Saturday, April 18, 2009

Bertemu VVIP

Antara perkara menarik yang menjadi kenangan semasa bertugas di kapal TLDM dahulu ialah berpeluang melihat dari dekat beberapa orang kenamaan yang mengikuti pelayaran dengan kapal yang saya bertugas. Kerap kali juga beberapa orang Sultan mencemar duli mengikuti kapal untuk merasa pelayaran di laut.

Mungkin sekarang tidak lagi, kerana mereka semua tentunya sudah mampu mempunyai kapal layar atau "yatch" mereka sendiri.

Antara yang saya masih ingat ialah PM kita yang Kedua dan Keempat serta Sultan negeri PM kita yang ke6 itu.

Gambar di atas menunjukkan rombongan Sultan dari sebuah negeri di pantai timur itu, sedang menaiki kapal untuk satu pelayaran. (Pada awal tahun '80an).

Sebagai pegawai yang menurut perentah (saya yang di belakang tu), memandu arah kapal untuk menuju destinasi yang dihajatkan. Alhamdulillah tugas berjaya dilaksana sebaiknya.

Nota Zabs: Terkenang semasa lalu lagi.

10 comments:

Yunus Badawi said...

Kenangan manis yg tak semua org mampu merasanya.

silversarina said...

Bertuah zabs, tak ramai yang dapat peluang bertemu VVIP ...memang kenangan amat manis !

Neeza Shahril said...

memang best pengalaman tu..
kalau ada blog masa tu, dah glamer dah Pak Zabs.. hehe..
amboi.. muda belia masa tu kan.. ;)

Sally said...

Ai!..Ai!..Captain!!..bukan calang2 orang bole buat mcm PakZab buat..cherish and share with us all the moments ya Pak Zab..

ZABS said...

YB: Secara kebetulan semuanya, berada di tempat yang betul pada masa yang betul.

SS: Orang tua, hanya ada kenangan jelah. Sebaiknya kenagan manis je yang diingat.

Neeza: Ya, nasib baik ada satu dua gambar yang masih ada dalam simpanan. Boleh dibuat kenangan.

Sally: Semua boleh buat kot. Cuma saya berpeluang melaksanakannya.
Alhamdulllah, akan menjadi kenangan dalam hidup yang singkat ini.
InsyaAllah akan dikongsi mana yang sesuai...haha.

Tepi Sungai Batu said...

Zabs,
Anda sungguh bertuah!
Kenderaan yang paling besar pernah saya bawa ialah lori.
'Orang besar'yang pernah menumpang kenderaan saya ialah 'tok penghulu' saja.(VIP kampung).

MA said...

Ada petua nak kurangkan (atau hapuskan) mabuk laut tak?

Saya bab naik kapal ni mmg tak tahan more than 30 minit. Lepas tu sure ting-tong..haha.

ZABS said...

Manlaksam: Cikgu, saya cuma menjalankan tugas. Secara kebetulan kapal saya berwarna putih, tidak grey seperti kapal TLDM yang lain. Sesuai untuk membawa VVIP. Haha.

MA: Sebenarnya saya takda apa2 petua pun. Tetapi apabila lama tak ke laut tu ada juga rasa pening2 lalat tu.
Mungkin boleh membantu jika tidak dilayan sangat perasaan itu. Dapatkan udara segar di atas deck. Jika terasa nak muntah jangan ditahan, keluarkan semua, tentu akan rasa selesa. InsyaAllah.

Krafdunia Design said...

Assalamualaikum Pak Zabs,
kenangan manis tu. kenangan sy hampir dengan vvip ialah bersama bekas MB Selangor yg lalu iaitu sehari selepas perlantikannya sebagai MB. sy terlanggar dia sebenarnya dan dia tersenyum, belum sempat sy nak bertegur sapa dah kena tolak ketepi oleh body guard. ceh!

ZABS said...

Naha: Nasib baik baru dilantik jadi MB, mood tentu tengah gembira tak terkata.
Kalau sekarang anda terlanggar dia, apa reaksi agaknye?