Monday, July 23, 2007

Hujung Tanjung

Pada mingu lepas, dari 17 hingga 19 hb saya berada di selatan tanah air, untuk satu tugasan di perairan Selat Melaka di luar pantai kawasan tersebut. Saya memandu sendirian ke bandar tersebut pada 17hb dan bermalam di sebuah hotel di sana.
Kami sepatutnya keluar ke laut pada 18hb setelah semua persiapan di buat. Namun demikian ia tidak kesampaian, kerana cuaca yang kurang baik dan ditangguh ke 19hb. Oleh kerana tidak ada aktiviti yang hendak dilakukan, saya sendirian telah pergi ke Tanjung Piai, di mana terletak bahagian penghujung selatan Tanah Besar Asia.

Mercu tanda di hadapan pejabat pengurusan tanjung tersebut.

Hutan bakau yang mempunyai peminat/penjaganya yang tersendiri.

Hanya untuk koleksi BP.


Hanya separuh jalan ke sana, kerana hari hujan dan kesunyian.

Setelah melihat kawasan yang dimaksudkan. Terdetik juga di hati, adakah tempat ini akan terus dikunjungi dalam masa 10 atau 20 tahun lagi? Mungkin kah ia akan menjadi seperti Taman Pertanian Bukit Cerakah atau Taman Safari Johor? Atau mungkinkah akan menjadi bertambah popular seperti sebuah destinasi pelancongan antarabangsa? Hanya masa dan sokongan dari pengunjung tempatan dan luar negara akan menentukannya. Tetapi jika keadaan pada hari lawatan saya itu hendak dijadikan ukuran, maka tempat tersebut perlu lebih dari sokongan pengunjung untuk maju.

Pada 19hb kami meneruskan rancangan ke laut walaupun hujan renyai2. Syukur laut tidak bergelombang, tetapi tetap melemahkan beberapa orang anggota rombongan kami. Namun apabila sampai ke tempat yang dituju, lebih kurang 30km di tengah2 Selat Melaka, berhampiran sempadan dengan Indonesia, dan melihat beberapa bot nelayan yang kecil berada di situ, timbul smula semangat mereka untuk melawan kemabukan lautnya, dan bangun melihat2 kawasan sekeliling. Tetapi apabila dihulurkan makanan, hanya buah2an yang lalu diambil.

Nelayan dengan bot sebesar lebih kurang 10 meter
panjang mempertaruhkan nasib di tengah laut ini
untuk mencari rezeki. Kurang pasti bot ini dari
Malaysia atau Indononesia, kerana
tiada nombor pendaftaran kelihatan.

Kapal dagang sepanjang 300m ini juga menggunakan laluan yang sama.

Satelah tinjauan kawasan dibuat, bot kami bertolak balik ke pangkalan dan selesai untuk hari itu. Sampai di darat baru kedengaran semula suara mereka2 tadi, dan berselera pula untuk makan tengahari, yang tertangguh ke petang. Menjelang malam saya bertolak ke KL.

Updated:

Dibawah beberapa gambar yang diambil menunjukkan bakau ini perlu di jaga dan jika perlu ditanam semula.

20 comments:

alan zed said...

the southest of asia main land. been there. thanx to impian. hehe. :)

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs
Isn't there a RAMSAR site in the area?
I was informed that a group of young environmentalists will be going there next month to plant mangrove trees. My 11-year old niece and I will, insya'Allah, be on that trip.
So, all is not lost. We hope to continue to maintain the mangroves for many more generations to come.

zabs said...

alan: Penghujung Selatan Mainland Asia...

Fauziah: Malaysia now has four Ramsar sites, the three are in Johor, (Tg. Piai (State Park), Sg. Kulai (Forest Reserve) and Pu.Kukup (State Park) plua another one the famous Tasek Bera in Pahang totaling 48,745 hectares. The Ramsar Convention has 1,287 sites totaling just short of 110 million hectares worldwide. Tahniah kerana ada keprihatinan kepada pokok bakau ini. Tetapi projek besar yang saya maksudkan di Tg Bin tu mungkin akan menebusguna sedikit kawasan RAMSAR ini.

13may said...

nampak menarik ajer :)

Mak Su said...

saya ada pernah terbaca kat beberapa web site, katanya kat tg piai makan best, seafood - dikelolakan oleh orang2 cina... hmmmm

zabs said...

May: Manarik bagi para pencinta alam.

Mak Su: Tak tahu pulak. Tak sempat makan di sana. Di Kukup dan Pontian Kecil adalah makan. Tapi macam biasa-biasa je. Mungkin tak jumpa yang terbaik agaknya.

tokasid said...

