Friday, February 22, 2008

Membuat Pilihan

Kehidupan kita seharian penuh dengan pilihan. Setiap hari kita membuat pilihan. Nak pakai baju warna apa, seluar warna apa, kasut atau sandal dan sebagainya. Waktu tengah hari nak makan di mana dan apa makanan yang hendak di pesan.

Bagi yang perempuan pula ada banyak lagi pilihan yang perlu dibuat. Disamping membuat pilihan untuk diri sendiri, yang sudah berkeluarga, ada pilihan lain lagi yang perlu dibuat untuk orang yang tersayang (suami dan anak-anak).

Biasanya, pilihan-pilihan tersebut dengan mudah akan dapat dilakukan, dan tidak ada masalah yang timbul.

Namun demikian, ada ketikanya kita sukar membuat pilihan, kerana pilihan yang ada, sama-sama menarik dan mempunyai kebaikan yang tersendiri. Contohnya adalah seperti berikut:

Remaja A telah mendapat dua tawaran belajar dari dua U yang berlainan untuk kursus yang sama. Setelah puas berfikir dan mendapatkan nasihat "pakar", beliau mengerjakan solat istikharah untuk memohon petunjuk, tawaran mana yang harus diterimanya.

Graduan B telah berjaya temuduga untuk dua jawatan yang sama menarik dan gaji yang ditawarkan juga lumayan. Setelah puas berfikir dan mendapatkan nasihat "pakar", beliau mengerjakan solat istikharah untuk memohon petunjuk, jawatan mana yang harus diterimanya.

Pemuda C berkawan dengan dua gadis yang kedua2nya mempunyai ciri-ciri yang diidam2kan untuk menjadi suri rumah yang baik. Setelah puas berfikir dan mendapatkan nasihat "pakar", beliau mengerjakan solat istikharah untuk memohon petunjuk, gadis mana yang bakal menjadi pilihannya.

Untuk PRU 12 ini, Encik D, yang dahulunya menyokong Parti Penimbang, merasa kurang yakin dengan kepimpinan yang ada dan mula tertarik dengan Parti Bulan Mengambang. Adakah Encik D perlu mengerjakan solat istikharah untuk membuat pilihan?

Namun demikian beliau pernah mendengar Tuan Guru memberi syarahan, bahawa untuk memilih antara kedua ini, tidak perlu bersolat istikharah. Kerana telah jelas yang mana satu yang harus dipilih. Kalau begitu, Encik D sudah boleh membuat keputusan dengan mudah. Wallahua'lam.

20 comments:

zino said...

suka tak suka 8hb nanti kita kena buat pilihan.. pilih lah dengan bijak hehe

Neeza Shahril said...

heheeee.. yang tu tak payah nak buat solat istikharah kot sebab segalanya terbentang kat depan mata. biasanya istikarah orang buat untuk benda yang tak nampak aje kot. selamat mengundi ye. pangkah dengan jelas supaya terang seterang bulan mengambang hehehhhh...

jaflam said...

Salam Zabs,
8 March ini bukan saja buat pilihan tapi untuk jatuhkan hukuman kepada yang tidak berkhidmat atau menabur janji palsu.

Selamat menjalankan tanggung jawab.

mama ranggie said...

semoga uncle memilih yg terbaik...

jgn pilih kerana terpikat dgn janji2 yg dibuat sebagai pemanis bibir...

Zabs said...

Zino: Sebenarnya kita kena suka ketika membuat pilihan ini. Kuasa kita, kuasa rakyat. Kita boleh jatuhkan dan ganti pemimpion yang tak jalankan tugas dengan baik, tidak amanah, korup dan cakap tak serupa bikin.
Jadi bergembiralah mengundi untuk menghukum YB yang tidak relevan lagi tu. Salam.

Zabs said...

Neeza:Ya, tak perlu timbang-timbang lagi seperti kata BP@JP, bulatkan fikiran untuk memangkah yang betul. Salam.

Zabs said...

DJaf: Setuju sesangat dengan saranan untuk jatuhkan hukuman itu.
Sebahagian telah pun dapat hukuman apabila digugurkan dari senarai.
Ada yang nangis pun agaknya. Lebih baik digugrkan dari dimalukan dengan kekalahan nanti.
Jika semua pengundi ada perasaan begitu, bijak memmbuat pilihan, tentu akan ada perubahan dalam kerajaan nanti. InsyaAllah.

Zabs said...

MR: InsyaAllah. Tak boleh makan banyak manisan pun. Jadi janji2 manis mu itu tak banyak gunalah. Hahaha...

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs
Why do I have a feeling that they will not be checking their account with God but their bank balances instead?
I'm hearing the sounds of ka-chiiiiing!

Zabs said...

Fauziah: Mereka orang berkemajauan dan berpijak di bumi nyata. Tak percaya kepada yang tak boleh dilihat. Mereka orang moden berpegang pada sains kenyataan.
Duit di bank boleh dilihat dan diguna semahunya sekarang. Yang tak nampak tak perlu difikirkan lagi, sehingga tiba masanya. Pada masa itu barulah nak menyesal dan tidak berguna ladi. Wallahua'lam.

Helena said...

Semalam kena leter dgn hubby bila Helena beritahu that I;m just not in the mood to do what I'm supposed to do this march 8.

Entah kenapa dan mengapa, perasaan Helena tiba2 jadi begini.

Zabs said...

Halena: Mungkin ada beberapa sebab kenapa boleh terjadi begitu. Walau apapun, ini adalah peluang terbaik untuk para pengundi menggunakan kuasa mereka untuk memilih.
Jangan difikirkan siapa yang akan menang, tetapi kepada siapa, undi kita telah kita berikan.
Kalau calon yang kita pangkah, tidak menang pun, tak mengapa,kita telah menjalankan hak kita.
Jangan biarkan orang lain yang membuat pilihan untuk kita.
Selamat mengundi. Salam.

pB said...

kdg kdg manusia ni buta bila membuat pilihan.

buta kerna duit yang ditabur.
buta kerna janji kosong.

yang pelik tu , walau dah tahu mereka tu tak betul , namum , tetap menjadi pilihan mereka ....

kalau dah tak tahu sgt nak pilih yg mana , at least , jadikanlah agama itu sebagai asas ....

Zabs said...

pB: Diharap ramai pengundi yang berpendirian macam anda. Semoga mereka dapat membuat pilihan yang betul dan memberi kebaikan kepda Agama. InsyaAllah.

Mak Su said...

penting utk memilih yg betul

idham said...

:-) oh bulan di mana kau berada....?

oh pungguk aku di depan mata!

Oh bulan bila mahu mengambang?

Oh pungguk, jangan kau pilih penimbang!

hehehe

idham

Zabs said...

Mak Su: Yang betul bagi kita tak smestinya betul bagi orang lain. Tu yang jadi tak betul tu. Dah sampai 50 tahun macam tu yo..

Zabs said...

Idham: Dah lama pungguk merindu ni. Bulan mengambang di tempat lain je. Ntah bila nak sampai kat sini chahayanya.

The Ancient Mariner said...

Memilih mereka yg jelas korup dan tidak amanah tu bersubahat namanya.

Selamat menjalankan tugas dan tanggungjawab kpd agama, bangsa dan negara,

Zabs said...

Capt.AM: InsyaAllah. Tanggungjawab yang perlu dilakukan sebaik mungkin.