Thursday, June 23, 2011

MENJADI USAHAWAN (USAHA SENDIRI CARI MAKAN)

Saya sebenarnya tidak merancang untuk bekerja sendiri, apatah lagi membuka syarikat seperti sekarang (walaupun kecil sahaja). Pengalaman berniaga saya hanya setakat membantu bapa berniaga kedai runcit semasa masih bersekolah dahulu (itu pun untuk lebih kurang dua tahun je. Kedai ditutup kerana tidak berdaya maju).

Saya memohon untuk bersara awal dari TLDM, kerana dipelawa untuk bekerja dengan seorang rakan yang memerlukan bantuan saya untuk beberapa projek berskala besar (bagi dialah) pada masa itu. Walaupun  ketua Jabatan saya pada masa itu, menasihatkan saya untuk menunggu 1 hinga 2 tahun lagi untuk kenaikan pangkat seterusnya, saya nekad berhenti (tak sabar kata Abang Ipar saya yang juga seorang pegawai kanan di dalam TLDM pada masa itu).

Namun apa yang kita rancang tidak semestinya terjadi seperti yang diharapkan. Hanya Allah sahaja perancang yang terbaik. Syarikat kawan itu mula bergoncang apabila kedua2 pengarah bertindak bertanding dalam pilihanraya. Walaupun salah seorang darinya menang di Kelantan, yang seorang lagi kalah di Negeri Sembilan. Ibarat ayam menang kampong tergadai, syarikat mula kehilangan kepercayaan untuk mendapat projek2 baru seperti kebiasaannya.


Melihatkan perkara ini berkemungkinan brterusan saya mula mencari alternatif untuk teruskan usaha bekerjka sendiri ini. Dengan bantuan dua kawan maka itu saya memulakan syarikat yang saya usahakan sekarang, teapi secara kecilan sahaja dan kini telah lebih sebelas tahun ia bertahan dengan serba edehananya.

Di harap ia akan dapt terus bertahan kerana ada beberapa keluarga yang bergantung harap kepada kesinambungan usaha syarikat ini. InsyaAllah.

7 comments:

Sally said...

Sally doakan moga bisnez PZ terus prosperous..selain dari ianya punca rezeki PZ sendiri, as u said..ianya juga punca rezeki kepada mereka bekerja dengan PZ..banyak pahala PZ tu..insyaAllah..

Riz Ardy said...

Hebat!!!. Semoga terus maju jaya abg. Insyaallah.

Sally said...

Riz komen mcm cikgu2 komen buku rekod kemajuan murid masa K.Sally sekolah rendah dolu2..hehehh

ZABS said...

Salam....dan terima kasih kepada kedua-dua Cikgu yang baik hati. InsyaAllah.

Riz Ardy said...

Sally,
Saya cikgu sekolah tadika aje.. hehe

Al-Manar said...

Saya percaya sepenhnya kata kata Zabs "..apa yang kita rancang tidak semestinya terjadi seperti yang diharapkan. Hanya Allah sahaja perancang yang terbaik."

Saya pernah melalui jalan jalan yang berlainan dari apa yang dirancang. Dengan kesabaran dan kepercayaan seperti kata kata diatas akan membawa hasil, insya Allah.

Salaam dan harapnya semua yang tak diinginin akan disisihkn Allah.

ubat gemuk said...

Usahawan kena rajin dan jangan putus asa. Bukan mudah tetapi teruskan usaha sehingga berjaya.