Tuesday, February 26, 2008

Ayo-yo Siapa Ini

Mungkin ramai yang masih ingat kepada penyanyi Hang Mokhtar, seorang pemuzik yang popular sekitar tahun 80an dan 90an dahulu.

Beliau banyak mengubah lagu menceritakan keadaan semasa dalam bentuk komidi yang bersahaja. Antara lagu yang agak popular ialah Ayo-yo Samy (1987), yang ditujukan kepada Menteri Kerja Raya pada masa itu (sekarang pun), Dato' Seri SV.

Ia menceritakan rasa kurang senang rakyat dengan bayaran tol yang semakin menghimpit mereka (kini selepas dua puluh tahun, kadar tol itu masih menghimpit dan bertambah- tambah lagi).

Ikuti sedikit lirik lagu tersebut seperti di bawah:

Ayo-yo Samy, Ayo-yo Samy
Sekarang orang ada susah hati
Tol di sana, tol di sini
Di Penang orang suka naik feri

Ayo-yo Samy, Ayo-yo Samy

Tak boleh kasi tol kurang lagi
Hari-hari bayar tol lagi
Nanti saya habis duit gaji.

Sebenarnya Hang Mokhtar, masih lagi aktif menyanyi, tetapi hanya di majlis2 kahwin dan jemputan khas sahaja. Kebetulan pada hari Sabtu lepas semasa menghadiri majlis perkahwinan anak saudara sebelah isteri, saya telah sempat mengambil gambar beliau sedang bermain muzik di sana.
Pada majlis itu beliau tidak ada memainkan lagu-lagu popular beliau dahulu, tetapi kebanyakannya, lagu-lagu yang bersesuaian dengan majlis perkahwinan sahaja.

Beliau rupanya adalah kawan baik kepada bapa pengantin perempuan. Satu sumbangan yang bererti untuk kedua pengantin tentunya.

15 comments:

zino said...

zino suka lagu pop ye ye.. hehe

Mak Su said...

la.... apsal tak buat permintaan khas mintak lagu ayoyo samy tu..? mesti beshhh

Unknown said...

:-) saya pun peminat pop yeh yeh..

dunia ni kecik je...sering kita bertemu orang yg kita kenal melalui network yang sedia ada...

pak zabs di hulu kelang ka?
saari sungip itu classmate saya masa di STAR.

idham

tokasid said...

Salam Pak Zabs:

Saya masih ingat Hang Mokhtar.Waktu itu saya masih di kampus MU di Lembah Pantai.
Lagu-lagu beliau bersahaja tetapi mempunyai komen rakyat. Lebih kurang kalau di Indonesia macam Iwan Fals dan Doel Sumbang pada era itu. Selain Hang Mokhtar, RamPa( Rambut Panjang yg di anggotai oleh kartunis Poie dan gitaris Zainal RamPa) juga membawa isu2 rakyat tetapi dalam irama raggae dan sedikit rock.

Saya sedang mencari keset atau CD(jika di transferkan oleh syarikat)Hang Mokhtar tetapi masih tak jumpa. Mungkin kena pergi ke kedai-kedai kecil di pekan kecil,kot2 masih ada. kalau dpt nak di ripkan dalam bentuk mp3 atau AAC supaya boleh di kongsi bersama.

Neeza Shahril said...

tak kenal la dia zabs.. tapi neeza suka lagu pop yeh yeh sebab dalam 80an kan pop yeh yeh glamor balik.. macam lagu...errr Si baju hijau..sape entah nyanyi tu.. neeza suka heheee

ZABS said...

Zino: Kira serupa rupny. Tapi saya setakat suka je lah, nak nyanyi takut hujan pulak nanti. Salam Pop Yeh Yeh.

ZABS said...

Mak Su: Masa tu tak teringat pulak. Maklum tengah bizi melayan tetamu yang datang. Tapi lepas tu diorang ada joget lambak pulak. Gamat Dewan jadinya.

ZABS said...

Idham: Ya betul tu. Kalau rakan sekelas anda tentu boleh di percayai.
Dan Parlimen GOMBAK pula, saudar Azmin Ali.Semoga saya dapat menjalankan tangungjawab dengan baik.InsyaAllah.

ZABS said...

Tokasid: Baguslah kalau boleh dapat kaset lama tu dan kongsi engan kita.
Pada pedengaran saya, suara HM ni masih bagus dan seperti dulu jugak.
Salam.

ZABS said...

Neeza: Takpa, nanti kalau Tokasid dapat cari lagu2 dia, kita boleh tumpang dengar.
Sibaju hijau nyanyian Saniah Huri kot? Lagu 60an ini popular mungkin kerana melodinya bagus dan penyanyinya pula ramai yang masih atif.
Radio dan TV pula bantu promosikan, glamorlah mereka semula. Hahaha...

Neeza Shahril said...

yaaa.. betul tu Sanisah Huri. lagu lagu dia best sebab melodinya menyenangkan telinga dan liriknya bersahaja dan straight to the point.. tak pusing pusing sampaikan nak paham pun susah heheee..

NBK466 said...

Ha'ah..den pun konal HMokthar nie...cuma dia yg tak kenal den..he.he.he..

blackpurple @ jowopinter said...

Ha'ah. Dulu-dulu masa budak-budak rasanya pernah dengar lagu2 itu. Hehehe!

Sekarangpun masih relevan liriknya.

ZABS said...

Neeza: Masa tu pendengarnya, suka yang macam tu, dibuatlah gitu agaknya. Sekarang pendengar dah lain sikit, suka pusing2 dan belit2 agaknya.

NBK: Bagus jugak kalau orang tak kenal kita. Nak berhenti minum cendol kat tepi jalan pun, takda siapa nak tengok atau tegor.

BP@JP: Yelah tu. Ingat2 lupa kot? Liriknya masih relevan dan sesuai untuk kempen agaknya, agar kadar tol diturunkan. Dulu2 tu DAP pun ada gunakan lagu tu untuk kempen mereka.

hangmokhtar said...

Ini Hang Mokhtar tejumpo pulak blog ni.untuk pengetahuan sila ke hangmokhtar48.youtube.com di situ terdapat lagu terkini Hang Mokhtar
silakan