Wednesday, May 04, 2011

KENANGAN BERSAMA KD MUTIARA (1)

Selain dari kapal yang telah saya ceritakan sebelum ini ada dua lagi kapal  di mana saya telah ditugaskan, iaitu KD Mutiara (KDM) dan HMNZS Monowai. Saya telah bertugas beberapa kali di KD Mutiara bermula penghujung 1978 hingga penghujung 1981 dan pertengahan 1984 hingga hujung 1986. Kapal kedua ialah HMNZS Monowai, kapal ukur hidrografi tentera laut NZ, semasa saya bertugas di negara tersebut pada 1982/84. Tapi pada entri ini saya akan ceritakan tentang KD Mutiara sahaja.



Saya ditugaskan  ke kapal ini pada penghujung 1978, tahun di mana saya telah mendirikan rumah tangga. Semasa bertugas di kapal ini juga saya telah dihantar berkursus beberapa kali di samping terlibat dengan tugas2 pengukuruan kapal. Kapal ini memang bertugas lebih dari keadaan biasa. Malahan ada yang mengatakan kami perlukan 25 jam sehari dan 8 hari seminggu untuk menyelesaikan tugas ukur yang dilaksanakan. Malah tiada hari minggu untuk kami juga.

KDM juga merupakan kapal pertama yang mula beroperasi dari Pengkalan TLDM di Lumut, walaupun pada masa itu Markas Operasi masih di Woodlands, dan yang lebih penting lagi  bagi anak-anak kapal, keluarga mereka juga masih lagi bermastautin di Woodlands atau JB. Aapabila kapal balik dari tugas pengukuran, kapal akan berhimpit di  Lumut bukan Woodlands lagi seperti dulu2nya. Apabila telah lama di Lumut dan tidak pula dapat balik ke rumah untuk bertemu keluarga, pengeluaran hormon menjadi tidak stabil. Keadaan inilah yang telah meyebabkan perkara berikut terjadi.

Semasa kapal sedang melaksanakan tugas pengukuran yang agak lama di perairan Melaka, untuk berehat sementara setelah sekian lama di laut, kapal telah merapat ke Jeti Tanjung Keling untuk satu malam agaknya. Semua pegawai dan anak-anak kapal telah diingatkan agar tidak membuat perjalanan jauh kerana kapal akan dikehendakki belayar pada bila2 masa sahaja. Pada masa itu ada seorang kawan yang rumah mertuanya di Melaka. Dipendekkan cerita, dan lupa akan pesanan CO, kami berlima, dengan kereta yang dipinjam dari mertua kawan tu telah membuat perjalanan ke JB pada malam itu, dan balik semula ke Melaka menjelang pagi hari esoknya.

Walau bagaimana pun perkara itu diketahui juga oleh CO, dan kalau tak silap saya semua yang terlibat di tahan cuti semasa kapal masuk semula ke pelabuhan.....tapi "it was worth the trip"..hahaha. Cukup dulu ceritanya buat kali ini. Akan di sambung lagi nanti. InsyaAllah.

Pegawai2 KD Mutiara pada tahun 1985 (mereka in tidak terlibat kecuali yang seorang tu)

12 comments:

Firdaus said...

Salam Pak Zabs..

Dalam satu malam je boleh jalan2 dr melaka utk ke jb,jauh tu..hihi

Zabs said...

Salam Firdaus.
Melaka JB pergi balik 4 jam je. Ada lapan jam lagi....LOL.

PakMail said...

Pak Zabs,

Tuan, bila berseorangan diri teringat kawan2 dan peristiwa seperti ini amat menyentuh perasaan.

minang61 said...

Tuan,
Sekadar menunaikan yang wajib, tak de salahnya, dulu mana ada Highway.faham2 jelah jalan masa tu..anyway itu kenangan

Zabs said...

Salam Pak Mail,

Begitulah dianya, kenangan itu memberi kita satu macam perasaan yang sukar digambarkan. Walaupun ada kalanya ia suka dan tidak kurang dukanya. Ia tetap menyentuh perasaan.

Zabs said...

Salam Firdaus,

Terima kasih kerana memahami. Kereta pun tak guna minyak semahal sekarang...hihihi.

Riz Ardy said...

Salam abg,
camana saya terlepas episod ni? hehe. Citer pasal hormon tu yang tak tahan tu...hehe

Zabs said...

Salam Riz,

Kene semak sesekali entri ni. Terlebih hormon dikeluarkan...hahaha.

Cik Khadijah Shamshul said...

salam pak zabs.

ayah sy pun pernah berkhidmat atas kapal tu dulu. mungkin pak zabs kenal.

Mazlan said...

CO nya pada masa tu Tuan hj. Masrap ke?

Mazlan said...

CO nya pada masa tu Tuan hj. Masrap ke?

Hidir said...

Assalamualaikum,

saya nak tanya, uncle ada facebook? sebab ayah saya nak cari kawan lama katanya. dia ada dalam gambar tu. 4 daripada kanan :)