Friday, July 06, 2007

Projek Besar

Minggu ini agak sibuk sikit (perasan je). Isnin petang telah ke Pu Pinang, atas urusan persendirian dan bermalam di sana dan balik semua ke KL petang Selasa.
Semasa di sana sempatlah merasa keadaan jerebu walaupun tidak seteruk mana seperti gambar yang saya dapat abadikan ini.


Saya juga meninjau2 kalau kesesakan lalu lintas pada malam Ahad tu, masih ada kesannya lagi. Namun itu pun tidak terjumpa.

Pada hari Rabu pula saya telah memandu bersama seorang kawan ke Johor dan bermalam di Pulai Spring Resorts. Kesokannya kami ke Tg Bin, untuk turut menjadi penyeri satu majlis pecah tanah untuk projek hub petroleum terbesar di Asia, yang akan di bina di atas pulau buatan manusia ini terletak berhampiran Pelabuhan Ranjung Pelepas.


Upacara tersebut telah disempurnakan oleh PM, dan saya sempatlah ambik gambar ini dari jauh untuk rekod dah pergi sana.


Juga gambar helikopter Kerajaan Malaysia, yang bawa PM dari JB, dengan rombongannya ke pulau tertsebut.

Saya diajak kawan menemaninya ke sana kerana beliau berharap untuk mendapat sedikit kerja dari projek yang besar ini, walaupun peluangnya agak cerah, tetapi semua boleh berlaku. Kemampuan beliau untuk melaksanakannya juga perlu selari dengan keinginannya untuk mendapatkan projek tersebut.

Bercakap tentang projek ini, sebenarnya dalam hidup juga, kita ada projek besar yang perlu dilaksanakan. Cuma projek ini ganjarannya tidaklah di dunia, tetapi di akhirat. Mungkin butir-butirnya anda pun sudah tahu, dan mungkin juga nama projeknya berlain, tetapi pada prinsipnya adalah sama. Projek yang saya madsudkan itu adalah seperti berikut:

Nama Projek: Amal Ma'arof, Nahi Mungkir
Ampunya Projek: Allah S.W.T
Harga Projek: Tidak Ternilai
Projek Spesfikasi: Al-Quran dan Hadis
Jangka Masa: Sepanjang Hayat
Kontaktor: Semua Manusia

Sebagai "kontraktor" yang telah menerima amanah ini apabila menjadi orang Islam, maka perlulah kita melaksanakan segala spesikasi projek tersebut agar mendapat hasilnya di akhirat kelak.

16 comments:

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs
Malang sungguh tak ramai yang nak projek "Amal Ma'arof, Nahi Mungkir" ni walaupun ganjarannya berlipat-lipat ganda.
Pilihanraya sudah terlampau dekat rasaynya bila pembesar-pembesar negara melawat ke negeri-negeri dan mengumumkan projek jutaan ringgit.

Mak Su said...

betui... biar berterusan w/pun skit-skit.

13may said...

itulah projek yg sebenar benar:)

alan zed said...

hurm, x tau pulak kerajaan malaysia ada helikopter peribadi. hehe.

Pa'chik said...

projek tu buleh dialibabakan tak pak zabs? hehe...

zabs said...

fauziah: Begitulah agaknya jika diambil kira petunjuk2 yang kelihatan sekarang. You should know better. Uncle orang laut, hanya kenal gelombang dan pasang surut air.

mak su: Betul, walau sedikit, tetapi istiqomah.

may: Dua-dua kita perlukan, bukan ke kita selalu berdoa, "Ya Allah, berikan kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat."

alan: Malaysia boleh..

pa'chik: Ali boleh, Baba pun boleh. Kat dunia, projek alibaba, dapat untung sama2, di akhirat sendiri buat sendiri tanggung lah. Tu pasal semasa di dunia, tolong nasihat dan beri ingat, nanti di akhirat tak dapek nak nolong lagi doh.

sheemi said...

salam uncle..

just dropping by to say that i really enjoy reading your entries..

educational, witty and entertaining.. thank you :)

Nak Tak Nak said...

Kalau kata 'projek' kat muda mudi Melayu lain pulak pahamnya. Baru ni saya sebut lah kat budak2 saya ungkapan Amal Ma'arof, Nahi Mungkar
depa tercengang saja, tak paham. Awat uztad2 depa tak ajaq ka? Awat takdak dalam syllabus ka? Kalau takdak tak buleh tambah ka? Heran betoi.

Nak Tak Nak said...

Terlupa nak tanya, mai Penang awat tak habaq?

zabs said...

sheemi: Cuba-cuba menulis, mungkin ada yang terbaca dan boleh jadikan peringatan, yang baik jadi tauladan, yang tak baik jadi sempadan. TQ sudi baca "ramblings" uncle.

NTN: Betul Che'gu, depa ada macam2 istilah yang kita tak pernah dengar masa dulu. Begitu juga istilah kita, yang depa tak boleh faham. Tapi istilah ini, mereka perlu diberi faham. Semua pihak kena ambil perhatian. Tak boleh salahkan sesiapa. Semua orang bertanggungjawab. Saya pi penang sat je. Malam jam 10 baru tiba hotel, esoknya jam 2 pm dah ambil flight balik KL. lain kali InsyaAllah, akan buat appointment jump Che'gu, nak cari "Line Clear" kalau ada masa.

blackpurple said...

Ya. Projek itu juga tak perlu 'orang dalam' untuk mendapatkannya. :)

Dan jangan sampai 'disenaraihitamkan'..

:)

zabs said...

bp: Sudahlah tak perlu orang dalam, projek juga tak perlu modal besar, semua orang boleh lakukan nya.

Manusia Pekasam said...

Salam Pekasam Pak Zab,

Biasa la akhir zaman ni, mana ada oghang nak buat amal baik-baik ni. Semua pakat dok pulun amal bughuk ja.

Nauzubillah min zalik...

zabs said...

pekasam man: Jangan ikut depa sudahlah. Tak bermakna majoriti tu betul/menang. Ini bukan nak pilih parti memerintah.

Kak Lady said...

Projek 'Besar' tu memang tak boleh di'sub' kan pada sesiapa pun....tanggungjawab sendiri...Moga kita sama-sama dpt menyempurnakan projek tersebut....

tokasid said...

Salam pak zabs:
Lambat nak komen sebab pi Fraser Hills over the weekend.

Bila sesuatu komuniti meninggalkan Amal Ma'aruf Nahi Mungkar dan ambil sikap tidak lewa terhadap maksiat yg berleluasa( misalnya itu bukan masaalah aku atau bukan kena kat anak pinak aku) 2 perkara akan berlaku:
1- Doa mereka tidak di terima ALLAH. Buatlah solat hajat ka, doa ramai-ramai ke..tidak di makbulkan ALLAH.
2-ALLAH akan turunkan musibah ke atas mereka( dalam berbagai bentuk, banjir kilat,kebakaran, jerebu, peningkatan jenayah etc).
(kalau tak silap ini ada hadith dari Riwayat Tirmidzi)

Jadi amat penting sebenarnya Amal Ma'aruf Nahi Mungkar. Bermacamcara boleh dilakukan.Buat syarahan atau penulisan pada media atau dalam blogs atau e-mail pada sahabat handai.