mukanya... masa ni la janji2 manis ditabur... harap2 mereka ingat, janji kena dikotakan, jangan sampai dituntut di hari kelak...
budak tak sekolah boleh la bagi gula cam tu.. orang sekarang semua sekolah, diorang tak tahu kot.. tapi ramai lagi yang tak sedar tu... mungkin yg tak sedar tu sebab diorang lena kat bantal duit la tu.. :). makan lah duit rakyat... jawab esok kat sana..
agaknya kalau pilihan raya diadakan setiap tahun, jalan tu mungkin tak sempat rosak
BP: Ya harap begitulah. Apa yang dilihat, tak ramai penyokongnya di sini. Semoga dapat diterjemah kepada undi.
Tokasid: Itulah sebab, kakitangan perkhidmatan awam pun kerja pun ikut masa dan hari. Ikut keperluan.
Kalaulah mereka beri bantuan kerana nak tunjuk keprihatinan masa nak ngundi je, tidak ikhlas namanya.
Sastri: Itu lah senang kerja YB ni, Dua minggu je kerja kuat dalam masa 4/5 tahun. Selebihnya kumpul harta.....
Neeza: Masalah dengan orang begini mereka tidak akui mereka bersalah. Orang yang tidak mengaku kesalahan mereka takkan berubah.
Perubahan hanya boleh dilakukan dari dalam.
Semoga Allah beri petunjuk kepada kita semua.....
Kamato: Begitulah agaknya, dan kesemua kroni YB yang dapat projek buat jalan itu,akan kenyang selalulah.
Rakyat pula dapat jalan baru, tapi tak boleh nak pandu kereta sebab minyak dah tak mampu nak beli, mahal sangat.
di tempat my in laws, jalan depan rumah baru di tar...malam Isnin lepas siap bagi RM pada kononnyer warga emas di kawasan tuh....
sedih betul rasanyer bila tiada sifat amanah pada pemegang amanah....
Post a Comment