Beberapa bulan lalu semasa hendak bersolat di sebuah masjid, jemaah dikejutkan dengan kehilangan beberpa kepala paip di tempat mengambil wuduk. Ia berlaku pada waktu sebelum solat 'Asar, dan difahamkan pada waktu Zuhur ia masih ada lagi. Masjid tersebut pula terletak begitu hampir dengan gate untuk masuk ke satu kem tentera yang sentiasa ada pengawal bertugas.
Dua hari lepas, kejadian ini berlaku pula di surau di taman kami. Ia juga berlaku antara waktu selepas solat Zuhur dan sebelum waktu solat 'Asar. Mengikut jemaah yang bersolat di sana pada waktu Zohor, kepala paip itu masih ada lagi.
Walaupun kerugiannya tidaklah sebanyak mana, cuma empat sahaja yang dicuri dan harganya pun tidak sampai RM100 untuk menggantinya, tetapi kesulitan yang ditimbulkan kepada orang ramai yang datang untuk bersolat tidak dapat dimaafkan.
(Gambar dari internet, untuk hiasan sahaja)
Keberanian mereka untuk masuk mencuri di dalam kawasan surau ini, jelas menunjukkan betapa tidak prihatinnya mereka dengan soal ibadah ini. Mungkin tidak ada sedikit pun keinginan mereka untuk beribadat. Jika beriman seserorang itu ketika ingin melakukan kejahatan, dia tidak akan melakukannya. Mereka mungkin menyifatkan Surau sebagai salah satu tempat yang mudah untuk dicuri. Tiada tuannya dan akan cepat berganti jika telah dicuri. Jika mereka ada terfikir walau sedikt, bahawa Surau adalah Rumah Allah, sudah tentu niat mereka itu akan terhenti di situ.
Oleh kerana itu saya berdoa dan mohon tuan2 semua juga mendoakan agar pencuri2 ini di beri hidayah dan kesihatan yang baik dan kelapangan masa untuk mengingat kepada Allah, dapat peluang pekerjaan yang halal dan tidak lagi berfikir untuk mendapatkan rezeki dengan cara yang salah ini lagi. Aamiiin. InsyaAllah.
16 comments:
Salam Pak Zab, surau taman saya pun pernah hilang, last sekali ajk tukar kepala plastik
Wsalam Komato,
bagus juga idea tu. Tapi ajk surau dah ganti dengan yang sama jugak. harap tidak hilang lagi. InsyaAllah. Tukar yang plastik mungkin kurang risikonya.
Yang mencuri itulah puncanya...Janganlah mencuri kat mana-mana pun, tambah-tambah kat surau atau masjid. Kesian orang yang pergi nk beribadah.
Jadi,marilah pakat-pakat meramaikan bilangan orang yang pergi masjid dan surau.
Firdaus,
Kalau umat Islam semua rajin berjemaah, InsyaAllah akan jadi umat yang kuat, takdalah jadi macam buih-buih di lautan, dialun ke sana ke mari sesuka hati ombak je!
Amin..semoga mereka itu peroleh hidayah dan bertaubat sebelum terlambat
Salam Sally,
InsyaAllah Sally. Kalau semua orang baik, ia akan membawa kepada kebaikan bersama.
Beberapa bulan lepas kawasan rumah dan Almanar kehilangan 7 kepala paip (copper). Akhirnya ditukar yang plastik - dah bermasaalah pula. Quality plastik kita teruk sangat, bila panas jadi rapuh (brittle) patah pula! Tak terasa hendak mendoakan sipencuri tahi dadah dikampong ini.
Salam Al-Manar,
Betul tu tuan, yang plastik tu kurang sesuai untuk tempat kita yang sentiasa panas ni.
Tidak mengapa jika tidak mendoakan kebaikan untuk mereka, mungkin tidak membantu pun. Cuma hendak mendoakan keburukan untuk mereka (yang memang dah teruk pun) saya tak sampai hati juga. Wallahua'lam.
Kalaulah di surau dan masjid sentiasa penuh especially di waktu subuh just like 15 hari di awal Ramadhan....(penghujung Ramadhan jemaah makin kurang di sini) :(
Barulah nampak kekuatan dan org tak berani buat sebarangan.
Salam FaAtip,
Pernah ada seorang Ustaz berkata, kalau surau dan masjid di seluruh dunia ni penuh selalu ketika waktu solat,seperti di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, InsyaAllah, orang-orang kafir akan takut kepada kita.
sebab tu hukum mencuri potong tangan.
kalau tangan dah kudung, agak2 nak mencuri lagi ker?
#LOL
oh, don't let me started on mencuri harta rakyat...
#TROLLOLOL
Tak faham, apa yang diorang boleh buat dengan kepala paip itu?
Salam MA,
Boleh guna untuk ketuk kepala diorang bagus tu MA!
Blog ni dah lama tiada pengisiannya..... huhu. Dah 17hari sunyi....
Banyak perkara macam nie boleh berlaku bro... saya pernah berjemaah denggan seseorang yang selepas saja sujud hilang bersama bag seorang lagi bag di sebelahnya. Apa nak buat, terpaksa la kawan kita terima bantuan dari jemaah lain untuk tambang balik
Selalunya penagih dadah punye keja. Depa akan lakukan apa saja demi secucuk dadah. Tiada perkataan ibadah dlm kamus mereka. Apa yg ada ialah dadah dan secucuk dadah...sekian terima kasih.
Post a Comment