Thursday, April 09, 2009

Tawa dan Tangis

Menjadi kebiasaan apabila dilahirkan ke dunia ini, kita akan menangis keseorangan, manakala semua yang hadir di sekeliling akan ketawa gembira menyambut kelahiran kita. Ibu yang melahirkan kita, jika menangis pun adalah kerana kegembiraan.

Apabila kita dewasa dan beroleh berbagai kejayaan termasuk mendapat gelaran dan pangkat yang tinggi kita akan ketawa gembira, dan tentunya semua kaum keluarga dan sahabat handai yang berada ke sekeliling kita akan turut sama bergembira.

Akhirnya akan tiba waktunya, di mana orang di sekeliling kita akan menangis kesedihan, untuk melepaskan kita, tetapi di waktu itu, tidak tahulah samada kita akan "menangis" bersama atau "tersenyum simpul", kerana telah melepasi ujian dunia yang penuh tipu daya ini.....

Tetapi untuk "tersenyum simpul" pada masa itu, kita seharusnya telah membuat persediaan yang sekucupnya. Jika tidak tentulah kita akan "menangis" bersama mereka yang menangis melepaskan kita itu.

Oleh itu berjuanglah sebaik2nya untuk diri kita. Buatlah persedian secukupnya untuk hari tersebut, hari yang kita tidak tahu bila tibanya. Cepat atau lambat ia tetap akan tiba.

Marilah kita fikir2kan tanggungjawab itu dan laksanakanlah keperluan yang wajib ke atas kita itu. Wallahua'lam.

Nota Zabs: Peringatan untuk diri sendiri.

13 comments:

Anak Pendang Sekeluarga said...

Slam,,wah,,kata2 nasihat dari org lama nie......org muda kena dengar cakap muda,,,

tchersally said...

PakZab,
n3 n3 PakZab belum pernah gagal meng'impress'kan Sally..terima kasih kerana berkongsi..

Eskapisminda said...

Salam. Pertama kali saya disini. Terima kasih kerana ingatan. Manusia itu perlu sentiasa diingatkan... nice blog. Penuh lapisan.

Zabs said...

APS: Untuk ingatkan diri sendiri dan sesiapa yang sudi nak baca.

Sally: Terima kasih, harap tak jemu berkunjung.

Eskapisminda: Terima kasih atas kunjungan. Tulisan budak baru belajar. Tidaklah sebaik tulusan anda, tetapi mungkin cukup untuk difahami. InsyaAllah.

Neeza Shahril said...

neeza harap, dikala orang menangis untuk melepaskan neeza pergi, neeza akan ketawa gembira walaupun orang lain tak nampak sebenarnya... Ameen..

Kerp (Ph.D) said...

good reminder ni Pak Zab. terima kasih. saya ni memang selalu lalai, bila diingatkan, sedar. tapi tak lama pas tu back to square one. itulah kelemahan saya.

13may said...

saya ambil untuk peringatan diri saya sama...hehhe hehhe

Salam uncle :)

Akmal said...

wah, terkesan di hati nih! :)

manlaksam said...

Terima kasih kerana mengingatkan.
Semoga kita semua akan pergi dengan tersenyum, aminnnn.

Zabs said...

Kepada Neeza, Kerp, 13May, Akmal dan Manlaksam semoga kita semua mendapat iktibar dalam mengingati kematian itu. InsyaAllah.

Yunus Badawi said...

Salam Zabs,
manusia selalu lupa, Melayu lagi kuat lupa. Terima kasih atas ingatan.

blackpurple @ jowopinter said...

Salam Tuan Zabs,

Tazkirah buat diri saya juga. :)

Zabs said...

YB: Itu sebab selalu perlu dingat2kan diri sendiri.

BP@JP: Semoga kita menjadi orang yang suka diperingatkan untuk kebaikan. InsyaAllah.