Monday, July 02, 2007

Kuasa

Kuasa, semua manusia ingin mempunyai kuasa, baik tua atau muda, pemimpin atau pengikut, suami atau isteri, guru atau murid, anak atau ibu/bapa, majikan atau pekerja dan ringkasnya semua mahu berkuasa.


Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Adil, membenarkan dan memberikan sedikit kuasa kepada manusia untuk digunakan di dunia ini mengikut kemampuan dan tanggungjawab manusia itu. Cuma penggunaan kuasa itu yang akan menentukan, manusia itu akan berjaya atau tidak, samaada di dunia atau di akhirat.


Ia bergantung samada kuasa itu diguna seperti yang dia inginkan atau sebagaimana yang Allah inginkan ia diguna?


Akan beruntunglah pemimpin yang telah dipilih oleh rakyat, menggunakan kuasanya untuk merengankan penderitaan rakyat, meningkatkan kemudahan awam dan seumpamanya.


Namun sungguh rugi pemimpin tersebut, jika menggunakan kuasanya untuk mengkayakan diri dan keluarga dan kroninya, dari hasil negara, dengan cara yang salah.


Beruntunglah seorang suami yang berkuasa, membantu isteri dan memudahklan tanggungjawabnya dan memberikan kasih sayang yang secukupnya.


Rugi pula si suami jika kuasa yang ada hanya diguna untuk menyakiti si isteri, melayan nya seperti orang gaji dan tiada rasa sayang padanya.

Beruntung juga seorang ayah atau ibu yang berjaya menggunakan kuasanya untuk membentuk anaknya menjadi orang yang soleh dan solehah dengan memberikan pendidikan agama yang sempurna.

Tetapi akan rugilah si anak yang ada kuasa untuk menjaga ibunya yang telah tua, sebaliknya menggunakan kuasanya, untuk menjadikan ibunya sebagai orang gajinya atau menghantarnya ke rumah orang-orang tua kerana tidak kuasa untuk menjaga mereka.

Manusia mempunyai sedikit kuasa itu hanya di dunia ini, jadi gunakanlah dengan sebaik-baiknya.

Di akhirat kelak manusia tidak akan ada walau sedikit kuasa pun. Hingga kan untuk sujud kepada kepada Allah S.W.T, demi menyatakan kesyukuran, jikalah sekiranyananti masuk ke Surga, pun perlu mendapatkan izin dari Nya. Apatah lagi kalau sudah ke Neraka.... Wallahua'lam.

16 comments:

tokasid said...

Salam pak zabs:

Alhamdulillah satu peringatan yang sentiasa releven dalam hidup kita.
Kuasa perlu di iringi dengan amanah dan ilmu.

Amanah dan ilmu mesti mendahului kuasa dalam semua keadaan. Jika tidak, akan berlaku kuasa mendahului amanah dan ilmu dari segi prioriti maka akan kita lihatlah penyalahanguna kuasa baik oleh pemimpin,baik oleh ibubapa,baik oleh suami baik oleh isteri.

Untuk amanah perlu ada ilmu dan taqwa. Untuk ada taqwa perlu ada ilmu yang tidak tercemar.Ilmu yang paling penting adalah aqidah sebagaimana yang Rasulullah s.a.w. sampaikan.

alan zed said...

teringat ayat komik sewaktu bersekolah asrama dahulu, "manusia punya asa, tuhan punya kuasa"

zabs said...

TA: Terima kasih kerana memberi "value added" lagi kepada N3 ini. Seperti kata seorang Ustaz, seseorang manusia itu perlu tiga ilmu ini, iaitu Aqidah, Fekad dan Tasauf untuk betul2 menjadi orang yang bertaqwa. Jika mantap mereka dalam ketiga2 cabang ilmu ini, walau di mana mereka berada, InsyaAllah, ia tidak akan terlibat dengan gejala2 yang tidak berfaedah, rasuah, riba dan yang sewaktu dengannya. Tidak aklan ada juga sumbang mahram, rogol, zina dll. Juga akan penuhlah syaf2 di surau2 dan masjid.

alan: Ya, asa yang amat terbatas. Itu yang dibangga2kannya.

Mat Salo said...

