Monday, February 11, 2008

Muhibah

Semasa pertama kali membaca N3 tentang muhibah di laman blog beberapa rakan siber, telah terdetik di hati saya, akan tiba masa untuk saya ditagkan perkara tersebut.

Betul seperti yang dijangkakan, Fauziah dengan sukacitanya telah mengutuskan perkabaran tersebut dengan melawat ke laman blog saya terlebih dahulu.

Oleh itu inilah apa yang dapat saya perkatakan tentang Muhibah;

Muhibah, mengikut Kamus Dewan (DBP), berasal dari bahasa Arab yang memberi dua maksud; 1. Percintaan, kasih mesra: 2. Perasaan persahabatan dan kemesraan.

Dalam kontek ini , maksud yang kedua itu adalah lebih sesuai untuk saya perkatakan bagi tag ini.

Semasa kecil, saya tinggal di kampong yang berhampiran dengan sebuah taman yang dihuni kebanyakannya oleh warga keturunan India dan beberapa keluarga dari keturunan Cina yang bekerja di estet berhampiran. Terdapat sebuah kedai di taman itu, yang sering di kunjungi oleh penduduk dari kampong kami. Kedai ini, di samping menjual barang keperluan harian, juga ada tempat untuk minum teh (teh tarik belum dikenali lagi) dan makan roti bakar.

Di kedai ini terdapat interaksi ketiga-tiga kaum ini tanpa ada perbezaan. Walaupun pada masa itu, tidak ada lagi slogan untuk menjalin perasaan muhibah antara kaum, tetapi ianya telah lama wujud dengan sendirinya.

Sebenarnya manusia itu dilahirkan mempunyai fitrah perasaan persahabatan dan kemesraan dan ingin berbaik-baik di antara satu dengan yang lain. Sebagai mana kita dikehendaki oleh Allah s..w.t agar berkenal2an di antara satu dengan yang lain, yang berasal dari bangsa dan keturunan yang berbeza.

Semua bangsa mempunyai naluri demikian. Ini dapat saya rasakan juga setiap kali berkursus di luar negara, yang dihadiri oleh ramai peserta dari negara-negara yang berbeza. Di Jepun dan di Kanada misalnya, kursus2 yang pernah saya hadiri, terdiri dari peserta2 dari negara2 berlainan, seperti gambar disebelah.

Dengan adanya perasaan muhibbah dari semua peserta, kami dapat hidup bersama dalam jangka masa 3 hingga 6 bulam tanpa sebarang masalah. Kami berhubungan dengan baik, melakukan kerja kursus bersama dan melancong bersama.

Sebagai bekas anggota keselamatan yang bertugas di kapal, perasaan muhibbah juga dapat dirasakan ketika bertugas bersama. Anggota kapal sentiasa terdiri dari keturunan yang berbeza, tetapi tidak timbul langsung perbezaan itu. Pada satu ketika, pegawai pemerintah kapal kami, adalah seorang keturunan India, tetapi setiap kali malam Jumaat jika kapal berlabuh, dia menyarankan diadakan majlis doa selamat dan tahlil.

Mungkin ada yang akan mengatakan, bahawa perasaan muhibbah itu timbul kerana terpaksa. Itu terpulanglah kepada anda untuk membuat tanggapan. Tetapi bagi saya, manusia itu sememangnya telah ada wujud di dalam diri mereka, perasaan untuk berhubungan dengan baik dengan orang sekelilingnya. Apa yang menyebabkan pertentangan berlaku ialah, kerana adanya kontiminasi luaran, yang mungkin mempunyai motif tertentu.

Muhibah telah lama terjalin, Cuma jika kita sering disogokkan dengan perkara yang negatif tentangnya, ia akan dipersoalkan semula.

Bagi saya muhibah telah lama menjadi cara hidup masyarakat kita, ia tidak perlu dipersoalkan, tetapi hanya perlu dipraktikkan. Wallahu'alam.

Ini bahagian yang susah sedikit. Siapa yang hendak saya tagkan, kerana telah ramai yang ditagkan dengan muhibah itu. Oleh itu mungkin Akmal dan Zino boleh menyumbang dalam hal ini. Terima kasih.

29 comments:

Unknown said...

Salaam Pak Zabs,
Good post. Betul tu, lumrah kita manusia nak hidup aman damai, takda sorsng pun seronok cari gaduh dan cari pasal. Bagi saya, paling penting dalam hidup bermasyarakat ialah tolak ansur, memahami, menghormati dan kasih sayang. Dijamin beres.
....aaaa? Kena tag la ni? Topik ni boleh tahan susah jugak nih. Gimme some time ye, nak kena perah otak sikit nih. Tak banyak pengalaman, but InsyaAllah, I'll try my best to get this thing done :)
Have a nice day :)

Mak Su said...

muhibah itu natural

ZABS said...

Akmal: Take your time. I know you can do a better one.

Mak Su: Botoolah tu....

silversarina said...

salam perkenalan,

Muhibbah adalah intipati kedamaian alam sejagat. Telah banyak contoh di mana negara hancur akibat tiadanya perasaan muhibbah di kalangan rakyat.

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs
Thank you. I knew you could do it. Good post.

ZABS said...

Silversarina: Salam kenal untuk anda juga. Terima kasih kerana sudi menjengok ke sini.
Betul seperti kata anda itu, muhibah membawa kedamaian.

ZABS said...

Fauziah: Thanks for your kind words. Mungkin sebagai orang biasa (not a trained journalist), boleh pakailah tu kan.

blackpurple @ jowopinter said...

Salam tuan Zabs.

