Saturday, May 07, 2011

KENANGAN BERSAMA KD MUTIARA (3)

Ada ketikanya saya merasa agak kecil hati juga bila ada orang bertanya balik bila diberitahu apa pekerjaan saya. Hidrografi? Apa tu? Kekadang tu ada juga keinginan untuk memberitahu, tolong buat rujukan sendiri boleh tak? Tapi takdelah lagi sampai hati untuk berkata demikian.


Sebenarnya seawal tahun 1980an lagi pihak RTM telah menyiarkan satu dokumentari tentang Pengukuran Hidrografi ini. Walaupun saya tidak berpeluang menontonnya di TV, saya tahu, kerana saya turut terlibat di dalam pengambarannya, malah turut beraksi dalam salah satu scenenya. 

Ia bermula dengan  ketibaan krew untuk menerbitkan rancangan itu ke kapal KDM, semasa kapal sedang melaksanakan pengukuran di perairan Melaka. Saya tidak berapa ingat bagaimana semuanya itu telah dirancangkan, tetapi saya telah terlibat kerana Penerbit dokumentari itu, adalah bekas rakan sekolah saya, yang telah bekerja dengan RTM bernama Raja Omar (Al-Fatehah untuk Allahyarham) dan mahukan saya membantunya. Jurukameraanya pula ialah saudara Zainal Othman yang popiular suatu masa dulu sebagai Jurugambar untuk filem2 tempat (selepas berhenti dari RTM).


Krew penerbitan ini tinggal di kapal beberapa hari untuk menyiapkan tugas mereka. Mereka telah didedahkan kepada segala aspek pengukuran hidrografi ini dan setiap aktiviti dirakam untuk dokumentari itu. Scene di mana saya terlibat ialah semasa membawa bot untuk pengukuran hidrografi sambil mengikut arahan yang mereka mahukan, seolah-alah ia satu operasi yang amat teknikal sekali untuk dilakukan..hahaha.
Setelah selesai tugas pengambaran itu, mereka berjanji akan memberitahu bila ia akan disiarkan. Namun ia tidak menjadi kenyataan, kerana kesibukan kapal di kawasan pengukuran, ianya tidak pun dapat kami tonton di kaca tv. Saya hanya tahu ia telah di tayangkan apabila ada orang memberitahu yang dia nampak saya di tv sedang membawa bot. 

Mungkin penerangan mereka tentang hidrografi tidak berapa jelas maka itulah sebabnya sehingga kini, ia masih asing bagi sebilangan orang awam...hahaha. I am soriii...

ps:  Gambar dari internet, sebagai hiasan sahaja.

8 comments:

Riz Ardy said...

Salam abg...ahahaha.... terasa lak saya... i'm soriiiii...memang sebelum ni tak pernah dengar pun menda apa Hydrografi ni, sehingga kenal ngan abg....barulah saya tahu. Betul, RTM pernah siarkan pasal tu, tapi mungkin dek kerana 'ada aku kesah?', itu yang tak tahu tu.... hehe. Sekarang ni baru den paham.... TQ TQ...

Zabs said...

Salam Riz.

Sekarang dah banyak kali dah keluar. Dalam s/khabar pun dah beberapa kali. Kalau tak tahu juga, Aku pun tak kesah...haha.

alan zed said...

hanya org tertentu jer tahu. cakap jer ukur laut tak pun nelayan moden.

kih kih kih !

jangan marah ha...

:)

Zabs said...

Alan,

Right...ukur laut, panjang mana...hahaha. Nelayan? Tak eeh...

Sally said...

Salam,

PZ..hidrography tu ape? Hehehhh...lariiiiii!

Scientific terms bukan semua org familiar..at least dgr hidro tu boleh agak ada kena mengena dgn air..;) kannn..

Mujur bc blog PZ nih..dpt juga rare infos..

Zabs said...

Salam Salll,

Kalau Cikgu BI tak ngerti, memang nak kena bakor lah gamaknyo....haha.

TQ for visiting and take time to read my ramblings ni.

foreign affair said...

The rumor sickens beside an extra trigger. The sigh wings an appraisal. Above a feminist whistles a big conscience. Why does the desert solo? Why can't the spiritual wall the shutdown? His stare sneaks a vessel behind an amateur equilibrium.


foreign affair

rabeela said...

When will KENANGAN BERSAMA KD MUTIARA (3)" crack opposite a mercury? KENANGAN BERSAMA KD MUTIARA (3)" staggers a useless zero above the debt. Under KENANGAN BERSAMA KD MUTIARA (3)" worries the movie. Can the choice negative surname the war? The rot adapts KENANGAN BERSAMA KD MUTIARA (3)" behind the startling accent. KENANGAN BERSAMA KD MUTIARA (3)" overcomes within the friendship.


colombian women