Monday, February 18, 2008

Kerana Poster

Pada satu pagi di hujung minggu lalu, seperti biasa saya telah melakukan perjalanan riadah selama satu jam. Saya tidak pasti berapa jauh, tetapi mungkin lebih kurang 4-5 km. Saya mungkin boleh berjalan lebih dari itu, mungkin 10 km atau lebih. Kalau YB yang telah berumur 70 tahun pun boleh, InsyaAllah saya pun boleh agaknya. Tetapi memandangkan saya tidak ada pun niat hendak menjadi YB (takde orang nak pilih pun), jadi tak perlulah saya buktikan.

Apa yang saya ingin perkatakan ialah saya telah melihat permulaan kepada perang poster menjelang PRU ini. Belum ada lagi poster dari pihak yang satu lagi yang dijumpai di perjalanan itu.

Kehadiran poater-poster ini sebenarnya telah mengingatkan saya kepada satu peristiwa yang telah berlaku sekitar pertengahan tahun '80an dahulu. Pada masa itu kempen pilihanraya sedang berjalan, dan hari mengundi tinggal tidak berapa hari lagi.

Kapal kami ketika itu sedang berhimpit di dermaga Pelabuhan Labuan, beristirehat selepas hampir 2 minggu berada di laut. Kapal baru sahaja memasuki pelabuhan itu sehari sebelumnya dan anak-anak kapal diberi kelepasan untuk naik ke darat dan perlu balik ke kapal sebelum tengah malam.

Pada pagi itu, saya telah didatangi oleh seorang pegawai polis yang meminta saya pergi ke balai polis berhampiran untuk menjamin tiga orang anak kapal saya yang sedang ditahan di "lock-up" balai polis tersebut.

Tanpa banyak bicara saya telah pergi ke balai polis tersebut. Sesampai di sana saya diberitahu bahawa anak-anak kapal saya itu telah ditahan pada malamnya kerana ditemui sedang mencabut poster salah satu parti yang bertanding pada pilihanraya itu. (Gambar hiasan sahaja).

Mereka terpaksa tidur di "lock up" pada malam itu kerana mereka juga didapati berada di bawah pengaruh minuman keras (mereka bukan keturunan Melayu). Saya perlu menjamin mereka, jika tidak mereka terpaksa tidur di "lock-up" lagi sehingga kes selesai.

Saya bersetuju menjamin mereka, tetapi pegawai polis itu mengingatkan saya bahawa mereka masih belum dilepaskan. Jika ada pihak yang membuat pengaduan, mereka akan dihadapkan ke mahkamah.

Dalam perjalanan balik saya telah bertanyakan perkara sebenar. Mengikut cerita mereka, mereka cuma hendak menegakkan tiang poster yang hampir tumbang apabila ditangkap oleh pihak polis itu. Saya memberi "benefit of the doubt" kepada mereka.


Tetapi lain cerita yang saya dengar dari kawan mereka. Mereka sebenarnya ingin membawa balik poster itu untuk diletakkan di mess mereka di kapal untuk menunjukkan sokongan kepada parti pilihan mereka itu. (Gambar Hiasan sahaja).

Nasib mereka baik, tidak ada sesiapa yang membuat aduan dan kes mereka di tutup.

Nasihat bagi mereka yang mungkin terlibat di dalam perang poster nanti:

1. Jangan buat kerja pemasangan dan penurunan poster selagi tidak dibayar 100%.

2. Jangan pasang poster di kawasan berhampiran rumah penyokong parti lain, melainkan anda berani sanggup diacu dengan senapang patah.

3. Buat pemasangan pada waktu orang sedang tidor.

4. Buat pemasangan serentak bagi semua parti, untuk jimat kos.

5. Jangan tunjukkan sokongan kepada sesuatu parti.

6. Jangan buat sesuatu yang boleh menyebabkan anda di tahan polis (tak dapat mengundi nanti).

7. Undilah dengan penuh rasa tanggungjawab.

Siapa agaknya calon pilihan, penghuni rumah ini ya?

