Friday, July 20, 2007

Tonga

Tiada siapa agaknya yang mempunyai impian untuk melawat Negara Tonga ini, pada pemikiran sayalah, kecuali jika atas keperluan perkhidmatan, seperti yang saya alami.
Lebih 23 tahun yang lalu saya telah bertugas di kapal ini HMNZS MONOWAI, di bawah rancangan pertukaran dengan Tentera Laut Di Raja New Zealand dari tahun 1982 hingga 1984.

Semasa bertugas di kapal ini , pada 1983, telah berkesemapatan melawat Negara Tonga. Bagi mereka yang masih ingat, Filem Mutiny On The Bounty, sinilah tempat di mana Captain Bligh ditinggalkan di dalam bot, selepas kapalnya di rampas oleh anak kapal yang belot.
Kapal HMNZS MONOWAI ini telah ditugas untuk mengikuti lawatan Governor General of New Zealand ke negara-negara kepulauan di sana seperti Fiji, Samoa, Vanuatu, Cooks Island dan juga Tonga.
Lawatan tersebut bertepatan pula dengan sambutan ulang tahun pemerintahan raja mereka pada tahun itu, dan terdapat banyak pesta dan jamuan diadakan. Oleh kerana saya seorang sahaja pegawai asing di kapal tersebut, maka telah diarah untuk menghadiri jamuan yang diadakan tersebut.

Mereka berjamu sambil duduk bersila je. Cuma VIPs duduk tempat tinggi sedikit. Cuba tengok apa yang mereka makan di sini. Habis hilang selera saya. Cuma minum air sahaja, air kelapa pulak tu. Balik ke kapal semula baru dapat makan.

Di Tonga juga terdapat sebuah hotel diberi nama International Dateline Hotel Untuk mendapat maklumat lanjut tentang International Date Line sila lawati laman web ini. Ia adalah garis imaginasi di garis bujur 180 darjah. Secara amnya, dunia ini terbahagi kepada 24 zon masa, dan perlu ada tempat di mana ia harus bermula, International Date Line adalah tempatnya. Sesiapa yang berjalan ke arah barat melintasinya akan untung sehari (gain a day), dan jika berjalan melintasinya ke arah timur akan rugi sehari (lose a day). Itu yang terjadi di dalam filem Around The World in 80 Days.
Kebetulan pula semasa berkursus di Kanada pada 1990, telah bertemu dengan beberapa peserta dari negara-negara kepulauan tersebut dan salah seorang daripadanya adalah dari Tonga. Kami tinggal serumah di Kanada (cuba teka yang mana satu ye?). Jadi banyaklah cerita yang boleh dikongsi tentang pengalaman di Tonga tersebut.

17 comments:

Mak Su said...

Uncle Zabs yg baju putih kurus kat belakang tu ker?

blackpurple said...

Betullah tu. Memang tak pernah terfikir nak ke sana. Terbaca entri ini baru terfikir tewujudan negara itu. :)

Gambar lama-lama, banyak menyimpan cerita dan nostalgia.. :)

zabs said...

mak su: Yang tu dari Madagascar. Saya tanya yang mana satu orang Tonga?

bp: Kalau suka ragbi mungkin ingat negara-negara seperti Samoa, Fiji dan Tonga ini, kerana mereka badan besar2, macam orang Kiwi, New Zealand, All Black tu. bagus dalm sukan rugbi. Kenangan dan nostalgia...tidak ternilai....

Mak Su said...

hihihi, salah jawap plaks (tertidor dalam kelas ler)... yg baju biru gelap tu ler, baris belakang tu. betui tak?

zabs said...

mak su: Tu orang Sudan. Satu kali teka lagi tinggal.

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs
I know, I know ... the Tongan is the big sized guy with the Alleycats hairdo!!
If the Scots have their kilts, the Tongans pakai sarong, kan?

zabs said...

Fauziah: That is why experience is priceless. You're right first time. Mungkin dia minat Alleycats kot? Yang depan baju biru tu dari Samoa dan baju merah dari Tuvalu.

alan zed said...

hurm, bila la anakanda nak mengikut jejak ayahanda melawat 3//4 dunia... hehe.

So'od said...

yg betul2 blakang lelaki berkumis tebal kot.. hahah..

sy kenal tonga mlalui ragbi je..

zabs said...

alan: InsyaAllah. Kerja rajin2 kerja kerja jangan tak kerja.

So'od: Itu lah dia yang dicari-cari, misai tebal, berambut Afro.

zino said...

kata orang tua tua jauh berjalan banyak pengalaman..

Nak Tak Nak said...

Fuulamak Tonga pun sudah pi. Saya pernah pi Tok Kun saja.

zabs said...

Zino dan NTN: "Join the Navy and see the World" kata MatSalleh2 tua. Ada benar nya juga.

Mat Salo said...

Syiok kenangan keje kapal ya Pak Z? Benar.. the experience is priceless.

Tapi terus-terang Pak Z, setelah tiga dekad saya dah mula bosan. Tapi nak buat camner, rezeki saya mungkin sudah di takdirkan begitu... Bukan nak complain (in fact amat bersyukur) hanya banyak vital moments in life bersama keluarga terpaksa miss.. Hai ini yang buat kadang2 pening kepala, Pak.

Sekarang aim nak menjelajah kat tempat sendiri. Cerok To'Kun pon belum sampai lagi.. :)

Sayang kat Tonga takde pengeboran minyak.. hehee...

Salaam.

zabs said...

MS: Betul lah tu. That is the price we have to pay. Tu yang kadang-kadang ada rasa menyesal jugak. Tetapi saya ke laut tu masa anak -anak belum bersekolah lagi. Saya dah kerja di pejabat apabila anak2 mula bersekolah. Mingkin perairan mereka terlalu dalam untuk dikorek (economically lah)kot?

ontahsapo said...

jauh berjalan...?

zabs said...

ontahsapo: Jauh sikit2 yo....