Thursday, May 08, 2008

"You Is Wrong"

Ait, 10 tahun , balik awal dari sekolah hari itu. Oleh kerana sekolahnya dekat sahaja dengan rumah, beliau berjalan kaki pulang ke rumah, walaupun selaluya dihantar dan diambil setiap hari oleh emaknya.

Emaknya merasa hairan kenapa pula Ait balik lebih awal hari itu, jam baru menunjukkan pukul 11.30 pagi. Mengagakkan ada sesuatu yang tidak kena, emaknya bertanya kepada Ait:

Emak: Kenapa Ait balik awal hari ini?

Ait: Che' gu suruh balik.

Emak: Semua orang balik awal ke?

Ait: Tidak. Ait sorang je.

Emak: Kenapa?

Ait: Sebab Che'gu bercakap bahasa Inggeris tak betul, Ait katalah “ Teacher, you are wrong.” Tapi Che' gu kata “You is wrong, I is right”. Bila Ait kata “ You are wrong” lagi, Che' gu marah dan suruh Ait balik kalau tak mahu belajar dan dengar cakap Che' gu. Ait pun baliklah.

ps: Cerita ini mungkin betul atau sebaliknya. Tetapi agak malang jika anak kita yang mungkin telah diajar serba sedikit menggunakan bahasa Inggeris yang betul di rumah, menjadi keliru apabila di dedahkan kepada penggunaan bahasa Inggeris yang tidak tepat di sekolah.

29 comments:

zino said...

tak kan cikgu teruk sangat kot.. tak layak jadi cikgu gitu.. hehe

KAMATO said...

betul ke cikgu tu.........ajaran sesat yang nyata

Zabs said...

Zino: Saya rasa kanak-kanak berumur 10 tahun tak tahu nak buat-buat cerita begitu. Anda ada anak umur begitukan?

Kamato: Saya pun ragu juga, tapi seperti yang saya katalah anak kecil mana tahu berbohong.

Dan cerita isteri saya ini buat saya berfikir semula.
Semasa menghadiri satu konferens antarabangsa berhubung pendididkan, seorang G*r* B*S*r yang hadir, tidak setuju dengan satu kesimpulan yang dibuat oleh seorang penceramah bahawa kebanyakan anak2 sekarang tidak bermoral dan kasar tingkah laku. Beliau brkata itu tidak benar kerana sebagai contoh, beliau mempunyai anak-anak yang baik dan berbudi bahasa, telah antara lain berkata "my son is soft and not hard".

laily said...

kalaulah cerita nie kisah benar, memanglah cikgu tu tak layak jadi cikgu. kadang-kadang cikgu perlu belajar dari murid tak boleh angkuh sangat.

jaflam said...

Salam Zabs,
Saya lama juga bergiat dalam PIBG, kadang kadang tegok perangai sebilangan kecil guru macam tak percaya.

Ada beberapa kali terpaksa pergi bersemuka dengan guru kerana tindakan mereka yang merosakkan minat anak untuk belajar.

ADIEJIN said...

bodoh punya cikgu. patut hukum sula jer...

tokasid said...

Salam Pak zabs:

Saya sebenarnya tidak hairan perkara begini berlaku.kementerian Pendidikan boleh menafikannya tetapi realiti Kehidupan nya ialah memang ada guru-guru yang di bawah paras kompeten dalam penggunaan bahasa Inggeris.

dan memang ramai guru-guru yang begini TIDAK boleh menerima kesalahan yg mereka lakukan.

Saya masih ingat ketika hafiz di darjah 3, beliau perlu menghadiri Kelas Agama di sebelah petang yg di kendalikan oleh Jabatan Agama Islam Melaka.

ketika peperiksaan salah satu soalan ialah: Kaki manakah yg kita gunakan dahulu ketika masuk ke tandas?

seperti yang kita semua maklum hafiz menjawab : kaki kiri.

Apa yg terjadi? Selepas 2 minggu keputusan di berikan dan guru ini menyatakan jawapan Hafiz salah.kata guru kalau nak masuk tandas masuk kaki kanan dulu. katanya apa-apa yg kita nak buat kita mulakan dgn kanan.

hafiz jadi keliru jugak masa tu. Saya katakan pd Hafiz: Cikgu tu salah.saya tunjukan hadith kpd Hafiz tapi mak mertua tak puas hati dgn guru.Tindakan guru telah mengagalkan cucunya mendapat 100 utk paper tersebut.

Mak mertua pergi berjumpa guru tersebut dan memberitahu kesilapan beliau.Jawapan beliau pada mak mertua saya: Hadith2 semua tu saya tak tahu.Yang saya tahu kalau nak buat apa pun mesti mula dgn kanan!

Bayangkan!Org yg di ambil utk mengajar kelas agama fardhu 'ain anak2 tidak tahu apa yg betul apa yg tidak.

patutlah pegangan agama remaja2 kita mudah goyah.

ps_: Ait is right teacher is wrong.

Zabs said...

Laily: Yang tidak tepat nama anak itu dan dia balik awal. Tentang Che'gu betul. Satu lagi cerita, dia sebut "angered", = anjered. Bila Ait kata tak betul, dia masih kata anjered, dan semua budak2 lain pula kata Ait yang salah. Itu membuat Ait lagi "angered".

acciaccatura said...

salam pak zabs,
macam saya pernah lalui pengalaman sebegini dengan anak saya dan cikgunya. sampai saya dinasihati oleh anak supaya menuruti saja cikgu agar tidak mengeruhkan keadaan. begitu sekali pengaruh seorang guru, tapi kalau dah tersalah ajar...???