38 comments:

bergen said...

That's a big house to clean. That's a big house to build. That's a big house to maintain. That's a bit house built with money we don't have to ask where it came from.

bergen said...

Should have read: That's a big house built...

bergen said...

Zabs, tak perasan komen kata yang instruction blog in dalam Bahasa Ibunda. Syabas, tuan.

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs
The bigger, the better? Termasuklah poster-poster untuk kempen pilihanraya tahun ni ...

Zabs said...

Bergen: Oleh kerana tuan punya blog boleh faham dua bahasa, anda ada piihan untuk berbuat demikian.
Ya, sebuah rumah yang tidak termampu untuk saya memilikinya, tetapi suka melihat anugerah Allah kepada hambanya ini, untuk diuji dengan kekayaan. Salam, semoga anda di beri kesihatan yang baik. InyaAllah. Itu lebih baik untuk kita.

Zabs said...

Fauziah: Biasanya begitulah. Kita mahu semua yang besar-besar belaka. Tetapi sebenarnya, kita harus bersyukur walau sekecil mana, rezeki yang kita perolehi. Alhamdulillah.

blackpurple @ jowopinter said...

Salam.

Kadang-kadaang saya rasa poster tidak mempengaruhi sangat corak pengundian saya. Orang lain tak pasti pula...

Rumah agam itu kalau mampu bersuara, pun akan merintih agaknya... :)

zino said...

zabs..
perang poster hanya gimik utk merancakkan suasana.. masa lain poster tak ujud.. masa kempen ni lah pesta poster rancak di sana sini..

sprt kata BP.. poster ni rasanya tak mempengaruhi sangat patent pengundian.. cuma ia sebagai isyarat sesuatu parti itu ada di sana..

rumah besar tu satu anugerah kepada pemilik nya.. sesiapa pun ingin memilikinya.. tapi rezeki kita apa yg kita usahakan..dan apa yg Allah perkenan kan..

tokasid said...

Salam Pak Zabs:

Pengalaman poster yang menarik utk anak-anak kapal tersebut. Merasa jugak mereka tidor lokap,dapatlah bercerita pada cucu-cucu mereka nanti.

Perang poster sudah menjadi satu acara wajib ketika pilihan raya baik di pihak kerajaan atau pihak pembangkang.

Cuma ttg poster-poster ini saya ada 2 ralat:-
1- Selepas selesai election, poster bukan lagi menjadi penyeri tetapi sudah menjadi pencacat pemandangan. Pekerja parti sudah jarang peduli terhadap poster yang menjadi sampah sarap.
2-Kos poster yang tinggi bagi saya satu pembaziran. Kalau seorang calon DUN berbelanja RM 10k utk poster sahaja sudah tentu utk kerusi Parlimen berlipat kali ganda.
Mungkin poster2 seMalaysia mencecah jutaan RM? Bayangkan berapa banyak banglo seperti gambar itu boleh di bina? Dan bayangkan berpa banyak sekolah baru atau rumah PPRT boleh di bina. berapa banyak jalan kampong boleh di perelokkan?

Akmal said...

Pak Zabs,
Perang poster dah nak mula ni. Penggal lepas, kat kampung saya, orang yang gantung poster untuk kedua-dua parti yang bertanding tu orang yang sama pada TIANG BULUH YANG SAMA! Siap berseni lagi. Ingat balik, rasa nak gelak pun ada. Hmmm....lantaklah!

Zabs said...

BP@JP: Itu yang pelik tu. Setakat yang perlu sudahlah pasang poster tu. Tapi tidak begitu realitinya.
Setiap parti akan berlawan siapa yang banyak pasang poster. Pembaziran yang amat nyata.
Rumah itu nanti akan bersuara memberitahu apa pembaziran dirinya semasa di dunia. Wallahua'lam.

