Monday, June 30, 2008

Tidak Mengenal Tempat.

Bercakap tentang tandas, mungkin ada ratusan tandas awam atau swasta di Kuala Lumpur ini.


Dan tentunya yang terbaru, tandas awam berkonsep automatik di atas dan berharga RM400,000, dan pengguna hanya perlu membayar dua puluh sen sahaja untuk menggunakannya. DBKL telah membina 32 unit tandas awam baru ini di lokasi-lokasi utama berakhir 2007 lalu.

Tetapi saya sungguh tidak dapat mempercayai apa yang saya lihat ini.

Tanpa segan silu, dengan orang dan kereta yang lalu lalang, m*khl*k ini berbuat seperti biasa saja melepaskan hajatnya.

10 comments:

Kak Teh said...

Salam, senario sebegini memang banyak di tempat saya berada ni - lebih-lebih waktu malam selepas pub semua ditutup. Kalau berjalan kena hati-hati sebab banyak air yang mengalir dari kaki lima. Di sinipun bukannya kurang tandas awam. Yang lucunya kalau anjing buang najis, tuan anjing kena denda, kalau tuan anjing buang najis tepi jalan tak kena denda pulak.

Akmal said...

Pak Zabs,
Memang tak bertamadun. Pengotor tu tak payah cakaplah. Agaknya lepas ni bolehlah kita tengok papan tanda 'Do Not Urinate Here' kat tepi jalan.

Neeza Shahril said...

memang tak senonoh betul.. tak suka betul neeza tengok.. tak tahu malu.. patutnya pak zabs focus kat muka dia pas tu hantar kat tv.. hahaha!!

KAMATO said...

Kat mana2 perbuatan seperti mahluk itu lakukan tetap ada, di erope setiap malam minggu adegan macam tu dah biasa apabila mereka2 itu mabuk

pB said...

DASYAT TUL ...

SUNGGUH TAK MALU ...

Sastri said...

isk isk... biasa budak-budak yang buat... ini, orang dewasa... kot ye pun tak tahan, cari la tempat yang tersembunyi dari pandangan orang... hmmm...

Helena said...

entah apa2 aje..... macam tak bertamadun....

bab buang membuang ni.... helena notice ada satu kaum ni suka suruh anak kecil mereka kencing kat sink in public toilets.... yuck!.....

alan zed said...

x boleh tahan kot? takut kena batu karang... ;)

zino said...

orang yg tak pernah kenal apa itu tandas agaknya.. hehe dan dia bukan lelaki sejati hehe

Zabs said...

Kak Teh: Di mana-mana pun manusia sudah hilang perasaan segan silu dah...

Akmal: Papan tanda tu patut berbunyi "Kalau tak malu buatlah sesuka kamu".

Neeza: Dah terlepas, tak sempat nak fokus.

Kamato: Kepala dah weng. Semua pun diorang buat.

pB: Kalau dia pemalu, tentu tak buat kan?

Sas: Badan besar tapi otak kecik.

helena: Kalau dia tahu ada orang kencing kat sink tu, dia sanggup basuh muka kat situ tak?

Alan: Nasib tak kena baling batu.

Zino: Takda duit kecik nak masuk tandas kot?