Monday, July 09, 2007

Jemputan

Cuti sekolah sudah lama berakhir, tetapi jemputan kahwin masih juga diterima, terutama pada tarikh "3 sevens" (07.07.07) yang baru berlalu hujung minggu lepas. Saya juga tidak ketinggalan menerima 3 jemputan pada hari tersebut.

Ini adalah perkahwinan anak saudara sebelah isteri, yang diadakan pada 07.07.07. Sungguh meriah. Majlis pihak lelaki diadakan pada 08.07.07.







Majlis akad nikah telah diadakan pada malam 06/07/07. Sehari sebelumnya.














Selepas majlis tersebut kami bergegas pula ke satu lagi majlis perkahwinan anak seorang kawan lama. Walau pun sudah agak lewat tetapi kami gagahi juga kesesakan lalu lintas di kawasan Ampang tersebut, dan sampai "within the time limit" seperti kata kawan saya. Makanan masih banyak, tetapi pekerja-pekerja "caterer" tersebut, sedang giat berkemas untuk mengakhiri tugas mereka pada hari itu. Mungkin esok ada tempat lain pula untuk di berikan perkhidmatan.




Pada sebelah malamnya pula, kami menghadiri satu lagi majlis perkahwinan anak kawan juga, di Dewan Merak Kayangan, FELDA. Oleh kerana kawan ini dulu sama bertugas semasa di dalam TLDM, maka ramailah juga kawan2 lama yang terjumpa semula. Ada yang dah 30 tahun tak jumpa. Kerana gembira bertemu semula, berpeluk2 sakanlah pulak. Saya juga ada bertemu ramai kawan lama , tetapi ada juga yang tak ingatkan saya. Nasib baiklah dia masih ingat nama saya apabila saya perkenalkan diri. Banyak sangat perubahan pada diri saya agaknya. Mungkin dah bertambah kembang (dulu saiz M, sekarang dah XL).


Ini adalah majlis menerima menantu di sebelah pihak lelaki, (anak saudara saya lelaki). Ia diadakan pada hari Ahad (08.07.07) di sebuah Dewan Serbaguna di Taman Sri Keramat, cukup meriah juga, Chef Wan pun ada datang. Siap ada karaoke dan joget lambak di akhir majlis. Tetapi selepas semua jemputan baliklah. Untuk saudara mara nak lepas penat (gian) kot?
Satu yang diperhatikan, dalam urusan begini, kita selalu melakukan solat lewat kerana melayan tetamu lebih diutamakan. Walaupun jam 4 masih ada lagi waktu Zohor, dilakukan pada awal waktunya adalah lebih baik. Di dewan biasanya ada tempat Solat dan cukup selesa untuk melakukannya. Juga adalah lebih baik jlika aturcara persandingan dibuat selepas waktu Solat, supaya membolehkan jemputan menunaikan kewajipan mereka terlebih dahulu.
Oleh kerana, tarikh yang cantik seperti 07.07.07 menjadi pilihan semua pengantin2 ini, tentu mereka juga akan berusaha untuk mendapatkan cahaya mata yang pertama pada tarikh 08.08.08 pula. Selamat berjaya didoakan. Selamat Berbahagia dan berusaha dengan gigh.

20 comments:

Mak Su said...

betul tu uncle zabs: dalam bergembira yg wajib jgn dilupa.. (len kali kena pakai name tag - untuk kemudahan...hehehe)

DiaHarris said...

wah.. bestnya gie makan orang kawen ni.. sgt syiokkk!!!

13may said...

hehhe....20072007 pun ramai yg berminat gak :)

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs
Nampaknya bukan bangsa bukan Islam yang tertarik menggunakan tarikh menarik untuk mendirikan masjid. Semoga perkahwinan mereka kekal ke akhir hayat.
Kelebihannya kalau buat majlis di rumah, lebih selesa untuk menunaikan yang wajib tapi tidak ramai yang mahu membuatnya di rumah lagi.

tokasid said...

Salam pak zabs:

Alhamdulilah banyak walimatul urus pak zabs pergi.
Makan tak penting.Yang penting menjalinkan siratulrahmi terutama dgn saudara mara dan teman2 yang lama tidak kita jumpa.

Kak Lady said...

Berebut2 orng nak naik pelamin pada tarikh tu ye...

