Monday, February 04, 2008

Silap Perhitungan

Seorang adik yang juga menjalankan usahaniaga sendiri memberitahu saya pada suatu hari, bahawa sekarang ini, amat sukar bertemu seorang yang betul-betul jujur dalam perniagaan.
Pengalamannya dengan seorang kawan yang menjengkelkannya, memberi beliau tanggapan tersebut. Saya hanya diam mendengar ceritanya.

Semasa melobi untuk melaksanakan satu projek kecil ditempatnya, beliau telah menggunakan syarikat kawan untuk kerja tersebut, dan bersetuju membayar harga yang diminta oleh kawan tersebut.

Sebagai imbuhan atas usahanya dan tambah nilai agar tawaran itu boleh berjaya, beliau telah menaikkan 30% harga tawaran, sebelum dihantar kepada pelanggan.

Setelah penilaian dibuat, syarikat tersebut berjaya, dan surat tawaran dikeluarkan mengikut harga yang ditawarkan. Namun begitu, langit tidak selalunya cerah...

Bukan terima kasih yang diterima, sebaliknya kawan itu meminta harga yang lebih untuk melaksanakan kerja tersebut. Malahan harga yang dimintanya melebihi pula dari harga yang ditawarkan oleh pelanggan tersebut. Alasan yang diberinya, telah tersilap membuat pengiraan harga semasa memberi sebutharga yang asal itu.

Oleh kerana ada pilihan lain, pelanggan itu telah membatalkan surat tawaran kepada syarikat kawan ini, dan memilih syarikat lain untuk melaksanakannya. Mulai sekarang, sudah tentu syarikat itu, berada di dalam senarai hitam pelangan tersebut, dan mungkin juga akan kehilangan seorang kawan lama. Wallahua'lam.

17 comments:

bergen said...

I've been conned, cheated and played out once too many. It's a lesson but I don't let it to presume that there's an honest business people out there. I've also learnt to put write down on paper, no matter how small, or how trivial an isusue. And I've also learnt to call a spade a spade at the beginning of any transaction in order to avoid people presuming things, or having different interpretation to an issue. I've also learnt that friendship should be placed last in the priority and work around figures, facts and a bit of compassion for a fellow human. And always reserve a space that an agreement can/will go wrong especially when there's big money. When it happens, be prepared and resolve it right away.

I've learnt that when there's money involve, people don't think of hell because all they see is heaven right in front of them in the form of a fat cheque, or a pile of cash. When they see cash, they see cars, women, and the rest. No way they will see hell.

Things I learnt from being in business hardly two years. If it could be any help to others, that is.

Sorry, Zabs, this is a bit long.

Zabs said...

Bergen: Thank you very much and I really appreciate what you have commented.
A true life experience that would benefit me and others, who are new in this business.
Being an ex service-men, with only little knowledge on how to go about in our daily business, I thank you for this honest opinion.
Been in the business, for nearly 8 years now but it is nothing compared to yours, experienced in just two years. Mine was only the low end of the business entity.

Mak Su said...

alamak, perkara paling penting, sebutharga kena betul2, takut2 menyesal. kan dah ramai pihak yg susah.

tokasid said...

Salam pak zabs:

Saya tidak pernah mengalami keadaan yg sama spt adik pak zabs.Namun ramai teman rapat sudah 'terkena' perkara sama. Apa yg saudara Bergen komenkan memang tepat sekali.Ada kala lebih baik kita belajar dari kesilapan dan pengalaman org lain sebelum kita belajar dari kesilapan sendiri.

Sejak beberapa tahun lalu ada beberapa teman mengajak invest dalam beberapa perniagaan.tetapi kerana saya lebih valuekan friendship,saya tolak pelawaan mereka kerana saya dapati ramai yg bersahabat bila berkongsi perniagaan tanpa ada perjanjian yg jelas,bila ada masaalah sering kali putus persahabatan. Amat rugi begitu.

Juga saya rasa bila memulakan perniagaan dgn sahabat2 pada awal2 lagi perlu di selesaikan beberapa perkara:
1-pembahagian tugas dan kuasa.
2- peratusan share dalam perniagaan
3- Siapa pembuat keputusan utk syarikat
4-thrash out samada akan ada melayan permintaan utk 'sumbangan' utk kerja-kerja yg bakal di lakukan( kerana mungkin ada yg sanggup memberi sumbangan ada yg rasa berdosa dgn memberi sumbangan.
5-Kalau boleh elakkan mengambil pekerja yg ada hubungan saudara mara melainkan sahabat kita setuju kerana saudara mara memang layak serta amanah.Kerana bakal timbul masaalah jika saudara mara kita atau dia jenis yg malas,curi tulang atau suka jaja cerita kekeluargaan.Ini akan membuat keadaan yg tidak selesa dan mungkin berakhir dgn perasaan tidak puas hati,namun tidak dapat kita berbuat apa-apa terhadap pekerja ini.


