Monday, June 23, 2008

Menang Cabutan Bertuah?

Beberapa tahun lalu (2003?), saya telah dikejutkan oleh sepucuk surat (dari Sepanyol) yang memberitahu saya telah memenangi satu cabutan bertuah sejumlah wang bernilai jutaan ringgit. Cabutan bertuah itu berdasarkan nombor kad kedit yang saya ada pada masa itu.

(Ini adalah contoh tiket loteri tersebut yang saya dapatkan dari internet. Saya tidak tahu pula apa kena mengenanya kad kredit saya di kaitkan dengan loteri tersebut. Loteri di Malaysia pun, saya tak pernah ambil tahu, inikan pula di Sepanyol).

Pada masa itu cerita tentang penipuan sebegini masih belum banyak diperkatakan lagi. Saya pula pada masa tersebut sedang menguruskan satu projek di Sabah, jadi tidak sempatlah untuk menyiasat dengan lebih lanjut lagi. Dan beranggapan ia boleh dijadikan modal jika benar.

Melalui telefon saya telah diminta untuk memasuki sedikt wang bagi proses menuntut wang hadiah tersebut. Memandangkan wang proses yang diperlukan itu tidak besar, maka saya telah meminta pekerja saya untuk mengirimkannya melalui Western Union di Bank Bumiputra pada masa itu.

Walau bagaimana pun, semasa ingin membuat pengiriman itu, pekerja saya telah di nasihatkan oleh setaf di bank itu, bahawa ini mungkin satu “scam” yang telah pernah berlaku sebelumnya.

Pekerja saya ini, telah menelefon saya di Sabah memberitahu hal tersebut, dan saya akhirnya terjaga dari hayalan untuk memiliki wang jutaan ringgit tu, dan membatalkan niat untuk memasukkan wang yang diminta tersebut.

Orang yang merancang “scam” itu, kemudiannya telah beberapa kali menelefon saya tentang wang itu, tetapi saya tidak melayannya lagi dan ia berakhir begitu saja.

Sekarang “scam” ini masih berlaku tetapi mungkin tidak melalui surat lagi. E-mail dan sms pula digunakan dengan meluasnya. Ia akan terus berlaku selagi manusia masih mempunyai perasaan tamak dan ingin cepat menjadi kaya.

Perasaan tamak akan mudah mengabui fikiran kita, walaupun, sesuatu yang hendak diperolehi itu agak sukar untuk dipercayai, apatah lagi tentang halal haramnya. Walaupun wang yang diminta untuk proses penyerahan “kekayaan” itu mungkin beberapa ribu sahaja, tetapi jika ramai yang terpedaya, mereka akan mengaut keuntungan dari kealpaan "sebentar" kita itu. Astaghfirullahalaziim.

15 comments:

zaitgha said...

Pak Zab,

Lama tak tinggal jejak kat sini...selalu dtg tapi. Today topic nih menarik he he ...sapa tak mau duit juta2 kan? btw, about 2 weeks ago i saw Oprah's program on these scheme...very informative...saya hari2 kena delete email lottery nih he he....

have a good week Pak and salam

zaitgha said...

sorry i wanted to say scam not scheme ....

Neeza Shahril said...

memang best dapat duit berjuta kan.. tapi bila fikir balik, sape lah nak bagi duit berjuta kalau kita tak kerja.. kerajaan pun pow duit kita.. huhuuuuu...

Zabs said...

Zai dan Neeza: masa tu projek tengah jalan, perlu banyak modal pusingan. Ingat "blessing in disguise" lah. Nasib baik yang dikendung tidak berciciran....

jaflam said...

Salam Zabs,
Sekarang ni macam macam scam berlaku, banyak juga yang jual projek yang tidak ujud. Antaranya jual projek "Oil Refinery" - rata mereka jaja projek sama dari Labuan, Melaka, Perak, Kedah dan akhir akhir ini dah sampai Selangor. Mungkin ramai juga yang nak cepat kaya yang terkena.

Akmal said...

Salam Pak Zabs,
Dulu kawan masa sekolah menengah penah hampir-hampir terjebak. Like your case, siap pergi bank, pastu banker tu nasihat dia. Budak sekolah pun tak terlepas. My sister pun pernah call saya tanya pendapat masa dapat scam dari Sweden, rasanya boleh dapat 50000 Kronas. Dan sampai sekarang, paling busuk sehari mesti ada satu Scam lottery itu ini masuk Spam folder Gmail.
Have a good week :)

KAMATO said...

PakZabs, sebabkan duit ramai manusia lupa arah dan tuju, saya pun selalu terima melalui sms benda2 gitu

Zabs said...

DJ: Kalau projek tak wujud satu hal. Yang wujud pula satu hal. Dia ambik deposit dari semua orang lepas tu projek dapat kepada orang lain.
Sejak terlibat dalam biznis, pernah juga termakan pujukan begitu, tetapin anggap ia sebagai pelajaran yng amat baik, walau terpksa dipelajari dengan "fees" yang agak mahal..

Zabs said...

Akmal: Bagi mereka yang mengambil kesempatan ini, target mereka tak kira siapa. Asalkan boleh diambil kesempatan, ia akan tetap dilakukan.

Kamato: Begitulah lumrahnya hidup ini. Kekadang tu dah kena sekali, kali kedua pun, masuk lubang itu lagi.

Zawi said...

zabs,
Alhamdulillah you tak kena. Masih ramai lagi yang tak tahu scam ini, semoga ada yang terbaca post ini dan tahu bahawa ini adalah satu scam.

Sastri said...

hmmm... memang duit boleh mengaburi pandangan... dalam kerja sas ni pun, nak-nak lagi dulu terlibat dalam projek-projek besar, macam-macam gula-gula dicuba oleh pemaju dan juga kontraktor... cuma selalu ingat pesan ayah, biar rezeki sedikit tetapi berkat daripada banyak tapi tak berkat...

nasib baik emel saya bebas dari spam-spam seperti itu... :D

Zabs said...

Zawi: Yang itu tak terkenalah. Tapi ada yang lain lagi yang terkena juga. Tetapi ia tetap pengajaran yang berguna..

Zabs said...

Sas: "cuma selalu ingat pesan ayah, biar rezeki sedikit tetapi berkat daripada banyak tapi tak berkat"

Satu pesanan yang perlu dingati semua...

Tokyo BLUE said...

aunty saya pun pernah dapat scam yang sama. balik umah melompat .. makcik kayo makcik kayo! klakar ble tgk dia hilang arah..

last last nangis sal sume itu hanya scam.. shian dia..hhehe

Zabs said...

Tokyo Blue: Selamat datang. Selaunya gitulah nyesal kemudian. Tak fikir dulu apa sebelum buat keputusan nak kirimkan duit tu. Uncle nasib baik kerana orang bank tu ikkhlas nasihatkan jangan hantar...