Zabs said...

Zino: Ia bukan gimik lagi, jika pada keseluruhannya nanti perbelanjaan untuk poster ini(membuat, memasang dan menurunkan), akan memakan belanja jutaan ringgit.
Ditambah pergaduhan merebut tempat untuk memasang poster.
Sampah tambahan yang akan mencemar persekitaran setelah berakhir PRU.
Poster yang usang bergantungan berminggu-minggu selepas PRU, samada gugur sendiri atau terus tersangkut sehingga hancur di pokok2.
Anugerah atau dugaan hanya Allah yang Maha Mengetahui. Wallahua'lam.

cakapaje said...

Salam Pak Zabs,

Mengenai pasang poster:

1. Jangan buat kerja pemasangan dan penurunan poster selagi tidak dibayar 100%.

Rasa sayalah, sepanjang pengalaman saya turut bersama, tak pernah kami meminta dan segala usaha kami adalah kerana Allah, insyAllah :)

Zabs said...

Doc. TA: Apa yang penting bagi mereka sekarang ialah untuk menang. Mereka akan buat apa sahaja untuk itu, belanja ribu2 pun bukan duit yang mereka cari dengan titik peluh sendiri.
Kalau duit mereka sendiri, nak RM50 pun menggigil kot?
Tentang banglo, sepenggal jadi YB pun dah boleh bina banglo lebih besar dari itu.
Salam.

Zabs said...

Akmal: Mungkin sama di mana-mana. Orang yang sama akan buat kerja tersebut. Melainkan pekerja parti yang setia seperti Shah CA.
Salam.

Zabs said...

Shah CA: Maaf, saya cakap untuk parti yang satu lagi tu. Seingat saya mereka yang buat kerja pasang dan gantung poster mereka itu, dibayar. Takut nanti bila dah menang, selepas 4 tahun baru diorang ingat nak bayar. Itu pun kalau mereka dipilih bertanding semula. Kalau kalah langsunglah melepas.
Tentu ada exception, bagi pekerja parti yang dedicated macam anda.
Tahniah atas sumbangan yang bermakna itu. Salam.

Kak Lady said...

Tak lama lagi lebatlah poster2 di tampal & digantung di sana sini...

Betul rasanya kata BP...poster2 ni rasanya tak memainkan peranan penting dlm mempengaruhi undian pengundi...sebab pengudi2 sekarang dah ramai yang bijak2...

Zabs said...

Kak Lady: Walau apapun kesan dari poster yang dipasang, banyak wang akan dibelanjakan untuknya.
Banyak kroni yang akan mengumpul wang dari pembuatan poster, topi, t-shirt dan sebagainya.
Seperti kata Tokasid, duit jutaan ringgit itu boleh diguna untuk tujuan yang lebih berfaedah. Salam.

ADIEJIN said...

Saya bertanding di Seputeh Undilah saya. hehehe... http://pundak.wordpress.com/

Zabs said...

Adie: Sayang sekali saya mendaftar di tempat lain. Tak sempat nak tukar alamat dah. Maaf.

pB said...

Salam ...

Menyesal sebab tak tukar alamat mengundi.

Zabs said...

pB: Nak kena balik ngundi di Kelate ke? Baguslah dapat ziarah saudara mara kat sana lagi.

Mak Su said...

kah kah kah, kelakarlah anak kapal tu.. tah hapa-hapa kan. namanya tak de kerja cari kerja..ooppss! maaf. err.... saya ingat saya nak undi AF ler.. ahaks

Zabs said...

Mak Su: Selepas itu, saya tidak benarkan mereka keluar kapal lagi, sehingga kapal belyar semula meninggalkan Labuan.
AF? Dah mula ke?

idham said...

:-) pak zabs..

dalam jalan2 di dubai hujung minggu ternampak poster terlekat di dinding bangunan. kechil sahaja, tapi cukup memberi erti ada penyokong parti 'itu' di sini...

ramai juga yang sudah memohon cuti untuk pulang....

saya berdaftar di taman melati/ parlimn setiawangsa. belum tahu siapa calonnya...

idham

Zabs said...

