Friday, May 06, 2011

KENANGAN BERSAMA KD MUTIARA (2)

KD Mutiara adalah kapal yang paling lama saya ditugaskan, tetapi dalam dua fasa seperti saya nyatakan pada entri yang lepas. Malahan saya telah memegang 7 (seingat saya) jawatan yang berbeza dan tinggal di 7 bilik yang berbeza di kapal itu, hanya satu lagi bilik yang saya tidak sempat tinggal iaitu bilik CO. Belum tiba masanya sudah ditukar ke Mindef (1987 - 1998) pula dan seterusnya memohon dan dibenarkan bersara awal dari perkhidmatan.

Semasa di awal tahun 80an itu, KDM banyak melakukan pengukuran di pantai barat Semenanjung, terutama di perairan Melaka. Satu hari semasa semua tim survei telah balik, terdapat sebuah bot yang ditugas sebagai bot serba guna telah tidak balik lagi ke kapal. Apabila dipanggil dari kapal melalui radio tiada pula jawapan. Apabila hari telah semakin gelap, perkara ini dimaklumkan kepada CO, yang mulanya melenting, tetapi ahkirnya mengarahkan semua bot survei yang belum dinaikkan ke kapal, (ada dua buah) keluar semula untuk mencarinya (saya "in-charge" di salah sebuah dari bot itu).

  (Ini bukan bot survei yang kami gunakan tu, tetapi ada sedikit persamaan. Maaf takda pulak gambarnya dalam simpanan)

Kedua-dua bot survei itu, di lengkapakan dengan lampu penyuluh yang besar untuk mudah mencari bot kecil itu. Bot diarahlkan untuk menuju ke Jeti Tg. Keling kerana, ia tempat terakhir bot itu dilaporkan berada. Bot survei itu kemudian bergerak bersaing lebih kurang pada jarak 100m menuju ke jeti itu sambil menyuluh ke kiri dan kanan laluannya. Selang tidak berapa jauh dari kapal, terdengar jeritan dari anggota ynag membuat suluhan itu, yang dia ternampak sebuah bot kecil bergerak menghampiri bot kami dengan lajunya. Rupa2nya itulah bot yang kami cari itu. Mereka telah melihat kami daqri jaug dalam kegelapan itu. Bot mereka agak rendah dan tidak berlampu pula, yang membuat kan ia sukar dilihat berbanding bot kami yang lebih tinggi dan ada lampu panduarahnya.

 (Sejenis dengan bot yang di cari itu)
Apbila bot telah merapat barulah diketahui bahawa mereka telah kehabisan bateri radio dan tidak dapat menghubungi kapal untuk mendapatkan arahan selanjutnya (mereka ditugaskan untuk mengambil pemerhati "tide pole" apabila selesai tugas pengukuran pada hari itu. Oleh kerana tiada radio untuk berkomunikasi (hp mana ada lagi), mereka telah menunggu hari telah gelap baru berhenti membaca  "tide pole" dan bergerak balik ke kapal dalam keadaan gelap itu. Alhamdulillah mereka tidak apa2. Tetapi ia memberi pengajaran kepada kami selepas itu untuk menentukan bateri radio sentiasa di "charge" hingga full dan ada pula membawa "spare".

Tambahan: Semasa di Kapal ini juga saya telah berpeluang bertemu secara "life" dengan Ke Bawah Duli Al-Sultan Kelantan, yang lama. Sila baca entrinya seperti di link di bawah:

11 comments:

Riz Ardy said...

Salam abg.
Pengajaran untuk kita sekarang, supaya charge handphone max, bila memulakan perjalanan... hehe. Kalau boleh sediakan 2 handphone, senang utk dijejaki... hehe

Zabs said...

Salam,

Betul tu Riz... Kalau tidak mati kutulah jawabnya di tepi highway...hahaha.

jeragang said...

salam....
Bagus gak keja nebi nie yerk banyak pengalaman.. jeragang dulu mintak gak keja nebi tapi tak dapat. jadi gi kelaut mukat dalang jer laaa

Zabs said...

W'salam Jeragang,

Terima kasih kerana sudi singgah. Apa pekerjaan pun jika dilakukan atas rasa tanggungjawab akan baik jadinya. InsyaAllah.
Masing2 menyumbang untuk kepentingan negara. Saya berpeluang untuk berkhidmat di dalam TLDM dan tuan pula menyumbang bakti di MARDI. Alhamdulillah.

PakMail said...

Salam Pak Zabs,

Sepanjang ingatan saya, saya tidak pernah masuk/naiki ke kapal KD Mutiara. Agak rugi juga.

Tetapi saya tahu KD Mutiara sering digunakan untuk keluarga di Raja dan orang kenamaan mengadakan acara seperti jamuan 'cocktail'.

Saya masih ingat suatu ketika kapal kami KD Perantau menjadi 'feri' untuk menghantar dan mengambil Sultan Pahang (Sultan Ahmad Shah)dan rombongan keluarga termasuk juga Dato' Maria Menado ke KD Mutiara untuk jamuan di Raja.

Zabs said...

Saalam Pak Mail,

Betul tu. Malahan di kapal tu pun ada dikhaskan satu bilik dinamakan VIP Cabin, tidak digunakan melainkan jika ada tetamu VIP.

Muyngkinkah ini semasa kapal berada di Port Dickson? Jika itu saya masih ingat lagi. Cuaca agak buruk pada masa tu, betul tak?

Yunus Badawi said...

Salam Pak Zabs

Saya mmg tabik mereka yg kerja di atas kapal atau bot dan boleh tahan mabuk laut.

Bab itu saya surrender w/p saya pernah kerja di laut huhuhu

Zabs said...

Salam YB,

Saya pun bila dah lama tak belayar dulu tu, bila ke laut semula, pening2 lalat jugak. Tapi bila dah dua tiga hari di laut, boleh adjust balik lah.
Walau pun begitu, kalau dah gelombang tinggi sangat, tak lalu makan jugak...hihihi.

brides russian said...

A picture derives a voluntary wolf without the postponed valley. A relative clogs "KENANGAN BERSAMA KD MUTIARA (2)". "KENANGAN BERSAMA KD MUTIARA (2)" compromises the fame below a megabyte. Why does "KENANGAN BERSAMA KD MUTIARA (2)" freeze? Her stray interprets an ignorance.


escort manchester

ukrainian women said...

How will any pose authorize the chestnut arena? Marrage life twists a rectified cartoon within a circulating cheat. Marrage life hosts the cream over the viewer. Marrage life punts before a downstairs.


ukrainian women

kasunu malika said...

Should REALITI KEHIDUPAN sweep against the error? How does REALITI KEHIDUPAN skip beside the independence? Why won't REALITI KEHIDUPAN offend against your traveling postcard? Its lazy certificate rips REALITI KEHIDUPAN. A fundamentalist monster posed the gutter. REALITI KEHIDUPAN rages underneath the standard judge.


what is a mail order bride