Wednesday, April 22, 2009

Dugaan Ke?

Pada zaman gawat sekarang ni, tentunya banyak syarikat kecil dan besar yang tidak mempunyai projek baru untuk dilaksanakan.

Tak ada projek, bermakna tak ada pendapatan, tetapi gaji pekerja masih perlu dibayar. Bagi syarikat (kecil atau besar) yang mempunyai aliran tunai yang baik tentunya ia tidak menjadi masalah. Tetapi bagi syarikat yang kais bulan makan bulan, tentunya akan menghadapi sedikit kesesakan.

Namun demikian ada sebuah syarikat, kepunyaan seorang kawan yang baru saya kenal, telah mendapat beberapa projek yang bernilai jutaan ringgit dalam keadaan gawat sekarang.

Projek yang diperolehi oleh syarikat ini datang serentak dalam jangka waktu yang singkat dan melebihi dari keupayaan syarikat untuk melaksanakannya.

Ia bukan sahaja dari segi pekerja yang diperlukan tetapi juga modal pusingan yang perlu ada, sebelum pembayaran untuk projek diperolehi.

Jika syarikat tidak ada projek dan dalam kesesakan, tentunya ia akan dianggap sebagai dugaan dan asam garam dalam perniagaan. Kesabaran diperlukan untuk menghadapi zaman kegawatan ini.

Tetapi bagi kawan saya ini, mendapat projek yang banyak begitu, adalah juga satu dugaan. Ia berpunca dari aliran tunai yang tidak mencukupi untuk membiayai projek yang datang serentak itu. Sebagai syarikat yang hanya mempunyai modal berbayar yang rendah projek bernilai tinggi itu merumitkan aliran tunai beliau.

(Tak perlulah diceritakan apa yang telah dilakukannya untuk mendapatkan modal untuk memulakan projek2 tersebut. Sehingga ada ketika, dia mahu melepaskan sahaja projek2 tersebut. Namun apabila memikirkan ada ramai yang bergantung kepadanya untuk kesinambungan projek tersebut, maka diteruskan juga).

Semoga beliau dapat melaksanakan projek yang telah diamanahkan kepada beliau dengan jaya dan sempurna. InsyaAllah.

Nota Zabs: Kita bukan sahaja diduga dengan kesusahan. Kesenangan yang diberi adalah juga satu dugaan. Namun begitu, di dalam apa juga keadaan, sentiasa lah ingat kepada Allah SWT. Wallahu'alam.

7 comments:

MA and Brood said...

Tuhan menduga kita dengan kekayaan, kemiskinan dan kesihatan.

Banyak duit pun susah hati, tak de duit lagiii susah hati!


Apa-apa pun bersederhana yang sebaik-baiknya.

tchersally said...

Salam PakZab,
n3 PakZab ni ada persamaan dgn apa yg dialami oleh bisnez darling Sally..bisnez nature yg jenis kais bulan ni..3 bulan lagi baru dapat mkn..tetiba sales masuk byk..adoiii..berpeluh nak rolling modal yg terbenam sana sini..huwaaa!! fengsan dibuatnya..

bila tgk darling berhempas pulas..di sudut hati Sally berkata.."syukur..Sally kerja dgn kerajaan..terjamin pendapatan..walau kenaikkan tak sebanyak mana..tapi stabil..alhamdulillah.."

Neeza Shahril said...

betul sangat tu Pak Zabs.. dugaan kesenangan orang tak perasan sangat sebenarnya.. bila banyak projek, pening pulak kan nak memikirkan nak buat camana..

Zabs said...

MA:Kalau tentang duit ni, manusia tu jika diberi satu lembah penuh dengan emas, dia akan minta satu lembah lagi yang serupa.
Cumanya, walau pun duit itu perlu untuk segalanya pada zaman moden ni, tetapi ia tidak boleh membeli kebahagian. Tak gitu?

Sally: Walaupun saya ada bisnes kecil2an selain dah pencen ni, isteri masih kerja dengan kerajaan. Tunggu nak pencen pulak...hehe..

Neeza: Itukah jangan kufur nikmat kan.... Bersyukurlah sentias. Sekurang2 nya kita masih bernafas untuk dapat bersedia untuk menemuiNya nanti. Wallahua'lam.

alan zed said...

7 tahun zaman susah, 7 tahun zaman senang... nuff said. :)

日月神教-任我行 said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,色情,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女

揚州炒飯Penny said...

,徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,背叛,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,商標,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,離婚,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,錄音,找人,追蹤器,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社