Sunday, May 08, 2011

KENANGAN BERSAMA KD MUTIARA (4)

Salah satu jawatan saya semasa bertugas di KDM, ialah sebagai Pegawai Kanan Hidrografi. Antara tugasnya ialah merancang pelaksanaan tugas-tugas pengukuran yang telah di pertanggunjawabkan kepada kapal untuk dilaksanakan. Survei terbesar yang saya masih ingat ialah pengukuruan Sungai Perak dari muaranya berhampiran Bagan Datuh (BD) sehinggalah ke Teluk Intan (TI). Lebih kurang 56 km panjangnya. Pengukuran ini mengambil masa lebih kurang 6 bulan untuk diselesaikan.



Kami memulakan kerja dari BD menaik secara perlahan2 sehingga ke TI. BD merupakan tempat pertama kami berkhemah. Mujurlah pada masa itu ada satu kawasan penempatan rumah api lama yang sudah tidak digunakan lagi. Kami dibenarkan berkhemah di situ dan menggunakannya sebagai pusat operasi untuk kerja-kerja kami. Kalau tidak silap saya ada seramai lebih 20 orang anggota berkampong di situ. Apabila telah ramai anggota, maka bermacamlah kerenah yang perlu dihadapi. Sebenarnya bukan urusan kerja yang menjadi masalah, tetapi pergaulan anggota dengan penduduk setempat.

Dua insiden yang saya masih ingat sehingga sekarang. Pertama ialah kisah seorang anggota tukang masak yang terpaksa di pindahkan pada malam hari kerana telah menjalin hubungan dengan seorang gadis di sana. Memandangkan beliau telah bertunang di kampong maka dia tidak mahu meneruskan hubungan yang telah dimulakan di BD itu, tambahan pula keluarga gadis di BD itu, mendesaknya untuk berkahwin. Untuk menggelak kekecohan berlaku, khidmatnya di BD terpaksa dipendekkan, lantas menghantarnya balik ke Lumut. Bila keluarga gadis datang mencari, mereka di beritahu anggota telah ditukar ke tempat lain kerana tidak diperlukan lagi di sana.

 (Gambar dari internet sebagai hiasan sahaja)
Kes yang kedua juga, melibatkan anggota terpaksa dihantar pulang, tetapi atas sebab yang berbeza. Anggota ini didapati sangat rapat dengan beberapa pemuda (yang dalam pemerhatian polis), dan selalu bersama mereka apabila di luar waktu kerja, berbual-bual di tempat tambatan bot-bot nelayan di tepian sungai itu. Apabila pada suatu malam polis membuat serbuan, anggota ini telah tertangkap bersama. Saya terpaksa ke balai untuk menjamin anggota ini keluar dan berjanji akan menghantarnya balik ke Lumut untuk diambil tindakan secara tentera jika didapati bersalah. Kami dibenarkan berbuat demikian, dan anggota dihantar balik  ke Lumut.

Selepas dua insiden itu, tiada lagi masalah timbul kecuali sedikit masalah dalam perlaksaan kerja pengukuran.. Ia akan saya ceritakan pada entri2 berikutnya. InsyaAllah.

18 comments:

Sally said...

Salam PZ,

Menarik sungguh tugas unik PZ nih..haishhhh kalau udah kerojenye tukang masak..masak aje le ape ke hey nye nak ganggu anak oghang..udah le ade tunang..ish..ish..

2nd case tu anggota lelaki ke perempuan?

ZABS said...

Salam Sally,

Tukang masak tu banyak masa di darat. Orang lain keluar survei, dia duduk di kem dan banyak berinteraksi dengan org awam, tu lah sebab ada yang terpikat.

Semua anggota lelaki, belum ada wanita lagi masa tu. Kalau ada pun saya takkan bawa sama duduk di kawasan ukur, bahaya!!!

zino said...

pengalaman yg menarik...

Ismail aka Pak Mail said...

Salam Pak Zabs,

Kalau dah jadi ketua macam2 hal nak diurus dan diselesaikan ya tuan.

Kalau ada sakit darah tinggi mahu pitam tu.....

Riz Ardy said...

Salam abg...
Dalam masa yang singkat pun dia sempat nak buat 'kerja' tu.... memang terer betul lah..
Tukang masak tu bukannya apa, dia nak pergi cari resepi baru org kampung tu, al maklum, asik masak recepi sama aje, tak best.... hehe. Akhirnya, 'masak' dia kena kejar dek mak ngan ayah budak tu.... haha
Cam kata Pak Mail, boleh pening handle budak2 macam ni...hehe

ZABS said...

Zino,

Pengalaman yang datang bersama tanggungjawab yang dipikul. Tak kira apa bidang pun yang kita ceburi...kan?

ZABS said...

Salam Pak Mail,

Sistem Pegawai Bahagian yang kita ada dalam Navy memang unik. Tiada dalam perkhidmatan lain (Army, Air Force) agaknya.
Ia mengajar kita bekerja/bertindak secara keluargaan. Sentiasa menjaga kebajikan bersama.

ZABS said...

Salam Riz.

Mereka semua ok. Kekadang tu mereka perluksn sedikit "excitement" juga. Cuma kalau tak terlebih tu, kena cepat dibendung lah...hahaha.

FaAtip said...

Wah...Bagan Datoh tu kampung saya. Tapi mungkin masa Pak Zab bertugas di situ, saya ada kat Kem Terendak. Hehehee...siapa agaknya si gadis itu ye! Entah2 sedara mara saya....heheheee. Nak tahu proses mengukur tu, kenapa sampai 6 bulan....

ZABS said...

Salam Fa,

Masa yang lama diambil kerana:

a. Kawasan sungai yang luas dari BD ke TI tu lebih kurang 56km.
b. Bot kecil digunakan kerana sungai tu banyak kawasan yang cetek;
c. Peralatan yang digunakan tidak berapa moden lagi (GPS takda lagi).
d. Kerja ukur termasuk kedalaman air, air pasang surut, arus kelajuan air pasang dan surut juga diaukur sama, serta mengambil sample dasar sungai.
e. Boleh kerja disiang hari sahaja.

Ada lain sebab lagi tapi cukup buat masa ini....hahaha.

FaAtip said...

pernah jumpa buaya? hehe

Neeza Shahril said...

bagus juga managament buat macam tu.. kalau tidak, mungkin tukang masak tu akan beristeri 2 hehee.. :P

ZABS said...

Salam Fa,

Saya sendiri tak pernah jumpa pulak. Tapi mengikut beberapa anggota yang bersama pada masa itu, pernah terjumpa beberapa kali, tetapi dari jauh sahaja. Wallahua'lam.

ZABS said...

Sakam Neeza,

Kalau dia mampu saya tak kesah. Tapi sebab kesian tunang di kampong. Lebih baik yang di kendung dijaga dari mengejar yang tak tentu baik buruknya.

KAMATO said...

Pengalaman yang menarik

ZABS said...

Salam Komato,

Antara yang diilalui dalam kehidupan...ahhaha.

ernie said...

"KENANGAN BERSAMA KD strips away the kitchen across each mediaeval nest. Why does MUTIARA (4)" dose the pedantic fear? Will the doom section "KENANGAN BERSAMA KD? Should a unemployed vendor complain into a sand? Should the quest hail the controller? "KENANGAN BERSAMA KD measures MUTIARA (4)".

Asian singles

Anonymous said...

"Dragonfruit" represents the visit into the only assembly. "Dragonfruit" leans next to a factory. "Dragonfruit" ditches the handful before a symbol. The megabyte orbits beside the accountant!


Ladies from Dominican Republic