Idham: Jika tidak balik, ada kemudahan mengundi secara pos ke? (Apa parti tu ye?
Saya di DUN: Hulu Kelang, Parlimen: Gombak.
Tempat mengundi dekat rumah je. Boleh jalan kaki, tak perlu kenderaan parti. Jadi boleh bebas buat pilihan. Hahaha...

pB said...

Bro Jenal ,

he he , kalu balik ngundi Klate , tak per.

Sebab tak tukar nama ke Klate, lar yg dok nyesal nie

pB ngundi DUN Puchong ....

saper ler agak agaknya calun kali ni.

kalu melayu melayu , ok.

tapi kalu dua dua bukan melayu, tu yang buat pB termenung tu ...

kuang kuang kuang

pB said...

sorry silap

DUN : Sri Serdang
PARLIMEN : Puchong

Zabs said...

pB: Tu tempat diorang semua tu. Tak da pilihan nampaknya...

Neeza Shahril said...

besar rumah tu. alangkah baiknya kalau rumah tu kecil sikit dan kos untuk buat rumah besar tu disedekah kepada rakyat yang miskin di tempat itu... jangan salahkan rakyat yan gmengatakan orang politik ni cakap manis semasa sebelum pilihanraya aje. lepas dah menang, berbagai alasan diberi.

Bagi neeza, tak suka perang poster sebab nanti kotor. orang rajin pasang tapi tak berapa rajin bersihkan..

Zabs said...

Neeza: Anda telah merumuskannya dengan baik sekali. Tapi bukan itu yang difikirkan oleh mereka2 ini. Sebelum menang cakap akan jadi hamba rakyat, selepas menang rakyat jadi hamba... Hampeeh (maaf).

ruby ahmad said...

Hello Zabs,

Ahh..itu lah shurga di dunia ya? I agree with Bergen that is quite a big house to maintain, but that's for mere mortals like us to worry, for me at least..he he.

I rasa intelligence ni gets to be quite challenged lah during the elections fever. Teruk juga antics2 manusia buat masa ini. Ramai juga lose their heads and fight like kids..duh! Mana lah agak nya kewarasan minda? He he.

Zabs said...

Ruby: Saya pun merasa teruja melihat rumah begitu. Maha Berkuasa Allah memberikan makluknya rezeki yang melimpah ruah di bumi Malaysia ini. Kalau dahulu rumah orang-orang kenamaan sahaja yang sedimikian.
Tetapi kini, meminjam dari A*r As*a (sekarang semua orang boleh terbang), semua orang boleh ada istana.
Yes, it is only the beginning, we just have to wait for another week. Pesta "maki hamun" akan merancakkan malam2 di Malaysia....
Dah buat keputusan nak bertanding ke belum? Tapi maaflah saya boleh mengundi di Gombak je. Salam.

13may said...

org kampung saya...selalu kutip bendera apabila selesai pilihanraya...

buat kain basahan :D

Zabs said...

My: Bagus juga tu. Tapi sekarang banyak bendera yang kecil2 je. Kena jahit cantum2kan baru boleh buat kain basahan. Kalau banyak lagi boleh buat kain langsir, alas tilam .... Buat baju pun boleh....Hahahha...

alan zed said...

salam dari kt buat ayahanda. there's always two sides of a story. :)

Zabs said...

Alan: Waalaikummussalam. Yes, the wrong side and the side that is not right. Ya kah?

Mat Salo said...

Pak Zabs,

Bagi pandangan saya, pemilu ni buat perabih duit aja. Agak sedih kerana pembaziran berlaku masa kemelut ekonomi. Siapa jugak yang kena tanggung semua ini? Raak-yaaat jugak. Hai...

But great piece, enjoyed it. Kelakar Pak!