Monday, June 02, 2008

Cuti-Cuti Ke Selatan

Setelah puluhan tahun tidak menaiki bas untuk perjalanan jauh, pada hujung minggu lepas, kami (Puan Zabs, Pija dan saya, mengikuti rombongan (Che Kiah???) ke JB dan Singapura (Pemilik Baru Pulau Batu Putih itu).

Tujuan utama lawatan selama 3 hari 2 malam ini ialah untuk melawat Pulau Sentosa. Kali pertama dan terakhir saya melawat Pulau tersebut ialah pada tahun 1979. Banyak perubahan terdapat di Pulau tersebut (Sebenarnya, saya pun tidak berapa ingat apa yang ada pada lawatan pertama itu. Cuma yang saya ingat, ialah kami ada naik cable car).

Berikut adalah sebahagian gambar yang dapat dimuatturun ke sini untuk menceritakan lawatan tersebut.

Bas bertolak dari Sg. Buluh jam 11 pagi dan tiba JB sekitar jam 6 petang untuk bermalam di sana.

Malamnya sempat membuat lawatan ke Danga Bay dan makan malam di Cafe Rumah Limas.






Pagi hari kedua, jam 6.30 pagi sudah berada di dalam bas untuk bergerak ke Singapura. Bas memasuki Singapura melalui Jambatan kedua. Jambatan ini telah di rasmikan pembukaannya pada tahun 1998.


Tempat pertama berhenti di Singapura ialah di Merlion Parade, untuk bergambar dan bersiar-siar. "Pija cuba meminum air dari panjutan Singa itu".




Tempat kedua, Kampong Gelam menjadi destinasi. Masjid di belakang itu, ialah Masjid Sultan, antara masjid tertua di Singapura, tentunya.






Bergambar kenangan di pintu pagar untuk memasuki Masjid Sultan.






Kenderaan lama yang terdapat di hadapan Taman Warisan Melayu (Istana Kampong Gelam)






Pelukis veteran sedang menyiapkan lukisan di luar bengkelnya.







Menjamu selera di Restoran Sabar Menanti II, Nasi Padang. Selepas solat Zohor, bas bertolak ke Pulau Sentosa.






Gambar kenangan di papan tanda Pulau Sentosa.







Penonton dari pelbagai bangsa, tidak menghiraukan hujan renyai pada petang itu, untuk menyaksikan pertunjukan "Dolphin".





Lompatan pembukaan.









Gambar di "Underwater World".







Acara ini, yang dinanti2kan oleh setiap pengunjung, terpaksa dibatalkan kerana masalah teknikal. Mengikut kata pemandu pelancong kami, "tidak sah datang ke Sentosa, jika tidak menyaksikan pertunjukan itu". Bagi saya kira sah je lah.


Banyak lagi pembangunan yang sedang dilaksanakan di pulau ini. Mungkin dalam setahun dua lagi, perlu membuat lawatan lagi. Bas bertolak balik ke JB pada jam 8.30 malam, dan bermalam di sana.


Ahad jam 10 pagi bas bertolak balik ke KL, tetapi berhenti sebentar di Ayer Hitam untuk membeli sedikit buah tangan. Barangan tembikar tidak lagi menjadi pilihan Puan Zabs.

20 comments:

Neeza Shahril said...

seronoknya pergi S'pore... ingatkan nak gi tengok Pulau Batu Putih.. hehee..
Mrs Zabs dah banyak sangat barangan tembikar.. sebab tu dia tak minat dah.. baik beli buah.. boleh makan.. hehee..

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs
Singapore may be an island but its tourism products are continuously evolving.
By 2010, a theme park will open as part of the Genting International's casino project on Sentosa.
They've got the Singapore Eye.
Their Great Singapore Sale never failed to entice people from here to shop there.
Their Night Safari is a hit among families.
The list is certainly not exhaustive.

Zabs said...

Neeza: Sudah terlambat nak tengok Batu Putih. Putih mata adalah.
Barang tembikar perlukan penjagaan, kalau tidak penuh berabuk. Lebih baik luangkan masa untuk bermain dengan cuc.

