Thursday, June 19, 2008

Semangat Waja

Dua hari lepas, semasa menunggu isteri keluar dari tempat kerjanya, saya terpandang tiga orang wanita keluar dari bangunan pejabat isteri saya. Dua wanita sedang memimpin seorang lagi wanita yang kelihatannya tidak sihat dari gaya beliau berjalan. Mereka berjalan perlahan menuju kereta yang di letak berhampiran dengan jalan untuk memasuki pejabat tersebut. Saya membuat andaian tentunya, telah ada pemandu kereta tersebut untuk membawa wanita itu pulang.

Namun andaian saya meleset kerana apabila kereta iu lalu berhampiran, saya dapati hanya wanita itu sendiri yang memandu, berseorangan.

Dari cerita isteri saya, wanita itu masih bekerja walau dalam keadaan sakit begitu. Beliau mengidap penyakit buah pinggang dan perlu menjalani dialysis setiap minggu. Di samping itu beliau juga mengidap kencing manis. Namun semangatnya untuk bekerja masih kuat, walaupun perlu berulang-alik dari rumahnya di Klang ke Sg. Buluh setiap hari.

Oleh itu saya tidak akan bersimpati jika:

Hanya kerana terlewat bangun, sebab lewat tidor kerana menonton Euro '08, anda ponteng kerja dan beli MC.

Hanya kerana sakit pinggang yang telah lama anda biarkan, membuat minat anda untuk bekerja telah hilang.

Hanya kerana kereta anda rosak dan terpaksa menggunakn LRT ke tempat kerja, anda merungut seharian.

Atau atas apa juga alasan remeh yang lain yang ingin anda berikan.

Jika wanita tadi yang telah berusia hampir setengah abad, mempunyai penyakit yang doktor pun sudah putus harapan, boleh memandu setiap hari dalam keadaan menggigil dari Kelang ke Sg. Buluh, untuk menjalankan tanggungjawabnya, tidak ada alasan lain lagi yang lebih teruk yang boleh saya terima. HARAF MAAF.

13 comments:

Sastri said...

hmmm... saya juga pernah melakukan apa yang wanita itu buat... cuma penyakit saya tidak sekronik dia... kadang-kadang bila mengenangkan kerja yang penting untuk disiapkan, saya sanggup tidak ke klinik... dan kadang-kala mengabaikan cuti sakit yang diberi... which actually made my health worsen... jadi sekarang, saya cuba untuk tidak mengkompromikan kesihatan diri semata-mata untuk kerja walaupun agak sukar dilakukan...

Zabs said...

Sas: Jika saya suaminya, saya tidak akan membenarkan dia bekerja lagi. Tetapi mungkin dia/suami ada sebab tertentu yang perlu diperkirakan...

zino said...

kadang tu tiada pilihan.. terpaksa bekerja demi untuk sesuap nasi..

tokasid said...

Salam Pak Zabs:

Hanya satu perkataan pada wanita tersebut: RESPECT.

Memang dia bersemanagt waja dan kental.Dan amanah dalam tanggungjawabnya sebagai pekerja.

Siang tadi saya menempelak seorang anak muda pekerja kilang yang datang mahukan MC kerana menonton Euro 2008!
Saya beritahu dia saya juga berjaga menonton Euro hampir setiap malam tetapi saya masih bole bersubuh dan datang bekerja untuk 9 jam.Dia terkejut kerana saya jarang marah pesakit(yg betul2 sakit) dan dia pulang dgn kekecewaan kerana tak dapat MC.Padan muka dia.

Zabs said...

Zino: Begitulah Zino, susah dan seriknya hidup golongan pertengahan. Tentu golongan bawahan lebih lagi seksanya.
Tetapi ada juga golongan yang nak naikkan gaji mereka 100% lagi, walau sekarang sudah pun cecah enam angka sebulan....

Zabs said...

Doc.: Bagus juga dikejutkan begitu anak2 muda la ni.
Tetapi, mujngkin juga ada klinik2 yang mereka telah pernah, dengan mudah mendapat MC, dan menyangka semua klinik lain puin begitu. Padan muka dia (sekali lagi).

KAMATO said...

Mungkin keadaan memaksa wanita itu untuk terus berkerja, apa pun tabik dengan semangat dia

Akmal said...

Salam Pak Zabs,
Susah nak jumpa orang macam dia sekarang ni. Semua tak nak baiki sikap.

acciaccatura said...

salam pak zabs,
hmm...ye lah pak zabs, kalau bekerja dengan penuh rasa tanggungjawab barulah datang semangat tu. kalau kerana wang semata-mata mungkin tidak.

Zabs said...

Kamato: Terpaksa atau tidak, yang penting jika kita telah digaji untuk bekerja, ia perlu dilakukan dengan sebaik mungkin.

Akmal: Semuanya bergantung kepada "attitude" kita. Orang lain cuma boleh beri nasihat. Tetapi untuk mengubahnya, hanya diri kita yang boleh melakukannya.

Zabs said...

Accia,
Kalau saya percaya kerana tanggung jawab. Kalau lelaki 50% sajua saya percaya.
Sekarangini pula, dengan kenaikan harga semua barang keperluan, ramai orang akan buat berbagai kerja untuk menambah pendapatan, di sinilah tanggung jawab itu akan banyak terabai...

Neeza Shahril said...

samalah.. memang takde alasan kan.. neeza jumpa ramai orang yang berumur tapi masih kuat bekerja. Ada sorang yang neeza kenal, sanggup kayuh basikal walaupun umur dah dekat pencen... tak pernah lambat ke office.. dan buat kerja, laju... kalah orang yang umur 25 tahun..

Zabs said...

Salam Neeza,

Mungkin sebab kita orang2 lama, pernah merasai keperitan hidup, jadi semangat untuk jadi senang tu membara. Orang muda2 sekarang, lahir je dah naik kereta besar, duduk rumah besar. So they take things for granted kot?