Thursday, July 12, 2007

Kenangan Di Jepun 1

Ohayo gizaimasu/Konnichiwa/Konbanwa, tertakluk masa bila anda membaca blok ini. Selamat Pagi/ Selamat Tengahari/ Selamat Malam, dalam Bahasa Melayunya. Di sini saya bukanlah hendak mengajar Bahasa Jepun, sebab saya hanya tahu 5/6 perkatan sahaja bahasa itu, atau nak bercerita kisah Zaman Pemerintahan Jepun di Malaya, pun tidak, kerana saya masih belum lahir ketika itu. Tetapi ingin berkongsi kenangan semasa saya berada di Negara Matahari terbit tersebut, setelah beberapa kali berada di sana semasa muda-muda dahulu.

Kali pertama saya ke sana ialah pada tahun 1979. Saya mengikuti kursus “Group Training in Hydrographic Survey” selama enam bulan dari Mei hingga November. Peserta terdiri dari 8 orang, seorang dari setiap negara, Malaysia, Indonesia, Korea, Sri Lanka, Burma (Myanmar), dan Bangladesh, serta dua dari Filipina.
Sepanjang kursus, kami diberi penginapan dan makan pagi percuma, di Tokyo International Centre (TIC). Disamping itu di beri pula elaun sebanyak 3,900 yen sehari lebih kurang RM40, pada masa itu. Di bayar setiap bulan. Cukup untuk makan dan guna untuk “sightseeing” ke Shinjuku, Ginza dan Akihabara, pada hujung2 minggu. Shinjuku adalah Bandar yang terdekat dengan TIC dan mudah sampai ke sana dengan JR Train (macam LRT) dan ada juga Subways (mereka panggil tubes, masa tu).

Salah satu perkara menarik pada saya tentang orang Jepun pada masa itu, ialah kebanggaan mereka dengan bahasa dan budaya serta negara mereka. Misalnya, pembelajaran kami hampir semua diajar dalam bahasa Jepun, tetapi ada penterjemah, “coordinator” panggilannya, berselang seli dengan pensyarah. Namun begitu, buku rujukan ada di dalam bahasa Inggeris. Kami juga digalakkan belajar bahasa Jepun selama satu bulan yang di ajar percuma di TIC pada sebelah malam.

Kami juga di beri pendedahan kepada budaya dan kesenian mereka seperti, ikebana, bonsai, origami, dan tea ceremony. Kami juga dibawa menonton satu perlawanan sukan kegemaran mereka, sumo.
Di samping itu, di setiap akhir kursus-kursus yang diadakan, ada diatur lawatan ke tempat tempat menarik di sekitar negara tersebut secara percuma. Untuk kursus kami, kami telah di bawa melawat ke bahagian barat Tokyo sehingga ke Osaka, Hiroshima dan Nagasaki dengan menaiki bullet train mereka.
Mengikut ceritanya, bom atom yang
dijatuhkan di Hiroshima tu, meletup
lebih kurang 50m di atas bangunan
di dalam gambar di atas.
Gambar-gambar di atas telah diabadikan semasa saya berada di sana. Jangan betulkan skrin anda kerana kualaiti gambar memang begitu, sudah lama disimpan, dan sudah layak untuk dihantar ke muzium.
Kenapa agaknya yang membuatkan mereka begitu berbangga dengan bahasa serta adat mereka? Mungkin pada masa itu, pengaruh dari barat belum sampai dengan begitu banyak ke sana agaknya? Atau memang itu sifat yang perlu ada bagi sesuatu bangsa, jika inginkan bahasa dan budaya mereka dihormati.
Jika ada sesiapa yang telah ke Negara tersebut dalam masa lima tahun kebelakangan ini, bolehlah beri sedikit pandangan samaada keadaannya telah berubah sekarang, selepas 28 tahun, seperti teruknya pencemaran bahasa dan budaya kita di sini, ditambah pula dengan segala gejala sosial yang melanda. Tolong "update" kan saya. Tak mampu nak pergi lagi kesana. Tetapi saya ada lagi cerita menarik untuk disambung di pos yang lain nanti.

22 comments:

Mak Su said...

sin chan tu biarpun dah berumur lebih 25 tahun, tapi fizikalnyer tetap ler lima tahun gak tak berganjak-ganjak.. hihihi, sori. selingan. tak pernah sampai, tapi agak-agaknyer mereka bangsa yang sangat kasihkan bangsa mereka sendiri.