Fauziah: They have to do just that, to remain competitive, otherwise, akan tinggal kenangan je kalau takda perubahan, macam some places in Malaysia (eg. Johore Safari, Mima Land, Taman Pertanian Bukik Cerakah). Semua ada, tak puas kalau pergi sekali, nak datang lagi....

acciaccatura said...

salam pak zabs,
aduuhh pak zabs, thanks for bringing back some memories. dulu masa menetap di JB, woodlands tu kira pasti hujung minggu. dua minggu sekali kami ke orchard road. on the way back, apa lagi, murtabak arab street!

wah, pasti seronok bercuti kan?
thanks pak zabs. :)

Zabs said...

Accia: Seronok bila melihat anak gembira. Tapi sakit pinggang yang sudah veteran ni naik bas lama-lama.

NBK466 said...

Patut ler den nampak kelibat Bro Zabs semalam kat S'pore..he..he..he..

Zabs said...

NBK: Salah orang tu, semalam den dah ado kek KL dan dah mulo kojo balik. Bila dah settle kek rumah baru tu borilah address, buleh yo singgah2 kalau ada kesempatan...

KAMATO said...

Dah lama sangat tak melawat negara jiran tu.... oooo dah banyak perubahan rupanya

Mak Su said...

puan zabs supping apa kat ayer itam?

alan zed said...

hurm, bonda kan high taste... hehe... :)

Zawi said...

zabs,
Sekarang teringin pula nak jejak kaki ke sentosa. Pak Zawi akan naik KTM dengan kadar separuh harga sebagai pensioner. Mampu la naik first class kali ni.

Zabs said...

Kamato: Kami ada juga masuk ke Singapura setiap tahun, tapi untuk hadiri majlis kahwin sedara je, tak lebih dari itu. Lagi pun masa muda2 dulu bertugas di Woodlands.
Tapi bila Kolej Puan Zabs ada buat rombongan dengan bas, teringin pula bawa anak bongsu merasa pengalaman itu.

Zabs said...

Mak Su: Beli buah2an je. Di Singapura takda beli apa. RM2.38 satu Dollar Singapore wooo...

Alan: Hehehe... Bagus juga, saaave..

Zabs said...

Zawi: Satu idea yang bagus. Tapi saya ada satu kenangan tidak jadi menaiki KTM, setelah menempah tiket untuk ke sana, terjadi Disember, dua tahun lepas. Tujuan untuk hadiri majlis perkahwinan. Banjir dan jalan keretapi di tutup. Perjalanan di batal dan terpaksa pandu kereta ke sana. KTM refund duit semula. Tapi kalau sekarang, ok. InsyaAllah.

zino said...

zino ke pulau sentosa masa along dengan angah belum sekolah lagi.. dah lama tu hehe

Zabs said...

Zino: Itu dah lebih 15 tahun tu. Kalau pergi lagi semua dah berubah tu. Tak ingat pun apa yang dibuat masa tu. Boleh merancang untuk pergi semula dah tu.....

blackpurple @ jowopinter said...

Alhamdulillah.

Perjalanan yang menarik tuan. :)

MA & Brood said...

Salam Pak Zabs - saya pun baru bercuti-cuti ke Johor dan sempat masuk ke Singapore untuk 4 jam sahaja. Nampak the Malay Heritage Centre tapi tak tergamak nak masuk thinking begitu sekali jadinya perkampungan Melayu di situ. Tinggal tourist attraction saja.

Next time ke Spore nak bawak budak2 ke Sentosa pulak.

MA & Brood said...

Dan, oh - saya juga singgah di Air Itam. Tak beli tembikar, sebab malas nak kumpul habuk. Beli throw pillows kartun untuk anak-anak.

FiSHY@iKe said...

wah, agak seronok dapat bercuti ni sekali sekala, betul tak pak? saye pun insyaAllah akan ke sane atas urusan kerja ayah saye. Saye supirnye jadi saye kene tarik sekali pergi, ;P anyway, its good to read about the place from you first as I might went to the same place later. Good night sir! ;D