Bila perkara-perkara ini telah di persetujui, buatlah perjanjian hitam-putih seperti yg saudara Bergen sarankan.

Tetapi mungkin sesiapa dari kita yg berniaga bersama sahabat dan tidak mempunyai masaalah begini, saya sarankan kongsilah pengalaman dgn kita.

Semoga adik pak zabs akan dapat iktibar dari pengalaman beliau dan saya do'a kan beliau akan berjaya.

Zabs said...

Mak Su: Mungkin pada mulanya, dia tak yakin boleh dapat. Jadi bila dengan mudah telah dapat kerja itu, ingin menggaut keuntungsn pula. Tetapi telah salah perhitungan agaknya, tidak dapat apa2 pun.

Zabs said...

Doc. TA: Terima kasih atas komen dan tip2 yang dikemukakan. Sungguh baik untuk dijadikan panduan kepada orang baru nak mula bzness terutamanya, dan sebagai check and balance bagi yang dah berada di dalam dunia bzness.
Terima kasih atas doa tuan itu dan semoga beliau belajar dari kesilapannya. Salam.

zino said...

zabs..
dalam dunia perniagaan ni macam macam boleh berlaku.. kawan makan kawan pun ramai.. when dealing with money ramai yg gelap mata..

kejujuran dan keikhlasan hilang entah kemana.. siapa yg berpengaruh mem punyai kelebihan.. cable perlu ada.. the technology is not know how but know who..

ketirisan kebocoran berlaku sepanjang masa...

Sastri said...

hmmm... perkara sebegini memang berlaku... saya juga pernah 'handle' perkara ini cuma dari perspektif sedikit berbeza...

pB said...

Salam


Bila masuk bab wang , ramai yang gelap mata dan buta hati ...

sanggup hilang kawan kerana wang

Zabs said...

Zino: Selagi manusia itu menyifatkan dunia ini adalah segala2nya, ia akan tetap berlaku. Tidak kira dalam apa juga hal terutamanya perniagaan. Semoga kita dapat dijahi dari sifat tamak dan tidak amanha. InsyaAllah.

Zabs said...

Sastri: Benar ia memng sering berlaku. Tetapi apabila ia berlaku, tanpa disangkakan, menjadikan kita sedikit kecewa dan merasa dipermainkan di atas "kelurusan" kita itu.

pB: Setuju dengan anda. Semoga kita diberi kesedaran unuk tidak menjadi begitu. InsyAllah.

blackpurple @ jowopinter said...

Salam tuan.

Hmmm.... Banyak 'permainan'nya di dalam perniagaan, lagi-lagi kalau berkaitan kontrak.

Bagi saya biar masuk kecil dan sedikit asal berkat....

Zabs said...

BP@JP: Begitulah seharusnya, walau sedikit tetapi berkat dan berterusan. Kerja mudah dilaksana, tiada masalah yang tidak diundang datang menjengok. Terima kasih.

Neeza Shahril said...

ramai orang macam ni. masa orang mintak tolong bukan main lembik lidah, takde masalah.. tapi bila tengok orang yang ditolong tu dapat lebih untung, dia bukan rasa 'itu rezeki dia' tapi dia rasa... 'amboiii... sedapnya dia makan banyak.. kenyang sorang la tu..' dengki la namanya tu..

dunia business macam2 boleh jadi zabs. neeza sendiri pernah terkena kes gini. cuma tak lah besar mana business tu. tapi seperti biasa, dapat orang yang tak suka tengok orang senang kan, ada je putar belit nya..

Zabs said...

Neeza: Begitulah pemikiran orang kita, tak mahu lihat orang lain mendapat lebih dari mereka. Walau pun mereka percaya rezeki itu ditentukan oleh Allah s.w.t. Kalau ia bukan rezeki kita, sudah masuk kemulut pun akan termuntah keluar.
Tetapi adanya orang begini, boleh memberi pengajaran kepada kita dan juga menguji kesabaran kita. Salam.

zaitgha said...

Pak Zab,
We once conned and the guy ran away to Vietnam. I thought we might be declared bankrupt but God is always great. Sad thing was he was my hubby good friend. So i would rather start small than joint venture with so called 'friend'.

Zabs said...

Zai: Sorry to hear about that. Saya pun pernah kena conned, tapi taklah banyak sangat. Tetapi untuk syarikat kecil macam kami boleh bayar gaji pekerja setakat dua tiga bulan tu.
Itu semua pengajaran bagi kita, walaupau ia satu pelajaran yang mahal untuk didapatkan. Salam.