Monday, May 12, 2008

Kesesakan dan Hari Ibu

Sabtu:

i. Pagi seawal jam 7 pagi saya dan isteri menghantar anakanda ke sekolah kerana, anakanda akan mengikuti rombongan untuk kem motivasi bagi pengawas sekolahnya. Bas bertolak pada jam 8.15 pagi. Sebelum berlepas anakanda memberitahu supaya kami datang menjemputnya pada hari Ahad tepat jam 3 petang. Guru memberitahu, sesiapa yang ibu/bapanya lewat datang, akan di kecualikan dari mengikut rombongan akan datang ( saya anggap ia sebagai satu peras ugut (HP pula tidak dibenar bawa bersama)).

ii. Jam 10.45 pagi kami bertolak ke Seremban untuk melawat kakak ipar yang baru sahaja menjalani pembedahan lutut. Pembedahan telah dilakukan pada hari Khamis dengan selamatnya, tetapi beliau masih di hospital untuk "observation".

Dalam perjalanan telah dimaklumkan tentang kesesakan lalu lintas di PLUS menghala ke Seremban, tetapi tidak ambil berat kerana tidak ada perancangan lain pada hari itu.


Sesampai di persimpangan Nilai, kira-kira jam 11.15 pagi, kereta telah berada di belakang kesesakan yang diberitahu itu. Dan bermulalah pengalaman menempuh kesesakan yang paling lama untuk perjalanan KL-Seremban.

Punca kesesakan kerana lori membawa besi kemalangan. Walaupun hanya satu lorong yang tidak boleh diguna, ketidak sabaran pemandu menjadi punca kesesakan. Perebutan untuk mendahului melalui dua lorong yang ada melambatkan pergerakan kereta. Terdapat juga beberapa kereta yang berhenti di tepi jalan, mungkin kerana kepanasan enjin. Kami hanya sampai di hospital itu pada jam 2.45 petang.

Semasa dalam perjalanan pulang ke KL pula, lebih kurang jam 4 petang, masih terdapat sedikit kesesakan di jalan menghala ke Seremban itu.

Ahad:

i. Hari Ibu, isteri dan saya dijemput oleh seorang kawan untuk bersama-sama meraikannya di Hotel Dynasty. Gambar-gambar berikut dapat memberi sedikit petunjuk, suasana semasa makan tengahari itu.














































ii. Jam 3 ptg. telah berada di sekolah anakanda untuk menunggu kepulangannya. sehingga jam 3.30 ptg. Bas tidak muncul. Risau. Dapat sms dari anakanda (guna HP kawan yang secara senyap membawanya) mengatakan bas lewat dan baru berlepas dari resort. Menjangkakan bas akan sampai lebih kurang jam 4.30 ptg, kami balik dahulu. Tetapi ada yang terus menunggu kerana jauh untuk balik ke rumah dan datang semula. Seharusnya pihak sekolah telah mengambil inisiatif untuk membertrahui ibu/bapa tentang kelewatan ini.

19 comments:

ADIEJIN said...

cikgu cikgu hampeh ni malas. Warning budak budak pasal kena jemput pukul 3 sharp tu sebab takut kalau lambat,dia orang pulak kena temankan bebudak yang parents datang lambat. Kalau lewat, dia orang nanti akan miss dating petang Ahad. Padan muka cikgu2 tu, 4.30 belum tentu dapat balik rumah...

Zawi said...

Zabs,
1. Saya takut nak hidup di KL kerana jam dan banjir. Highway pun boleh jam.
2. Mereka silap kerana tidak membenarkan murid-murid membawa HP yang akan membolehkan ibu bapa dihubungi untuk menjemput pulang.

Zabs said...

Adie: Tak boleh nak salahkan Che'gu 100%, pemandu bas yang buat onar, lambat datang. Kita pun dulu, tertunggu juga hari Ahad, nak dating dengan buah hati, tak gitu?

Zawi: Sebenarnya saya tak berapa kisah jam di KL ni, kerana memang sudah gitu hakikatnya. Berapa banyak pun jalan baru dibuat, akan bertambah banyak kereta yang dikeluarkan.
Tetapi lain halnya kalau di lebuh raya yang jam. Ini adalah kerana:
i. Lambat bertindak apabila ada sesuatu kemalangan berlaku.
i. Pemandu Malaysia yang terlalu prihatin, perlahenkan kereta nak tengok apa yang berlaku.
iii. Berebut membuat lorong tambahan dan berasak apabila samapi ke tempat yang sudah sempit kerana lorong ditutup.
iv. Lorong kecemasan diguna walu tidak dalam kecemasan.
Wallahua'lam.

Helena said...

my kids kalau gi outing, it seems cikgu tak marah bawak hp. Tapi wat i noticed was, if timing dah out, mesti cikgu suruh update/sms parents. Sapa xda hp boleh pinjam hp cikgu....