SELAMAT PENGANTIN BARU untuk kedua merpelai anak sedara isteri zabs....moga berkekalan hingga ke akhir hayat....

alan zed said...

hurm, ada apa dengan 07.07.07 ? agak misterius juger.

zabs said...

mak su: Kita selalu berdoa minta kebaikan di dunia dan akhirat. Tetapi Amalan untuk dapat kebaikan dunia dan akhirat tidak di sertakan, atau separuh aje, tentulah tak dapat apa yang didoakan.

dia: Uncle kena hati-hati di jalan raya, bila makan nasi minyak ni.

May: May ada rancangan pada 20072007 ke?


Fauziah: Bukan tak mahu, tetapi kawasan rumah yang tidak cukup luas untuk memasang kemah dan seumpamanya. Juga untuk tidak menganggu ketenteraman jiran, yang dituntut oleh agama. Ada pula, jiran mereka dari kaum lain dan tidak amalkan perkara yang sama.

Doc. TA: Makan tak penting tapi jangan tak pantang makan. Menjalin Silaturrrahim, memang dituntut, inilah yg saya selalu lemah, InsyaAllah akan perbaiki lagi bab ini.

alan: Hanya angka2 yang mana dengan mudah boleh diingati oleh orang2 yang lemah daya ingatan kot?

Mat Salo said...

Salam Pak Zabs...

Hmmm, banyak makan nasi minyak, ya Pak? Baik-baik Pak, kolestrol tinggi nanti...

Anyway, here in Indo pon gila2 orang kahwin "777". Apparently it's a Chinese geomancy belief. So for us Muslims cannot pay heed to this as can be construed as the dreaded "S" word. Nauzubillah...

But semoga di restui Allah SWT ke anak cucu Insya'Allah for your anak2 buah Pak Zabs...

Cik Kema said...

salam uncle zabs

kema tumpang lalu lalang.

memang betui! hujung minggu lepas punya la banyak jemputan kawin. fuh! kenyang. hehe :)

NBK466 said...

Bukan apo specialnyo tarikh nie pun...cuma utk kaum2 lelaki yg selalu lupo tarikh2 oenting cam anniversary tuh supayo sonang ingat..he..he.he...

zino said...

zino pun menerima dua jemputan.. 07.07.07 tapi sempat memenuhi satu jemputan saje..

tetiba hujan lebat ... kesian tuan rumah..

zabs said...

MS: Terima kasih kerana ingatan. Ada missy peribadi di sebelah tolong ingat2kan juga. Itu lah, dulu masa anak saya kahwin, tarih yang tak glamour (13.4.2007), ada juga yang tanya kenapa pilih tarikh gitu. Macam tarikh pulak yang dipentingkan sangat. Terima kasih juga atas doa restu. Bila nak balik Malaya.

Cik Kema: Silakan, tak kena bayar pun, malahan dijemput lalu dengan sukacitanya. makan, kenyang, tapi kena hulur2 juga.

NBK: Itu yang den kato tu, untuk sonang orang yang lemah dayo ingatan, ingat2kan tarikh tu.

zino: Ya, tumpang kasihan sama, "collection" kurang sikitlah.

Nezjoe said...

tahniah kepada naka saudara uncle yang kahwin..
saya hanya menuggu jemputan daripada alan zed sahaja.
:D

Kak Teh said...

zabs, bila tengok gambar kenduri kendara, rasanya macam nak terbang balik! I can almost feel the atmosphere riuh rendah. Seronoknya!

zabs said...

nezjoe: Akan tiba juga jemputan tu nanti. Sabar je, bunga-bunga dah ada dah tu.

kak teh: Terima kasih kerana sudi menjengok. Maaf kerana buat kak teh rindukan tanah air. Memang riuh rendah, especially bila Chef Wan muncul.

Kak Teh said...

iknow so well how kecoh it can be when Wan muncul he was in London earlier this month and setiap kali datang memang kecuh. Lots of fun!

zabs said...

Betul kak teh, it is the trait of the family kot? I am married to one of them. Kalau kenduri, walau tak panggil orang lain, sesama sendiri pun dah cukup meriahnya.

blackpurple said...

Kebetulan 7 adalah nombor kegemaran saya. Tapi tak sempat untuk mengabadikan apa-apa yang istemewa pada tarikh 070707 itu. :)

Laku sungguh Tok Kadi hari itu ek.. He he he.

zabs said...

bp: 20072007, masih ada 9 hari lagi. Boleh jadikan ingatan "saya propose kepada gf pada tarikh itu", misalannya. Biasa nya hari sebelumnya,Tok Imam "busy". Pada tarikh tu, depa buat Majlis Makan2 je.