Pak Zabs,

Orang kata "money is the root of all evil", tapi yang bonar eh power. Money is just a tool, a means to an end - to get power. From what we see around us, memang addictive gamak nya..plenty of examples in the papers..

BTW Pak Z, I just put a link on your excellent previous post (bad cholesterol) to a story in my blog. Terima kasih Bang!

So'od said...

kita kene betulguna kuasa..
jgn salahguna kuasa :)

13may said...

salam pak Zabs,
Entri yang menarik....

:)

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs
Power corrupts, absolute power corrupts absolutely. Between money and power, I would think some people would prefer power.

tokasid said...

Salam pak zabs:

With reference to Fauziah's comment.I agree with her. Over here in Jebatville there is a person who once had all the power in Jebatville. He was loved by the previous PM and wife. But unfortunately he was brought down due to a sex-scandal.

Despite 'kicked' out of office,he was already a filthy rich man.It was said that he is worth hundreds of millions now. But that is not enough for him. He tried to comeback to the local politics.He tried the Bahagian but lost. However the last Perhimpunan Agong UMNO he was elected as a MT member.

You see, power is much better than money esp to politicians. If you have money, people might not follow you. But if you have power, most will listen to you.Will do what you wanted.And with powr you can generate more wealth for yourself.

zabs said...

MS: Benar apa yang saudara katakan tu. Seperti bekas seorang KM tu. Duit mungkin dah ada puluhan juta RM kat mana2 bank kat luar negara, tapi dia masih mahu dapatkan semula kuasa yang dulu dia dah salah guna. Takda masalah kalau nak link, taklah excellent, cuma nak beri kesedaran sikit pada yang selalu makan banyak sangat, benda2 di bahagian atas "Food Pyramid" tu.

Doc. Am: Betul lah tu termasuk Doctor2 juga. Kuasa beri MC misalnya.

May: TK, datang dari May, Uncle rasa semangat pulak.

Fauziah: You are absolutely right. Komen pak TA di atas, buktinya.

TA: Kalau yang itu, saya rasa saya tahu siapa dia. Semasa berkuasa dulu saya ikuti juga perkembangan nya. Kemudian saya lupa sekejap, dan kini mula dapat sedikit2 kuasa melalui persatuan apa ntah yang dia pelopori itu dan juga bila menang Ahli MT.

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs, Tokasid
Apakah itu human nature, manusia masih tidak puas dengan apa yang diperolehi? Ada duit, dapat kuasa, kemudian disalahguna, masih mahu make a comeback walaupun nama dah tercemar akibat perbuatan lampau?
Mungkin kerana masih boleh menpengaruhi dan punyai orang2 yang masih mahu jadi penyokong dan "penyangkut baju" (istilah yang kami gunakan untuk hangers-on)?
Betul kata DrM, Melayu mudah lupa. Or is it because of the money, the power or both?

zabs said...
This comment has been removed by the author.
zabs said...

Fauziah: Manusia memang dijadikan begitu tidak puas dengan apa yang dia ada. Sabda Nabi S.A.W, bermaksud lebih kurang, Jika manusia diberi dua lembah penuh berisi emas, dia akan minta yang ketiga pulak. Tetapi manusia diberi akal, untuk berfikir, dan ini membezakannya dari binatang dalam tindakannya. Manusia juga tidak akan berubah jika dia merasakan dirinya tidak bersalah, tambahan pula jika mahkamah tidak mensabitkannya bersalah. Ditambah dengan kaki kipas dan ampu yang ramai di sekelilingnya, yang ingin ambil kesempatan, terangkat teruslah dia. Jika betul Melayu mudah lupa, janganlah sampai memakan diri sendiri. Kita perlu ingat mengingatkan.

zino said...

satu peringatn utk kita semua.. semua kita ada kuasa di diperolehi dengan izinNya..yg perlu di pergunakan dengan sebaik2nya sebagai satu amanah bukan satu kelebihan....

zabs said...

zino: Sungguh tepat seperti yang anda perkatakan. Jika amanah itu dilaksanakan dengan penuh tanggung jawab, kita tidak akan dihantui oleh rasa bersalah dalm hidup kita, dan InsyaAllah, mendapat kebaikan di akhirat kelak.

Nak Tak Nak said...

Kuasa mengundang dosa
Jika kuasa di noda

zabs said...

NTN: Amat setuju dengan madah anda itu.