Friday, June 08, 2007

Bukit Fraser

Kali pertama saya ke Bukit Fraser ialah pada Dis 1988. Setelah lebih 18 tahun saya teruja untuk kesana semula membawa anak bungsu yang baru berumur 10 tahun, semasa cuti sekolah. Setelah berusaha untuk membuat tempahan tempat penginapan melalui internet, dan gagal, akhirnya saya mendapatkan nombor telifon salah satu resort di sana dan menalifon sendiri. Walaupun lagi tiga hari tarikh hendak kesana, Alhamdulillah kami berjaya mendapat tempat penginapan.

Perjalanan sejauh 100km ke sana tidak menghadapi sebarang masalah, kecuali masa yang di ambil agak panjang. Kami bertolak dari Kuala Lumpur pada jam 10.30 pagi dan tiba ke resort tersebut pada jam 1.30 tengah hari. Ini adalah kerana keadaan jalan dari Kuala Kubu Bharu menuju ke Bukit Fraser adalah kurang darui memuaskan. Kebanyakan jalannya telah terlalu lama tidak diselenggara dan berliku-liuku, juga terdapat banyak kawasan yang mengalami tanah runtuh, tetapi tidaklah sampai menghalang perjalanan.

Walaubagaimanapun hari wasioh awal, kami tidak pergi ke mana-mana setelah check-in di resor, kerana keadaan cuaca yang kurang baik pada petang itu.

Esoknya setelah bersarapan kami memulakan explorasi dengan melawat tempat-tempat yang menarik seperti, Horse Riding, Archery Jeriau Waterfall dan Allen's Water. Kami juga melawat Strawberry Farm dan Istana Pelangi yang tidak di buka lagi.





Anak kecil kami yang pada mulanya tidak mahu menunggang kuda, tetapi setelah habis satu pusingan mahu ditambah lagi.
Di Allen's Water, terpaksalah pula melayan si kecil yang mahu berboating. Kena tunjuk kepakaranlah pulak.
Pada keseluruhannya Bukit Fraser ini masih lagi ramai pengunjung tetapi tempat ini telah menampakkan keuzurannya. Beberapa gambar di bawah adalah petanda kepada kurangnya penyelenggaran terhadap infrastruktur di sini.
Papan tanda pun sudah tidak terjaga, bagaimana persekitarannya lagi.

Lorong pejalan kaki menuju ke Jeriau Waterfall, rosak, kerana telah dilalui oleh kenderaan pacuan empat roda.

Seperti kata isteri saya, sungai di Bukit Belacan Ampang pun lebih bersih dari di sini.

Ini adalah pemandangan menuju ke (bekas) Fraser's Golf & Country Club, terletak berhampiran jalan masuk ke Jeriau Waterfall (6km dari Pusat Bandar). Golf Course yang baru ada terdapat berhampiran dengan Pusat Bandar.
Mungkin ini adalah kali terakhir kami akan ke sini lagi, terdapat banyak tempat peranginan lain yang lebih memberi untuk dikunjungan dan mampu pula memberi kepuasan yang lebih. Genting Highlands, agaknya telah mencuri tumpuan pengunjung untuk ke sana.

2 comments:

tokasid said...

Salam pak Zabs:

TQ for this entry. Saya tak pernah pergi ke Bukit Frasers(Genting pun tak pernah.Malah Bukit Larut yg amat dekat dgn rumah mak pun tak pernah saya daki sejak kecil) tapi dok taram nak pi lama dah. Entry pak ini menyelerakan saya semula utk ke Fraser.
InsyaALLAH

Manusia Pekasam said...

Salam Pekasam,

Tatau plak Bkt Fraser byk tempat best. Nak kena pi nih!

TQVM no lawat blog Pekasam saya...

Salam perkenalan sama...