Rick said...

I've been studying english very well until the same thing happened when this teacher came. So,the teacher was always against me,also the other students. When the word gazelle came into a question in a book,i wrote gazelle but the teacher said gezelle.So,i said "teacher,the right spelling is gAzelle". That was when the teacher got mad and the other students laughed at me. That's the story. Thank You.

p/s - My name is Azharique Shah.I am 10 years old, and i think this "Ait" sounds really familiar..hehe.
And yes, these things do happen in schools. Thank you Uncle for writing about this.

Kak Lady said...

Salam zabs...

Larrr..ni mcm kes anak sya lah...cikgu dia beritau...mouse tikus besar ...mice tikus kecik...cikgu BI plak tu...hehehe...kesian kat anak2 tu...keliru jadinya..

Zabs said...

DJ: Beginilah agaknya hasil yang kita dapat jika mereka bekerja hanya kerana gaji. Tidak ada komitmen.
Ada pula menjadi kerjaya guru sebagai "last choice" selepas tidak mendapat pekerjaan lain. Mungkin juga ada yang jadikannya sebagai "stepping stone". Wallahua'lam.

Zabs said...

Adiejin: Tak boleh nak hukum sula, pokok buluh dah takda kot? Nak kena impot dari Cina pulak nanti...

Zabs said...

Doc.: Susah nak tegurlah, kalau dah dah gitu pemahamannya. Agaknya nak basuh pungkok dia pun dia guna tangan kanan pulalah kot (ma'af)?

Zabs said...

Accia: Begitulah kebiasaannya. Kalau guru suruh buat apa pun, semua murid akan terus buat. Tetapi bila ibu/bapa menyuruh sesuatu, ada soalan balas..

Kak Ldy: Kalau ada banyak tikus besar = mouses dan banyak tikus kecil = mices lah kot?

Zabs said...

Rick: Thank you for your story. I am glad that at your age, your English is quite good. Your parents have taught you well. Don't worry about the teacher. The truth will always prevail.

Azharique Shah??? Macam pernah dengar nama ni, tapi di mana ye?

Keep well Rick.

sheemi said...

Salam Ayah..

we showed Azharique @ Ayiq @ Rick your entry last night. he was impressed and actually asked us who did this page for you. when we told him Ayah Zed manages his 'Realiti Kehidupan' blog all by himself, as in write entries, upload pic etc etc, lil' wonderboy's eyes shone like the stars.
Then we asked him if he would like to comment anything. He told us not to peek and immediately started typing away. We are proud to say that his comment is 100% original :)

On that note, we fear we might have created a 10-year-old blogger..hahaha.. Uncle Jack is very supportive though. So Uncle Jack, ahem ahem.. time to buy another pc/laptop ;p

love from Hafidz & Sheemi

Akmal said...

Pak Zabs,
Huh? Boleh tahan jugak cikgu tu. Ni dipanggil kes ego tinggi tak ingat ni. Hmmm...
Susah kalau dah ego kontrol badan nih.

Zabs said...

Sheemi: Rick have the potential to be a good blogger. Starting from young would be a good advantage for him.
Sekarang semua politician dah ada blog sendiri. Dr. M pun ikut sama. Lainlah kalau PM tu tak tahu IT.

Zabs said...

Akmal: Tu yang dipanggil bodoh sombong kot? Bodoh tak boleh diajar cerdek tak boleh diikut.

U.Lee said...

Hi Zabs, I sure had a laugh reading your this posting.
Gosh, with a chegu like that, English future looks bleak, ha ha.
I still remember a contractor once answered me when I asked him something. "Boss, I not be knowing la".
Ha ha. Love that!
Have a beautiful Sunday, Zabs. Lee.

The Ancient Mariner said...

Surely you must have heard of a cabinet minister who said, "Thank you for your hospital" instead of 'hospitality'?

This is the standard of English in the country now.

Faiz said...

http://kedaionline-hanz.blogspot.com/

Zabs said...

Lee: I hope that was only a small isolated case. That is was I would like to think. But the reality could be worst.
Regarding your contractor, may be he was using the ancient English spoken during the Shakespear's era. Hehe... You take care Lee.

Zabs said...

Capt: Yes, I remember and the many more things that he says that would make Ait saya " Minister Sir, you are wrong".

Fauziah Ismail said...

Salam Zabs
I pointed out a mistake in my nephew's English workbook, only to be told by Danial "tapi cikgu kata betul."
At eight years old, he does not know what is right or wrong. He depends on the elders to teach him. If they teach him wrongly, he'll learn all the wrong things.

Zabs said...

Fauziah: How true. Tapi kalau mereka pula sudah di "brainwashed" bahawa semua yang Che'gu cakap adalah betul, Mak saudara yang pakar bahasa, beritahu yang betul pun dia tak boleh terima..

zaitgha said...

Pak Zab,

" i, 2 brothers, a sister, have, and" . The question was to make a complete sentence and this was lower primary english test. My boy came up with " I have a sister and 2 brothers, and his answer was marked wrong because the teacher's had I have 2 brothers and a sister as a correct answer....lagu mana budak2 sekarang tak confuse...

Zabs said...

Zai: Diorang buat belajar bahasa Inggeris macam matematik, 1+1 = 2.
Ini serupa macam emak ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Slurus emaknya berjalanlah jadinya.