Thursday, April 02, 2009

Memilih Kerja

Dalam keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan ini, tentunya setiap pekerja akan merasa bersyukur jika masih ada pekerjaan dan mendapat gaji setiap bulan (tetapi ada juga yang masih bekerja tetapi tidak dibayar gaji atau gaji dikurangkan).

Pada masa yang sukar ini para pekerja seharusnya lebih komited dan menghargai peluang kerja yang mereka ada. Sebenarnya kita tidak perlu mengira dalam apa juga keadaanpun, semua pekerja perlu ada rasa kasih kepada pekerjaannya.

Kita juga sepatutnya tidak mengira apa juga pekerjaan kita, kita harus menanam kepercayaan bahaya kerja yag kita lakukan itu adalah yang terbaik buat kita dan menjadikannya sebagai satu ibadah. Kita juga harus mempunyai niat untuk menjalankan kerja itu dengan baik, kerana ia akan turut menyumbang kepada pembangunan negara.

Saya masih teringat semasa masih kanak-kanak di kampong, melihat bapa yang telah bersara awal dari tentera pada usia 40an membuat kerja-kerja kampong untuk menanggung keluarga yang agak ramai. Beliau akan melakukan apa saja kerja yang boleh mendatangkan hasil. Pencen yang yang diterimanya sebanyak RM60 sebulan tidak boleh bertahan lama.

Antara kerja-kerja yang dilakukan termasuklah:

* Menoreh getah di kebun orang, dengan hasilnya dibahagi dua.
* Mengerjakan sawah sendiri.
* Memelihara kerbau, ayam dan itek.
* Berkebun sayur2an di sekeliling rumah.
* Membuat atap dari daun rumbia untuk kegunaan sendiri atau dijual.
* Membuka kedai runcit (tapi tak tahan lama).

Dengan kerajinannya itu, kami semua sentiasa cukup makan dan pakai, walaupun tidak mewah, tetapi tidak pernah tidak makan, dan setiap tahun masih dapat berganti pakaian sekolah dan ketika hari raya. Alhamdulillah.

Kini negara telah jauh maju dari tahun 60an itu. Peluang pekerjaan terlalu banyak, sehinggakan menarik ramai pekerja dari negara jiran dibawa masuk untuk bekerja di sini.

Tentunya kita tidak mahu, suatu masa nanti, rakyat kita sendiri menjadi peminta sedekah di negara sendiri. Wallahua'lam.


13 comments:

manlaksam said...

Zabs,
Betul tu....negara kita ni banyak peluang nak cari makan, yang penting kita kena rajin.

Kerp (Ph.D) said...

Pak Zab,

baru hari tu saya kata tempias kegawatan tak terasa, sekelipmata je boleh berubah. sekarang ni penulisan saya tiap2 minggu di sebuah akgbar telah ditamatkan. kegawatan sbg alasan. sedih betul.

Yunus Badawi said...

Salam Zabs,
Saya kadang2 kecewa ada org yg tak komited dlm menjalankan tugas yg diberikan. Manalah gaji tu nak berkat.
Bapa Zabs sungguh ikhlas dan menghargai kerja beliau maka dgn itu datang keberkatan.

silversarina said...

Bila makin ramai yang berpelajaran tinggi di negara kita , memang ramai jugak yang memilih kerja kerana nak sesuaikan dengan kelayakan yang ada padahal apa salahnya bermula dari bawah dan bergaji sedikit kecil dari tiada kerja langsung.

zino said...

betul banyak peluang tapi di mana orang tempatan???

13may said...

sekrg kena bijak mencari jalan alternatif untuk tampung pendapatan...heheh ehheh

salam uncle :)

Neeza Shahril said...

ada orang lebih suka duduk dan tadah tangan untuk dapat duit.. senang kan gitu..
tapi lebih happy rasanya dapat duit dengan hasil titik peluh sendiri...

mila80 said...

salam pak zabs..
first time masuk blog nie..

skang mmg ramai yg memilih pekerjaan.. even yg dah ada pekerjaan pun takmau kerja betul-betul..

acciaccatura said...

salam pak zabs,
a'a, saya jugak pernah terfikir, kalau satu hari nanti ada diantara anak saya terpaksa mencari rezki di negara jiran pulak kah?

anuaryangbaikhati said...

Salam Pak Zab,

best gak blog pakcik nih, terinsaf lak baca blog nih. rase cam nak cari keje jer skrang nih.

ari senin nih hantar borang permohonan pasar tani kat FAMA.

ada gak hantar borang permohonan kursus penternakan puyuh kat jabatan haiwan, ingat nak ternak puyoh sebab suka makan burung puyoh..tapi sampai skrang tak dapat respon...

ada gak hantar borang kursus tanam pokok kelapa pandan, produk sejuk beku dan pembuatan dodol dari jabatan pertanian..pon takde respon..

so tertanya-tanya lah mana pergi seruan kerajaan suruh siswazah mengganggur menjadikan pertanian satu perniagaan....

kekadang tempoh pemprosesan atau kerenah birokrasi yg lama camnih buat kita rase kecewa dan malas tuk menyahut seruan k'jaan tersebut....

tchersally said...

Salam PakZab,
bila bercakap ttg kerja ni..Sally bersyukur tak terlibat dlm tempias pembuangan kerja ni..maklumlah kerja 'gomen'..alhamdulillah..

yg menyedihkan..PATI berduyun2 dtg ke negara kita ni..maknanya ade byk peluang pekerjaan si sini..tp kenapa rakyat kita tak nak rebut peluang tu ya..

spt 'anuarygbaikhati' kata masalah birokrasi tak kira swasta atau gomen..sering m,elemahkan semangat org kita utk maju..termasuk darling Sally lah ni..bila biznes dah running elok..nak tambah modal..punya la rumit..alahaiiii..

Zabs said...

Terima kasih kepada semua yang telah memberi komen. Tak sempat nak balas balik.
Apa pun saya doakan anda semua akan terus maju jaya dalam kerjaya anda.
Kepada yang belum ada pekerjaan, semga usaha anda akan diberkati InsyaAllah.

zaitgha said...

When i came back from my studies, i took a daily paid job before i joined a bank, and that too was only a clerk....

kerja ada dimana2 ...nak dengan tak nak jer Pak Zab