Muhibbah berasal dari perkataan Muhabbah. Kecintaan. Sememangnya jika jiwa setiap jiwa manusia disuburkan dengan benih kecintaan, secara automatis akan tercipta ikatan muhibbah / muhabbah itu. :)

Qaseh Bidadari said...

jika di sulami dgn keihklasan,ia lebih bermakna...

pB said...

Salam ...


Dalam dunia blog ni sendiri , ada muhibbah ...

ZABS said...

BP, MR dan Mak Su: Terima Kasih dan Salam Muhibah unuk anda semua.

Unknown said...

:-) ZABS...

kupasan yang matang ...seperti selalunya dari pak Zabs.

idham

Helena said...

I am all for Muhibbah. And buat masa ini, anak2 pun faham erti hidup bermasyarakat sesama kaum. Just like me in my schooling days, their 'besties' include their chinese and indians friends....

Pak Zawi said...

zabs,
Anda sebenarnya telah lama mengamalkan sikap muhibah sejak dari dulu lagi.
Mengapa sekarang ini Kerajaan seolah-olah perlu mengarahkan rakyat Malaysia supaya melakukan muhibah? Adakah ianya tidak lagi menjadi lumrah penduduk Malaysia?

azharjaafar said...

Aslmkm. First time visit ke blog tuan. Salam muhibah.

so'od said...

salam uncle..
menarik kupasan ni..
dulu masa study dulu.. housemates sy sorg chinese sorg indian..
xde masalah.. in fact terlebih muhibbah.. heheh..

zino said...

zabs
nak kena cerita pasal muhibbah ni ke..yg zabs tulis ni tak cukup lagi ke.. hehe.. (cuba nak cari alasan.. hehe)

ZABS said...

Halena: Seperti yang saya tulis, "muhibah telah lama menjadi cara hidup masyarakat kita, ia tidak perlu dipersoalkan, tetapi hanya perlu dipraktikkan.
Seperti ada iklan tentang kesealmatan di jalan raya tu, kanak-kanak pun tahu, kenapa orang dewasa pulak yang tidak tahu nak patuhi.
Serupalah dengan muhibah ini, orang dewasa pula yang perlu diingatkan semula.
Dalam komponen parti yang sama pun ada yang tak sehaluan.

ZABS said...

Zawi: Mereka cuma nak menimbulkan keraguan yang munasabah, supaya mendapat sokongan.
Jika kita merasa selesa selalu, mereka takut, kita pilih orang lain pulak untuk ganti mereka.
Salam.

ZABS said...

Azharjaafar: Salam kenal kepada anda juga. Terima kasih kerana sudi berkunjung. Akan membuat kunjungan balas nanti.

ZABS said...

So'od: Itu yang uncle cakap, muhibah itu cara hidup kita terutama orang Islam. Sayangilah saudara kamu seperti mana, kamu mahu disayangi.

ZABS said...

Zino: Dah ramai juga yang tulis tentang muhibah, tetapi tentu tak sama macammana persepsi Zino tentangnya. Terima kasih kerana ada juga minat nak jawab tag ini. Salam.

NBK466 said...

Memula tersalah baca MUHIBAH terbaca MUSIBAH..nau'zubillah..

ZABS said...

NBK: Kalau tersalah pilih nanti mungkin jadi gitu. Jadi berhati-hatilah bila memangkah pada 08/03/08 nanti.....

Neeza Shahril said...

seronok jugak dapat kawan yang berlainan bangsa dan agama. boleh tukar tukar cerita... kalau duduk dalam kelompok kita aje, mula la kita pelik dan prejudice bila orang kaum lain buat sesuatu yang kita tak pernah tengok.. tapi kalau dah tahu, baru lah timbul rasa hormat... :)

zaitgha said...

Pak Zabs,
I have wonderful Chinese neighbors, infront, next door and behind my house here...but the malays??

just to relate these sad stories to you, a malay guy swept his garden but burnt the dried leaves in front his front neigbor's house(mcm mana tak gaduh)

and only 2 days ago, my 2nd boy came home crying because the other boys told him that he went to sekolah kafir because his speak English quite well...sheesshh just wonder what these boys would become when they get older....

have a good weekend Pak Zabs...kita akan mengundi soon

ZABS said...

Neeza: Biasanya apabila seseorang itu banyak bergaul dengan bangsa asing, mereka akan terasa pelik dengan keanihan perangai bangsa kita. Islam tetapi cara hidup tidak begitu. Mengumpat, mengata, menganggu, tidak perihatin dan bermacam lagi yang iak harus dilakukan. Seperti komen Zai di atas, saya bersetuju dengannya. Tal lama lagi kita akan mengundi. Salam,

ZABS said...

Zai: I know what you mean. Saya pun ada neighbour gitu. Dulu semasa kami berada di luar negara, dia buat "bump" di depan rumah saya (rumah saya di sebelah kanan rumah dia) dan satu lagi di depan rumah jiran sebelah kirinya. Tujuannya supaya kereta akan perlahan melaluinya untuk mereka bermain badminaon dihadapn rumah. Bump itu tak ikut spec dan boleh rosak tayar kalau selalu lalu di situ.Itu salah satulah.
Apabila saya balik dia takda minta maaf pun. Tetapi saya takda nak tegurlah, malas gaduh2 in. Senyap2 saya telefon Majlis Perbandaran dan mereka pecahkan. Kini dah ada bongol baru tetapi dibina ikut spek dan ditempat yang betul2 sesuai. Alhamdulillah.

byBudiEka said...

hi thx for the simple explaination... permission to link ur article in my wall :-)