Monday, April 13, 2009

Anda Suka Dikritik?

Hatim, seorang pujangga besar Arab, menulis di dalam sebuah syairnya yang bermaksud:

"Ungkapan orang yang hasad adalah tanpa dosa yang aku dengar, maka aku katakan kepadanya: Suruhlah, lalu laksanakanlah kepadaku.

Mereka selalu mencela tentang diriku, sementara diriku sendiri tidak ada pernah mencela, akan tetapi aku tidak akan pernah menghiraukannya."

15 comments:

ASE1 said...

salam pak zab ...
kalau kena kritik mmg sakit tapi jenis kritik yg membina saya terima ..kritik yg nak menjatuhkan saya lawan !!

Akmal said...

tak suka kena kritik, bila nak maju? :)
Tapi pengkritik tu kena la ada kaedah dia jugak. Kritik biar berasas. Tak mengapa kalau dia buat kesalahan yang sama; yang penting kita boleh baiki diri kita.

Zabs said...

ASE1: Kawan akan mengkritik untuk kebaikan kita. Musuh akan kritik untuk kepuasan hati mereka.

Akmal: Setuju, selalu bersangka baik. Kritikan yang membina jadikan tauladan, yang menyakikan hati, dilupakan.

zaitgha said...

Pak Zab,

Saya tak kisah kalau dikritik tak kisah lah nawaitu pengkritik tuh baik atau tidak...thats how we improve ourself ...

tchersally said...

Kena kritik is okay..maknanya kita exist..

cara mengkritik tu yang crucial..silap cara bole mengundang perbalahan..kena cara mengundang kejayaan..

Zabs said...

Zai: Bukan semua orang begitu. Ada yang suka mengkritik tapi pantang dikritik.

Sally: Kalau betul cara jadi nasihat. Kalau tidak saja nak lepas geram lah tu...

Suria Kelang said...

Pak Zabs,
Terimakasih atas tulisan yang menyentuh hati saya tika dan saat ini....

en_me said...

salam pak zab itteww..

pB said...

salam

biarlah kritik itu membina
jangan kritik mengutuk

Neeza Shahril said...

kalau nak kecik hati sebab dikritik, memang ramai orang boleh berkecil hati.. tapi, kalau kita fikirkan, yang kritik tu bukan pencipta kita.. jadi, lantaklah la.. kritik la selagi boleh.. kita dapat pahala.. (kalau benda tu tak betul la kan..)

Zabs said...

Suria: Semoga anda tetap tabah dengan segala dugaan yang datang.
Orang tidak akan mengkritik orang yang tidak ada kebolehan.
Biasanya kritikan dituju kepada yang lebih baik dari mereka...

Suria: Waalaikummussalam En.Me..iteww.

Zabs said...

pB: Kita tidak boleh nak tutup mulut orang.
Tapi kita boleh tutup telinga kita. Boleh?

Neeza: Kalau kita bersangka baik, semua kritikan boleh diterima.
Yang tak boleh diterima kalau kritikan itu dibuat melalui orang ketiga...

KAMATO said...

kalau kritik tu ikhlas untuk membina, kita harus bangga untuk kebaikan kita

Sastri said...

salam uncle...

rasanya jarang ada orang yang suka dikritik, leboh-lebih lagi kalau kritikan itu dirasakan terlalu pedas dan tidak dapat diterima...

tapi bagi saya, sekiranya kritikan itu boleh membuatkan saya berfikir dan melihat kembali diri ini, seterusnya memperbaiki apa yang kurang atau tidak baik, saya akan terima, walau pedas, walau sakit...

Zabs said...

Kamato dan Sastri: Kritikan yang membina dan membawa kebaikan tentu diterima dengan hati terbuka.