Mat Salo said...

Ohaiyo Gozaimahsta, Zabs-san...

Banyak kenangan manis...

Saya juga pernah menggali mashitam di daerah Niigata lewat 90-an dulu.

Banyak juga citer2 kelakar sebab saya juga langsung tahu berbahasa Nihon. Yang tau tu macam Pak Zabs juga. And keje sama dia orang pulak pulak tu (I was given a 10-man crew).. mampuih!

Banyak orang tak tau yang orang Jepang ni budaya mereka tinggi. So banyak "rituals" yang kita kena tahu. And they're very proud of their identity. That's also why they will never ask for "forgiveness" for their war crimes...

Salaam Pak.

alan zed said...

ternyata dasar pandang ke timur (jepun) kurang menepati matlamatnya. :)

zabs said...

mak su: sesuatu yang perlu kita contohi sebelum hilang Melayu di dunia.

MS San: Arigato, setuju, dah gitu adat resam mereka. Sampai dalam tempat nak dilawati pun mereka masukkan juga lawatan ke "Shrine", "Big Buddha", "temple", dan macam2 tembah sembahyang mereka. Ikut aje lah. Satu lagi tentang pemberian hormat pada pelangan yang sungguh baik untuk dicontohi. Satu hari kami nak masuk bank, tapi belum dibuka lagi. Bila di buka saje "shutter" hadapan bank, kelihatan semua staff bank berdiri sambil tunduk-tunduk kepada pelanggan yang menunggu untuk masuk bank. Apa yang dikatakan tak faham, tetapi tentulah memberi hormat dan mempersilakan pelanggan masuk ke bank mereka agaknya.

sakurasa said...

saya lum pernah ke Jepun harap satu hari dapat ke Jepun pada musim sakura ;-))

acciacca2ra said...

assalamualaikum pak zabs,
saya amat meminati dengan orang berbangsa ini. saya berpendapat mereka can be good muslims kerana patuh dan berdisiplin. used to have lots of japanese magazines to refer to regarding housekeeping. even arwah afifahs favourite songs are of kiroro and japanese cartoons. suami saje yang berkesempatan ke sana.

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs
My first trip to Japan (covered five cities in two weeks) was in 1991 and since then, I've gone back there five times on assignments. The most recent was in May.
It cannot be denied that the Japanese are immersed in their own culture and lifestyle. That is the uniqueness of their way of life. Their civic-mindedness and the culture of maintenance are worth emulating.
But after 50 years of bilateral relations, why have Malaysians yet to learn all these from the Japanese?
One thing for sure is no Malaysian home is without a Japanese product.

zabs said...

alan: Setuju dengan anda ttg itu.

sakura: Semoga doa anda termakbul. Doa diserta dengan ikhtiar mudah terkabul. InsyaAllah.

Accia: Jika kita mengikut sepenuhnya pengajaran Islam, kita bukan sahaja akan menjadi orang yang patuh dan berdisiplin, tetapi juga bersifat redha, taqwa, zuhud, dan sifat2 lain yang baik. Masalahnya kita tak jadikan Islam sebagai cara hidup. Hanya bahagian untuk tertentu sahaja yang diamalkan. Tapi, agree with you mereka memang orang yang penuh berdisiplin, dan cara hidup dunia mereka boleh dicontohi.

Fauziah: Terakhir saya ke sana pada 1997, dapat landing di "Kansai International Airport, an international airport located on an artificial island in the middle of Osaka Bay". Amat bersetuju dengan pandangan anda tu. Tentang polisi pandang ke Timur tu, untuk sedap rasa je, dan juga konon nak ajar barat yang kita boleh lupakan mereka kot?

NBK466 said...

Manggai..maso nie dah baru 5 tahun.. Jepun nie satu bangsa yg MEGAH..tapi patut menjadi teladan buat kita dimana satu ketika dulu teruk dibom tapi bangkit semua menjadi sama pesat (or maybe lebih) dari negara yg mengbom mereka dulu..

Nak Tak Nak said...

Last sekali aku pi Jepun ialah pada tahun berapa ntah. Oh ya, terlupa aku tak pernah pi lagi. Tak pernah kluaq mesia la.

zabs said...

nbk: Yo den dan lamo makan garam, lemak dan macam2 lai, tu yang kolestrol tinggi tu. Kilang tompek kau kojo tu, Jepun ado syer tak?

