Saturday, July 28, 2007

Maldives

Kepulauan Maldives bukan lah suatu destinasi yang saya cita2kan untuk pergi. Tetapi seperti juga, Tonga, jika ia telah disuratkan, maka akan sampai jugalah kita ke sana. Peluang untuk melawat Maldives muncul pada tahun 1985, semasa bertugas untuk negara. Dua kapal telah di tugas untuk membuat pelayaran “to show off the flag”, atau memperkenalkan negara Malaysia, kepada negara luar, iaitu Maldives dan India, bandar di India yang di lawat ialah Madras.

Di sini saya akan bercerita tentang negara Maldives sahaja, cerita lawatan ke India akan dibuat pada entri yang lain pula, InsyaAllah. Maklumat di bawah diperolehi dari Wikipedia untuk bacaan bersama. Denngan izin ia dalam bahasa omputih. (Gambar2 juga dari laman-laman web berkaitan Maldives. Semasa lawatan tidak ada kamera untuk mengambil gambar sendiri).
Maldives or Maldive Islands, officially the Republic of Maldives, is an island nation consisting of a group of atolls in the Indian Ocean. The Maldives are located south of India's Lakshadweep islands, and about seven hundred kilometers (435 mi) south-west of Sri Lanka. The twenty-six atolls including Addu Atoll, encompass a territory featuring 1,192 islets, roughly two hundred of which are inhabited by local communities. Islands housing hotels, antennae, fuel tanks, and other such premises, are not counted as inhabited islands by the administration.

The name "Maldives" derives from Maale Dhivehi Raajje ("The Island Kingdom [under the authority of] Malé")"[1] . Some scholars believe that the name "Maldives" derives from the Sanskrit maladvipa, meaning "garland of islands", or from mahila dvipa, meaning "island of women", but these names are not found in ancient Sanskrit literature. Instead, classical Sanskrit texts mention the "Hundred Thousand Islands" (Lakshadweep); a generic name which would include not only the Maldives, but also the Laccadives and the Chagos island groups. Some medieval Arab travellers such as Ibn Batuta called the islands "Mahal Dibiyat" from the Arabic word Mahal ("palace"). This is the name presently inscribed in the scroll of the Maldive state emblem.

Originally a Buddhist nation, Islam was introduced in 1153. It later became a Portuguese (1558), Dutch (1654), and British (1887) colonial possession. In 1965, Maldives obtained independence from Britain (originally under the name "Maldive Islands"), and in 1968 the Sultanate was replaced by a Republic. However, in thirty-eight years, the Maldives have seen only two Presidents, though political restrictions have loosened somewhat recently. Maldives is the smallest Asian country in terms of population. It is also the smallest predominantly Muslim nation in the world.
Kapal kami hanya dibolehkan berlabuh berhampiran pelabuhan, kerana pelabuhannya terlalu kecil untuk menampung dua kapal besar yang datang itu. Walaupun tidak merapat ke jeti kami berpeluang untuk melawat ke bandar Male, ibu negara tersebut dengan bot yang disediakan pihak berkuasa Maldives.

Kami juga mengadakan perlawanan persahabatan dalam beberapa sukan yang saya kurang pasti, mungkin bola sepak dan bola tampar.

Di ibu kota negara ini terdapat sebuah Masjid yang dibina atas sumbangan kerajaan Malaysia kalau tak salah saya. Dan mereka cukup berbangga dengan masjid tersebut. Setiap waktu solat penuh dengan jemaah. Malahan setiap waktu solat semua kedai dan pejabat di tutup sementara dan penduduk nya berduyun2 ke masjid untuk berjemaah. Permainan pun dihentikan sementara untuk bersolat, selesai solat baru disambung semula.

Jalan raya di seluruh kepulauan itu pun tidak diturap dengan tar. Semuanya seperti jalan tanah berpasir sahaja. Sengaja tidak diturap supaya setiap kali hujan air akan terus mendap ke dalam tanah tidak mengalir ke longkang dan terus kelaut. Sebagai sebuah kepulauan punca air adalah terhad, jadi ini salah satu cara air boleh mendap untuk manjadi punca air di daratan. Air hujan juga di kumpul dengan menyediakan takongan di bumbung2 setiap rumah.

Selain itu air dari laut di proses secara reverse osmosis untuk kegunaan harian. Harga yang mahal terpaksa dikeluarkan untuk tujuan ini. Purata satu keluarga yang sederhana berbelanja lebih USD 30 ke USD40 sebulan.

Sebagai sebuah negara maritim, perikanan adalah salah satu industri yang banyak menyumbang kepada ekonomi negara ini.
Selain itu sektor pelanjungan juga dapat menarik ramai pengunjung, kerana kecantikan alam semula jadinya dan pulau pulau yang tidak tercemar (dulu la).


Pada 26 Disember 2004, seperti yang kita juga alami, bencana tsunami, dengan ketinggian ombak lebih kurang 14 kaki, telah melanda pantai-pantai negara ini. Tsunami yang melanda negara tersebut, adalah lebih teruk dari yang dialami negara kita, kerana kedudukannya agak terbuka. Hanya sembilan pulau yang dilaporkan tidak mengalami banjir, sementara 57 pulau mengalami kerosakan infra yang teruk, 14 pulau terpaksa di kosongkan dan 6 lagi pulau terus hilang. Sebanyak 21 lagi pulau peranginannya terpaksa ditutup kerana mengalami kerosakkan teruk. Anggaran kerugian melebihi USD400m. Seramai 108 orang meninggal dunia termasuk 6 warga asing.
December 2005—One year after the Tsunami considerable progress has been made in the Maldives towards easing the hardship and physical devastation that was inflicted on the country. This is due in no small measure to the close cooperation between the government, development partners, and local communities, which has enabled the Maldives to look toward 2006 with renewed hope (World Bank report).

10 comments:

alan zed said...

nicely shared. :)

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs
I travel on assignments, too, but I still envy you because you get to go to all these exotic destinations. Tonga, Maldives ...
Thanks for sharing.

zabs said...

alan: TQ.

Fauziah: Itu lama-lama dulu. Sekarang tentu dah banyak berubah. Ada lagi belum cerita seperti Fiji, Samoa, Cooks Islands dan Tuvalu.

pB said...

wow...

banyak sungguh negara yang abe Zabs dah sampai ...

13may said...

Kepulauan maldives ni...pantai2 dia cantik :)

zabs said...

pB: Bukit Kayu Hitam je tak sampai lagi.

May: Orang yang dipantainya lagi cantik (tapi bukan orang tempatan).

Mat Salo said...

Hmmm... masa kahwin dulu ada juga teringin nak honeymoon kat situ. Kerana budget tidak mengizinkan masa itu, pulau di utagha pulak di jadikan pengganti.

Insya'Allah one day nak juga pergi. Tapi kali ni bawak 3 orang anak. Tak tau lah sejauh mana pulau Lautan India itu dah recover dari tsunami dulu...

Mak Su said...

tq untuk maklumat yang dikongsikan

zabs said...

MS: InsyaAllah semoga sampai ke sana. Dengan bantuan dari luar, mungkin telah hampir pulih.

Mak Su: Saya tolong highlightkan je. Banyak lagi maklumat yang boleh kita dapatkan dari alam maya ni.

wayan arimawan said...

blog very bad bad bad bad bad bad bad bad bad and very bad