My girls, helena tak kasi bawak hp... sebab camera pun bawak, bila byk sangat bwk helena risau mereka misplace sbb byk sangat brg nak jaga. So pinjamla hp kawan... hehe

Helena said...

referring to your previous entry.... sememangnya tak patut.

Masa my eldest sek rendah, a group of std6 girl told their chinese english teacher yang ada soalan tu, the grammer salah, hence tak ada answer.

Cikgu dia brushed them off and kata "No excuse, you still have to answer"

Nasib baik in the end the girls got soalan bonus (it was decided 2 weeks later), everyone dapat tat one mark immaterial apa jawapan yg diberi....

Zabs said...

Helena: HP sekarang ni bukan luxury dah, tapi lebih kepada necessity. Kalau diorang bawak pun tak akan jejaskan apa2 pun. Mereka tahulah bila nak gunakan.
Seingat saya tak pernah pun ada inisiatif dari guru untuk inform ibu/bapa. Nasiblah ada yang curi2 bawa HP dan dapatlah beritahu ibu/bapa. Yang tidak dapat di beritahu tu, menunggu sampai 1 jam kat sekolah.
Tentang bahasa Inggeris ni, macam2 cerita ad. Cuma kita mintalah Che'gu2 ni gunakan budi bicara sikit,jangan rigid sangat dengan model answers tu.

Mat Salo said...

Mak Oi! Torok boto jem pi Somban. Baguih gak isteri tak balik PD hari tu..

Hai, mi internet kat kapal dah seminggu down. Ni curi line client. Tak leh lama-lama.

Sedih tak dapat bersama isteri, emak dan mak mertua yang disayangi di Hhari Ibu kerana berada jauh di perantauan...

13may said...

salam uncle,
Apa kabar???

lama sungguh tak jenguk sini...busy dgn tugas sekrg nih...

btw, moga uncle sihat dan ceria ceria selalu

:)

Zabs said...

MS: Terima kasih kerana sudi datang walau terpaksa guna line client.
Walau tidak bersama, anda tetap dalam ingatan mereka.
Doa dan ingatan anda pada mereka tetap mereka hargai.

Zabs said...

May: Terima kasih kerana luangkan masa, untuk menjenguk uncle disini. Masa muda kena kuat kerja, dah tua nanti boleh bersenang diri.
Uncle sihat Alhamdulillah, terima kasih kerana doakan. Salam.

KAMATO said...

Salam Pak Zabs, sering terjadi juga kepada saya, janji pukul sekian tapi tak jugak muncul.....

Mak Su said...

betul tu, apa2 pun kena sentiasa inform parents, supaya tak risau.

zabs said...

Kamato: Kekadang tu kelewatan tidak dapat dielakkan oleh kerana sesuatu yang diluar jangkaan. Yang penting orang yang menunggu perlu diberitahu untuk mengelakkan salah sangka atau kerisauan.

Mak Su: Setujulah....

blackpurple @ jowopinter said...

Salam Tuan Zabs.

Saya nak bercerita lain sebenarnya. Tiada kena-mengena dengan topik.

Tadi saya ternampak kelibat lelaki segak seperti tuan di Restoran Kereta, Tmn Danau Kota. Ingin saya tegur tapi takut pula tersalah orang. Tapi rasanya mata kita sempat bertemu sekejap tadi.

:)

Zabs said...

BP: Pejabat saya memang terletak sebaris dengtan Restoran Kereta. Betul, saya makan tengah hari di sana tadi. Anda duduk di mana tadi, mungkin anda masih menutup muka, jadi saya tak persan lah agaknya. Maaf ya.
InsyaAllah, semoga berjumpa lagi.

zino said...

hp sekarang dah jadi satu keperluan terutama masa kecemasan.. kenapa lah tak di bagi bawa.. kalau tak di benarkan guna masa kem tu kolek lah hp tu simpan.. itu pun susah sangat ke..

Zabs said...

Zino; Tulah dia generasi yang kita ada sekarang. Pandai tapi tak berapa nak cerdek.

FiSHY@iKe said...

salam pak zabs, your son reminds me of my own experience, huhuhu, ;P anyway, kat that particular part of the highway memang camtu, saye duduk seremban 3 tahun, and smp sekarang tak brubah2 gak, tak semena2 sure jammed tibe2, :s have a nice day sir!

zabs said...

Fishy@ike: That is my daughter yang bus lambat sampai tu, di tahun 6.
Dulu semasa jalan dilebarkan, lagi teruk jamne. Tapi apabila dah lebar gitu, ikut logik, tak boleh terima lahkan? Tapi ikut hukum alam, apa pun boleh berlakukan?