Pada permulaan cuti dua minggu itu, kami telah ke London terlebih dahulu untuk melaporkan keadaan kursus kami untuk penggal pertama tersebut, walaupun pihak kolej juga ada membuat laporan terus ke pihak kedutaan.Kami berada di London beberapa hari sahaja sebelum saya dan seorang lagi kawan menaiki keretapi ke Edinburgh untuk tinggal bersama keluarga angkat yang telah diuruskan oleh pihak kolej. Ini bertujuan untuk kami lebih memahami budaya hidup mereka.
Di Edinburgh, kami telah di tunggu oleh bapa angkat kami ini dan dibawa kerumah mereka yang tidak jauh dari bandar tersebut. Mereka tinggal berdua sahaja dengan ditemani oleh seekor anjing kecil mereka. Anak2 mereka telah dewasa dan tidak tinggal bersama. Di rumah itu kami disediakan sebuah bilik seorang, dan amat selasa untuk tinggal lebih lama, walaupun diatur hanya untuk seminggu sahaja.
Bapa angkat kami ini adalah seorang pengusaha wiski rupanya, dan mempunyai beberpa kilang untuk membuat minuman itu. Untuk tidak menghampakan merek,a kami turut mengikuti mereka melawat kilang2 tersebut dan menyaksikan sendiri proses pembuatannya, walaupun ia tidak memberi apa2 pengajaran pun.
Sebagai memenuhi aktiviti semasa tinggal bersama mereka, kami juga di bawa untuk menyaksikan bagaimana cara memancing ikan salmon. Kami tidak pun turun ke sungai untuk mempraktikkannya, cuma melihat dari natas tebing sahaja. Namun kami dapat juga merasakan keenakan ikan ini, yang sehingga sekarang menjadi kesukaan saya pula
.
.
(Gambar Hiasan)
Satu lagi kenangan yang tidak dapat saya lupakan ialah, bagaimana kami diperkenalkan kepada jiran2 dan saudara terdekat mereka. Ibu angkat kami itu telah mengadakan sedikit majlis suai kenal untuk kami berkenal2an. Mereka turut menjemput beberapa jiran yang mempunyai anak perempuan yang hampir sebaya dengan kami untuk tidak membosankan kami. Ini tidak kami ketahui sehingga selepas majlis itu. Kami sebenarnya, lebih banyak berbual dengan emak2 mereka yang juga kelihatan masih cun...hihihi. Keesokannya, bapa angkat itu berkata dengan berseloroh, kenapa kami tidak melayan anak2 gadis tu berbual, sebaliknya melayan emak2 mereka pula. Gadis2 tu dijemput khas untuk menemai kami berbual2 pada malam itu katanya….huahaha.
Sungguh ia satu pengalaman yang menarik terutamanya ia pertama kali kami berinteraksi secara lebih dekat dengan mereka, orang Scotland pula tu, yang mempunyai loghat percakapan yang agak asing bagi kami, tetapi masih boleh memahaminya juga. Selepas seminggu kami bertolak semula ke London dan seterusnya ke Portsmouth untuk melapor ke kapal latihan HMS INTREPID. Pengalaman belayar ke Laut MEDITTERANEAN bersama kapal in akan di kisahkan pada entri yang akan datang. InsyaAllah.
17 comments:
Orang barat mmg sporting bab2 macam ni, dan hospitaliti mereka kadang2 lebih baik dari orang kita.
Oh! bapa angkat, pengusaha whisky... Bagus juga melawat kilang membuat whisky, mmg diikutkan tak memberi apa2 pengajaran pun, tetapi sekurang2nya kita UP sikit dari orang yang tak pernah tahu atau dengar perkataan itu. Saya pernah mengikuti kursus pembuatan wine, ttp taklah sampai nak jadi pengusaha wine, cuma sekadar ingin tahu. hehe
Salmon, tak tahu pulak, salmon pun ada di sungai. Saya ingatkan hanya ada di laut. Tapi ia juga menjadi kegemaran saya, smoked salmon, fuh! Hari2 pekena. Tapi dalam flight lah, kalau nak beli hari2, boleh kopak poket..
Photo sungai tu, benar2 kelihatan menenangkan. Kalau dapat duduk ditebingnya dan dengar deruaan airnya, pasti mengasyikkan. Tambahan dengan cuaca yang tidak terlalu panas. Tapi kalau musim panas, mesti ramai 'toyol' bersidai kat situ kan? hehe
Orang tua dah bagi 'green light' dengan membawa anak2 dara masing2, kenapalah mak mak dara yang jadi pilihan. Hehe. Tenyata, budaya mereka amat jauh dari kita..
Hehehe
Pak Zabs,
Masih setia mengikuti.
salam pak mail....takpe kalau ter'miss'. nantikan kemunculan bukunya nanti...hehe
Riz: Masih belum terdedah dengan segala, kemajuan sosial seperti sekarang pada masa tu. Masih innocent..haha.
Pak Mial: Terima kasih kerana masih membaca...tak jemu ke?...haha.
Riz: Saya tak janji ok...anda penerbitnya!
yeah! editor tengah buat kerja...hehe
Tuan Zabs,
Selama ini saya banyak menulis cerita dari kacamata Lower Deck. Sekarang saya mengikuti dan terus menanti cerita seterusnya dari Bridge pula.
Teruskan cerita realiti kehidupan seorang pegawai - dan kalau boleh jangan lupa menyurat yang tersirat.
Salam Tuan Lading,
Tereima kasih kerana membaca corewta saya ini. Saya harap ia tidak membosan untuk di baca.
Saya berminat juga nak baca cerita tuan itu, tetapi tidak berjumpa laman webnya.
Tuan Zabs,
Usah bahasakan saya 'Tuan' kerana saya cuma seorang rating yang pernah menggunakan kad pengenalan BAT C10 selama 13 tahun.
Walaupun tuan tak kenal saya, dan sebaliknya, tapi satu ketika dulu kita pernah berjalan di jeti yang sama - MBJ. Mungkin saya pernah salute tuan, dan tuan pernah membalas tabik hormat saya. Maka itu sewajarnyalah saya membahasakan tuan 'Tuan'.
akan terus setia mengikuti blog ini ...
Tidak mengapa,
Anda juga boleh menegur saya dengan Pak Zabs je. Semasa dalam tugas itu lain, malah bapa saudara sayajuga pernah "salute" kat saya..hahaha.
pB, silakan, cuma maafkan saya jika ia tidak seperti yang diharapkan.
Ia bukannya "A Doctors in the house" tapi cuma a "A Commander on the Bridge"...hahaha.
semakin menarik cerita ni..
TQ Zino,
Tak pandai nak buatkan jadi menarik. Ceritakan apa yang saya ingat je..hihi.
You described the experience of most Malaysiana/Malayans (the latter in my case)those years, something very benefitial our early introduction to life in UK.
It is interesting.
Terima kaih Tuan (Al-Manar),
Pengalaman tuan tentu lebih menarik kerana merasa bersekolah di sana pada umur yang lebih muda, dan berada di sana lebih lama pula.
Post a Comment