NTK: Saya rasa bersyukur kerana semasa "berkhidmat" untuk negara dapat peluang keluaq Malaysia, beberapa kali. Nak pi sendiri, mungkin tak mampu.

pB said...

Salam Uncle Zabs,

pB tak pernah sampai ke Jepun. In fact, pB tak pernah keluar dari Semenanjung Malaysia nie ....

Tapi

pB kagum dengan orang Jepun nie. Walaupun mereka maju , tapi mereka tidak pernah lupa pada bahasa ibunda mereka.

Bagi pB , kita terlalu mengagung agungkan bahasa inggeris . Dan yang menjadi mangsa sekarang , ialah anak anak yang sedang bersekolah ....

Hmmm ...

ADIEJIN said...

the only 'Jepun' that I'd ever came in contact with was the 'Penampar Jepun' from cikgu displin masa sekolah dulu.

13may said...

waaaa....best dapat pegi sana.

Saya cuma penah keja ngan Japanese...mak aii...dasat betoi org jepun ni wat keja...betoi betoi fokus!

zabs said...

pB: Setuju, mungkin setiap Menteri Pelajaran kita punya wawasan masing2 untuk diapplikasikan. Mungkin tiada wawasan Negara yang perlu diteruskan dengan pembaikan dari masa ke masa Kalau tidak takkan asyik bertukaran je selalu.

adiejin: Mungkin "Penampar Jepun" tu ada hikmahnya.

May: Kerja tu satu ibadah bagi kita orang Islam kalau dilakukan dengan ikhlas dan bertanggung jawab. Jadi, sepatutnya kitalah yang lebih komited dan fokus dari orang k....q ni kan?

Kak Lady said...

Hubby kak lady pernah bekerja dengan Jepun...dia kata jepun ni bangsa yang kuar bekerja...mereka bangga dengan bangsa, bahasa dan budaya mereka...

Best ye zabs dpt jalan2 tengok negeri orang....

zabs said...

Kak Lady: Dibayar gaji untuk jalan2 dan tengok2 negeri orang (sekejap je) belajarnya pening kepala. Tapi Alhamdulillah, bukan semua orang dapat peluang gitu kan?.

ruby ahmad said...

Hi Zabs,

Saya pernah ke Jepun late 80s, itu pun ke Kobe. Saya ke sana menyambut jemputan gf sekolah saya dulu. Dia ingin memperkenalkan budaya Malaysia di sana dan kami bersama2 mengusahakan satu fashion show di sana.

Saya kagum dengan kebersihan persekitaran di sana. People there as Fauziah katakan amat lah civicsminded.

On the flip side of the coin pulak, when I went to the shops ada sesuatu yang mengganggu saya. Society Jepun ni agak patronising, ya itu masa naik escalator ada amaran berkenaan berdiri dalam garisan kuning, dan amaran tu berputar over and over again, agak macam noise pollution. So ada positive dan ada negative. But to be fair, I think more positive(s). kalau nak tulis semua, terlalu panjang. Salam.

zabs said...

Ruby: I know what you mean, no any one race or person is perfect. Perlu di terima seadanya. Yang baik kita contohi yang tidak, kita jadikan sempadan. Satu lagi nak tambah, mereka guna "Alien" untuk merujuk kepada orang luar. Dan terdapat "Alien Registration Office" bagi mendaftar semua pendatang baru ke sana. Ini menunjukkan mereka ada anggapan yang berbeza kepada pendatang. Juga barangan yang dijual di dalam negeri memerlukan piawaian yang lebih tinggi dari yang di eksport ke luar negara. Berbeza dengan kita misalannya Proton yang dijual di UK, lebih berkualiti dari yang ada di sini.

zino said...

zino pernah kesana (osaka) selama seminggu je.. langsung tak tau bahasa jepun.. susah sungguh nak berkomunikasi terutama bila masuk restoren nak oder makan.. hehe

zabs said...

zino: Order dalam bahasa Melayu je dan tunjukkan apa yang kita nak. Sama je kalau oder dalam bahasa Inggeris.

blackpurple said...

Pengalaman itu yang mahal.

Teringat cerita Oshin itu. :)