Salam pak zabs:

Saya amat suka posting2 pak tentang tempat yg pak lawati. Jauh berjalan luas pendangan dan pengalaman.Alhamdulillah. Saya numpang dapat pengetahuan disini without really going.Jazakallah khair pak zabs.

zabs said...

Doc: Terima kasih kerana sudi baca. Itu cerita lama2 yang mungkin dapat memberi inspirasi kepada orang2 muda untuk mengembara.

zino said...

30 km di tengah laut!! memancing le kot hehe.. memmang tak ada pengalaman lagi..

anyway tanjung piai tu ok ke kalau setakat nak bercuti?

zabs said...

Zino: Bukan memancing. Melawat kawasan, macam YB lawat kawasan sebelum nak ada pilihanraya umum.
Tg Piai, sangat sesuai untuk pencinta alam, dan bakal pencinta alam. Untuk nak bermesra2 dengan pokok2 bakau dan hidupan2 yang menghuninya. Nak memancing pun ada tempatnya di sana.

Nak Tak Nak said...

Mula2 sesuai untuk pencinta2 alam dan untuk bermesra dengan alam lepas tu jadi tempat untuk bercinta dan bermesra saja pulak. Sounds like an interesting outing. Sambil kerja sambil makan angin la kan? Saya pulak, sambil kerja sambil hidu habuk kapur.

Cik Kema said...

salam uncle,

Teringin nak pi visit tempat2 cam paya bakau, hutan, gunung... tapi tak dak geng la.

pB said...

Salam Abe Zabs ....

tak pernah sampai ke tanjung piai nie..

nampak menarik ...

Hasrul Halid said...

Tanjung Piai..

Nak kena masuk dalam 'buku' jugak nih! Mesti pegi.

Tenkiu Pak Zabs!

zino said...

zabs..
dulu ada rancangan nak ke sana..bila di maklum duduk dalam hutan bakau.. ada yg tak mau hehe..

lawat kawasan sampai ke tengah laut..!!

zabs said...

NTN: Sungguh apa yang Che'gu katakan. Hari tu semasa lawatan dalam hujan renyai2, apabila nak sampai ke hujung tempat berjalan kaki yang disediakan, adalah satu pasangan tengah duk bermesra2 ko, sambil menghurum udara nyaman Selat Melaka. saya tak sampai hati nak kacau. Saya cegah dengan hati jelah. Tak mampu nak marah dengan perbuatan dan mulut.

Che Kema: Kalau minat ke Tg. Piai boleh hubungi Puan Fauziah Ismail, pengomen no. 2 di atas. Dia akan ke sana pada bulan depan dengan anak saudara bagi tujuan penjagaan hutan bakau tersebut.

zabs said...

pB: Dari Perlis sampai ke Sabah saya dah pergi kerana ada peluang dan kesempatan. Kita kena luaskan sedikit pemandangan kita. Kalau plangcung dari "obersee" pun dah sampei sana, kita tentu mahu lebih dari itu. Bagi sayalah...

hasrul: kalau dah masuk buku tu, 50% sudah mahu sampailah. Ia mesti dimula dengan niat, yang lain InsyaAllah akan terlaksa.

zino: walau pun dalam hutan bakau, tak perlu jalan dalam lumpur. Ada tempat pejalan kaki, sebahagian tu berbumbung pulak. Kawasan kerja saya dalam laut, so, kena lah lawat ke sana.

blackpurple said...

Teringin nak menjejakkan kaki di Tg Piai itu tapi tak kesampaian lagi. Padahal negeri sendiri. :(

Sayu tengok gambar paya pakau yang semakin pupus itu. Suatu hari kalau pupus, generasi akan datang cuma dapat mendengar cerita sajalah. Pokok Bakau Putih itu antara spesis pokok yang dilindungi, pun hampir pupus.

zabs said...

bp: Kita selalunya "take for granted", perkara macam ni. Kita selalu kata tempat tu dekat je, nanti kita pergilah, kita pergi yang jauh2 dulu. Akhirnya dah tak ada peluang lagi.
Tentang bakau ni seperti saya tulis di atas, kawasan Tg Piai ini adalah salah satu kawasan yang telah diistiharkan sebagai kawasan RAMSAR. Kawasan perlindungan. InsyaAllah akan ada bakau untuk di lihat anak cucu kita nanti.

Mat Salo said...

Pak Zabs,

Salaam. Interesting tempat ni, belum pulak ada chan nak kesitu. Yes, the mangrove swamps MUST be saved for our future generation..