Thursday, June 12, 2008

Kuala Perlis: Minyak Subsidi

Beberapa hari lepas saya telah sempat ke Kuala Perlis setelah beberapa lama tidak ke sana, dan meluangkan sedikit masa melawat anak buah yang sedang melakukan kerja-kerja pengukuran di persisiran pantai dan di kuala sungai tersebut.

Terdapat banyak pembangunan di sekitar bandar tersebut, tetapi bangunan seperti ini masih wujud lagi di mana-mana.

Rumah di tepian sungai juga telah bertambah jumlahnya.

Terdapat beberapa bot peronda KDRM, berlabuh di jeti, mungkin kerana cuaca yang kurang sesuai untuk meronda.

Semasa di sana ada bertemu beberapa pemilik bot dan nelayan dan berbual tentang harga minyak yang telah dinaikkan itu.

Minyak subsidi mengikut ceritanya ada membawa kebaikan dan juga sebaliknya kepada nelayan:

1. Nelayan biasanya menggunakan sejumlah diesel setiap bulan untuk ke laut. Jumlah minyak subsidi yang boleh dibeli, jika hanya diguna untuk tujuan menangkap ikan, adalah lebih dari mencukupi. Jadi tidak mustahillah bagi yang mempunyai bakat keusahawanan, akan membuat sedikit keuntungan dari minyak yang mereka boleh beli pada harga yang murah tersebut.

2. Untuk mendapatkan bekalan minyak nelayan perlu beratur untuk mendapatkan nombor untuk subsidi dan seterusnya bertatur untuk mengepam minyak pula. Proses ini mengambl masa beberapa jam. Kadang2 sehingga enam jam. Ini menjadikan masa nelayan banyak terbuang begitu saja.

3. Sebuah bot laut dalam, boleh membeli minyak subsidi sehingga 50,000 liter sebulan. Jika mereka dapat menjual minyak tersebut pada keuntungan RM1 sahaja (diseberang minyak berharga lebih kurang RM4), mereka boleh mendapat sehingga RM50k sebulan. Perlukah mereka ke laut lagi? Mungkinkah ini yang menyebabkan kurangnya tangkapan ikan di sana sekarang? Tetapi cuaca yang buruk juga mungkin salah satu sebabnya.

Itu adalah antara rumusan yang saya dapat dari kunjungan ke Kuala Perlis tersebut. Saya juga diberitahu ada menu sedap yang perlu saya cuba jika ke sana. Malangnya restoren itu ditutup pada hari tersebut. Pernahkah anda makan pulut udang bersama laksa?

11 comments:

13may said...

pulut udang bersama laksa???


wah! bunyinya sangat pelik...

Neeza Shahril said...

50K sebulan, banyak tuuuu.. heheh.. tapi, apa lah sangat 50K tu berbanding dengan 500Million kan.. pendapat aje..

pulut udang makan dengan laksa? sedap ke?

Zabs said...

May: Itu sebab nak cuba tu, apa sedapnya. Tapi takda rezki lagi.

Neeza: 500m kepada seorang billionire mungkin tidak membawa eti, tetapi 50k kepada seorang yang hanya kais pagi makan pagi, itu satu jumlah yang wow.....

ah tok said...

Pulut udang bersama laksa.
Ni dua menu dalam satu ni. Kena cuba...

Zawi said...

zabs,
Perbezaan harga disel yang ketara dengan jiran sebelah boleh mengundang penjualan disel untuk meraut keuntungan segera. Jika mereka kelautpun belum tau mereka akan dapat keuntungan sebanyak itu. Cara sebaiknya ialah naikkan harga disel dan subsidize mereka mengikut jumlah tangkapan.
Laksa Kuala Perlis sedap ooooi.

Neeza Shahril said...

betul tu.. kalau neeza dapat 50K, neez pun wow jugak!! hehee.. lepas la bayar hutang JPA, then boleh guna bayar insurance lagi hehe..

KAMATO said...

puluk udang bersama laksa, 2 menu atau satu menu tu... tak boleh nak bayang

Zabs said...

Ah Tok dan Kamato: Dua dalam satu. Tapi tak sempat nak rasa kerana restorennya tutup hari itu.

Neeza: Hutang perlu dibayar. Jikalau niat kita kuat untuk membayar, InsyaAllah akan di permudahkan.

Zawi: Setuju minyak harus dijual pada harga semasa.
Contoh: Untuk nelayan tradisional mereka boleh membeli sehingga 15 ribu liter sebulan. Pada perkiraan saya, mereka perlu lebih kurang 5 ribu liter saje sebulan,jika keluar menangkap ikan setiap hari. Tetapi ada yang membeli sepenuhnya 15 ribu liter tu setiap bulan. Kemana agaknya yang 10 ribu liter lagi tu mengalir? Fikir2 dan renungkanlah..

CikguZue said...

salam ziarah.

point yg menarik ttg nelayan dan subsidinye.
dua2 pulut panggang dan laksa memang sedap. tapi kalau digaul bercampur...tak tahu la macamana rasanye ye...

zino said...

dalam banyak2 negeri kat malaysia ni perlis tak pernah sampai lagi.. hehe

jaflam said...

Salam Zabs,
Selalu juga dengar nelayan jual minyak, rupanya benar berlaku. Mungkin dua dua salah, nelayan salah kerana jadi penipu dan kerajaan salah kerana tidak megujudkan sistem agihan yang mengawal penipuan. Akibatnya orang yang tidak bersalah terima bahangnya dengan kenaika harga minyak yang melampau.