Tuesday, May 06, 2008

Muda Akan Tua Juga

TG Dato' Nik Aziz dalam sebuah bukunya, menulis, "Jika masa remaja tidak digunakan menurut selayaknya, pastilah akan meninggalkan kenangan pahit di masa tua."
Masa muda adalah masa yang paling berharga kerana pada masa itu, kita mempunyai kecerdasan fikiran dan mental. Pergerakan jasmani yang kuat untuk bekerja dan kecerdasan fikiran untuk menuntut ilmu yang pelbagai. Tetapi masa muda tidak bertahan lama, kerana usia akan menjangkau dewasa dan akhirnya masa tua akan tiba juga.

Semasa muda boleh bermain skuash empat lima set, bila dah tua guna reket skuash untuk halau lalat saja. Masa muda boleh bermain bola sepak "full time", bila dah tua tengok bola di tv pun sampai terlena. Dulu naik tangga tiga anak mata sekali langkah, bila dah tua untuk ke tingkat satu pun nak guna lif.

Semasa muda malas nak ke surau, bila dah tua segan nak pergi sebab duduk pun dah tak boleh nak betul (walau pun semasa muda pernah berkata, bila dah pencen akan sentiasa duduk beramal di surau).

Namun demikian, sebenarnya manusia ini semula jadinya, dalam diri mereka telah sedia ada unsur-unsur kebaikan atau sebaliknya. Jika kita mahu, kita berupaya menunjulkan kebaikan itu dan begitulah juga sebaiknya. Walaupun pada mulanya, mungkin terpaksa, tetapi apabila ia telah menjadi kebiasaan maka akan mudahlah perbuatan itu dilaksanakan, walau yang baik atau sebaliknya.

Oleh itu jika dari usia muda, telah terlatih dengan segala amal perbuatan yang baik, InsyaAllah akan berterusanlah hingga ke tua dan begitulah sebaliknya. Namun demikian manusia sentiasa boleh berubah. Semoga perubahan itu dapat membawa kebaikan kepada diri sendiri dan juga kepada orang lain.

(Hadis Riwayat Ibnu Majah: Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:" Bermula sesuatu yang baik (khair) ibarat peti besi (khazanah) dan bagi setiap peti besi ada anak kuncinya, maka berbahagialah bagi orang yang Allah jadikan dia sebagai anak kunci kebajikan dan penyelak (penghalang) kepada kejahatan. Sebaliknya, celaka (neraka) bagi seseorang yang menjadi kunci kejahatan dan penyelak (penghalang) kepada kebaikan").

Wallahua'lam.

10 comments:

zino said...

satu peringatan utk yg semakin tua ni.. hehe

aNIe said...

Salam...

Bila usia meningkat...sedikit demi sedikit nikmat yang diberi ALLAH akan ditarik semula...oleh itu kita kenelah beringat sebelum nikmat terakhir diambil dari kita...

Terima kasih Zabs kerana mengingatkan...

NBK466 said...

Benda nie bukan kita semua tak tahu..cuma selalunya BUAT2 TAK INGAT... Tuh yg siap ada lagu 'kejar 5 sebelum dtgnya 5' tuh..

tokasid said...

Salam Pak Zabs:

Usia remaja/muda adalah usia di mana seseorang banyak menempuh pelbagai dugaan dan ujian terutama ujian nikmat dunia. Islam tidak pernah melarang kita mengecapi nikmat dunia tetapi dalam pada itu Islam memberi kita garis panduan agar kita dapat mengimbangi kehidupan ini.

Namun apa yg sering kita lihat gaya hedonistik sering kali berjaya menjatuhkan iman kebanyakan remaja kita( yang tua-tua seperti saya pun ramai kantoi) kerana benteng iman kita yang goyah.

Sering kita lihat di dada akhbar dan majalah kes-kes keruntuhan akhlak anak-anak Muslim. kenapa ini berlaku?

jawabannya kerana kita sebagai ibu bapa dan masyarakat memandang enteng akan penting nya kehidupan berugama.kita mengaku keislaman kita tetapi kita juga tahu keislaman kita cuma di bibir saja dan penyedap hati kita sendiri.kita menipu diri kita sendiri. Syaitan berjaya mempengaruhi kita agar menyedapkan hati dengan bisikan: Tak apa! nanti bila dah tua boleh bertaubat.Bila tua boleh beribadat.

Saya teringat(tapi tak ingat secara detail) ada hadith sohehah yang membawa maksud: ALLAH amat cintakan pemuda yang beriman dan sentiasa ke masjid dan ALLAH paling murka kepada orang tua yang bermaksiat.

Bayangkan betapa ALLAH memandang tinggi kepada pemuda/pemudi yang tinggi tahap keimanan dan bagus amalan ibadat mereka kerana mereka dapat mengatasi godaan nikmat dunia.

Muda akan tua jua....tapi saya harap,orang-orang muda juga mesti beringat ada juga orang muda yang tidak sempat tua. dalam usia muda remaja ALLAH boleh mencabut nyawa mereka dengan mudah.

jadi kita beringatlah selalu.jangan kita fikir bila tua nanti baru nak bertaubat. takut belum tua dan di panggil pulang.

terima kasih pak zabs atas peringatan ini.

Azlan Zed said...

semoga hari ini lebih baik dari semalam... insya'allah... :)

jaflam said...

Salam Zabs,
Nampaknya masa tua ni lah kena lebih beramal, bertaqwa dan berkorban kerana muda dulu haru biru sikit perjalanan hidup dirantau.

ZABS said...

Zino: Peringatan untuk yang lupa, telupa atau sengaja melupakan.

Kak Lady: Syukur walaupun sementara merasa nikmatNya. Ada juga yang muda lagi sudah berakhir nikmat itu.

NBK: Jangan buat-buat lupa sudah....

ZABS said...

Doc.: Terima ksih atas komen dan ulasan tuan yang sungguh bernas itu. Setuju bukan semua akan merasa tua kerana ajal maut itu tidak mengenal usia.
Beruntung lah yang panjang umurnya dalam kebaikan dan amat rugi mereka yang walau panjang usianya tetapi tidak dimanfaat untuk beramal soleh.
Walaupun ada yang tidak sampai ke hari tua, tetapi jika beramal makruf dan nahi mungkar cukup sempurna ,InsyAllah, bahagia di akhirat.
Wallahua'lam.

ZABS said...

Alan: Jika itu menjadi pegangan InsyaAllah berkat hidup, semoga mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat. Amiin.

ZABS said...

DJ: Secara teorinya begitulah. Berbahgialah orang yang dapat lebih beramal, bertaqwa dan berkorban semasa tuanya untuk memperbaiki kesilapan di masa muda.
Tetapi hakikatnya, apabila sudah tua banyak halangan yang mungkin membantutkan usaha itu. Seperti: Keuzuran yang selalu mendatang.
Kesibukan yang selalu bertandang.
Kebiasaan yang tidak dibiasakan dari muda, sukar untuk dibiasakan.
Halangan yang didatangkan sendiri.
Wallahua'lam.