Friday, May 23, 2008

Pentingnya Ilmu..

Seorang YB dari Negeri di Bawah Bayu, apabila menjawab soalan seorang pengacara, apa perlu dibuat oleh kerajaan untuk dapat mengatasi kemiskinan di Sabah, berkata:

"Kemiskinan tidak mungkin terhapus hanya dengan memberi rumah dan bantuan dari masa ke masa kepada golongan miskin. Jika satu keluarga miskin mempunyai lima orang anak, kemungkinan seorang saja yang mampu dihantar bersekolah, sementara yang empat lagi tidak bersekolah dan akan terus mewarisi kemiskinan ibu/bapa mereka. Jumlah yang miskin akan berlipat kali ganda berbanding dengan hanya satu yang mungkin akan dapat memperbaiki hidupnya".

"Jika semua rakyat mendapat peluang belajar secukupnya, baru kemiskinan akan dapat diatasi, kerana hanya dengan ilmu pengetahuan sahaja baru seseorang itu dapat mengubah nasib mereka".

(SS Mufti Negeri Perlis juga ada berkata bahawa kutipan Zakat setiap tahun di seluruh negara adalah lebih kurang RM800 juta. Jika setiap asnaf diperuntukkan RM100 juta setahun, tentu masalah kemiskinan umat Islam di Malaysia, akan dapat diatasi, InsyaAllah, tanpa perlu "BERSAMAMU" bersusah payah "mempopularkan" orang yang di dalam kususahan itu.)

Kepentingan ilmu juga amat dititik beratkan oleh Imam Besar al-Ghazali. Di dalam bukunya yang terulung, Ihya Ulumiddin (saya baru berjinak2 untuk membacanya), beliau telah membicarakan tentang kepentingan ilmu ini dengan panjang lebar pada bab permulaan buku tulisannya itu.

Professor Dr. Yusof al-Qardhawi di dalam buku Fiqh Keutamaan pula menulis bahwa ilmu mesti berdiri di hadapan perbuatan kerana ialah yang menjadi penunjuk dan pembimbing segala amalan.

Kerana keutamaan ilmu juga, Imam al-Bukhari telah mletakkan satu tajuk di dalam kitabnya yang bermaksud, "Bab: Ilmu Sebelum Perkataan dan Perbuatan".

Hadis Nabi s.a.w yang bermaksud: " Tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri Cina". Juga membawa maksud betapa pentingnya ilmu itu dicari di dalam kehidupan ini.

Ilmu perlu dituntut, dicari, dibaca. Ia tidak datang di dalam mimpi. Tetapi orang yang berilmu akan sentiasa dicari kerana ilmunya. Wallahua'lam.

18 comments:

alan zed said...

everyday is a learning process... ;)

Fauziah Ismail said...

Salam Pak Zabs
The learning process does not stop when you leave school, college or university. It continues until your dying breath.
Have you ever heard of university of life? Here, no one graduates as they don't stop learning.

Zabs said...

Alan: Very true.

Fauziah: Yes, and I called it the University of Hard Knock.

tokasid said...

Salam Pak Zabs:

Agi idup agi belajar.

Saya perhatikan kebanyakkan kita(majoriti) akan berhenti belajar bila tamat persekolahan.Ada yang terus bekerja tanpa mahu menyambung elajaran kerana sudah merasa sedikit kemewahan(berduit sendiri) yang memang mencukupi buat masa tersebut tetapi akan menhgadai masaalah bila sudah mula berkeluarga dan bila barangan keperluan semakin meningkat.

Ada yang lebih bijak.Sambil nekerja,mereka terus belajar secara formal sebagai part-time.mereka mengambil pelbagai kursus yang akhirnya memudahkan mereka maju dalam kerjaya.

Ada juga yg berfikir, tentang ilmu agama ni nanti bila sudah tua baru aku belajar.Baru aku attend kuliah maghrib atau kuliah subuh di masjid atau surau.mereka lupa jika sekarang tidak menjinakkan diri dgn masjid nanti bila dah berumur penyakit pula dtg akan lebih sukar dan liat utk ke masjid/surau.

Hanya dgn ilmu kita akan bisa membebaskan diri di belunggu kejahilan.Ramai yg beramal tetapi tanpa ilmu,cuma mengikut saja.tak tahu apa yg di buat betul atau tidak. Umpama nak buat pertahu tapi gunakan corragated box...jadi sia-sia.

Hadith menuntut ilmu sehingga ke negeri Cina adalah adalah hadith palsu.tetapi maksudnya utk memotivasi adalah amat baik dan wajar.

Wallahu'alam.

Zabs said...

Doc: Terima kasih atas komen tuan. Tentang hadith tersebut, ada disebut di dalam Ihya' Ulumiddin, dirawikan Ibnu Uda dari Al-Baihaqi dan Anas, yang bermaksud "Tuntutlah ilmu walau ke negeri Cina sekalipun". Tentang palsu atau tidak, tiada pula dinyatakan. Wallahua'lam.

zino said...

zabs..
setuju sangat dengan pandangan.. apa saja yg kita buat perlukan ilmu..

tokasid said...

Pak Zabs:

Memang ada di tulis dalam 'Ihya tetapi ia klasifikasikan sebagai palsu oleh ramai pakar hadith alah ulama2 hadith yg lain membuang nya.
Ihya terdapat banyak hadith palsu dan dhaif, tetapi 'Ihya adalah satu kitab yg amat bagus.Di Timur tengah 'Ihya di cetak bersama sebuah kitab yang membincangkan 'ihya dan menghilightkan yg mana hadith sohih yg mana dhaif dan mana palsu.Malangnya di Nusantara ia tidak dilakukan begitu.

Nanti saya akan berikan keterangan mengapa ianya palsu( nak kena cari kat mana saya simpan kitab tersebut)

Zabs said...

Doc.: Terima kasih kerana menerangkan hakikat itu. Tetapi seperti komen tuan terdahulu, ia bermaksud baik, untuk memotivasi kita dan tentunya amat baik dan wajar.

Neeza Shahril said...

segala yang baru adalah ilmu kan.. cuma, janganlah dapatkan ilmu yang menyongsang aje lah kot.. hehee..

Akmal said...

Salaam Pak Zabs,
Nak buat apa-apa pun kena ada ilmu. Tapi ada ilmu aje tak cukup. Sebab tu kena ada skali amalan. Pepatah arab yang cukup famous; al'ilmu bila amal ka-assyajar bilassamar.

KAMATO said...

Pak Zabs, setuju sangat...kita dituntut terus belajar dan belajar selagi mampu

jaflam said...

Salam Zabs,
Saya pernah mempersoalkan kenapa ayah tidak meninggalkan harta yang banyak kepada kami sebelum beliau pergi. Sebaliknya harta yang ia tinggalkan untuk kami adalah pelajaran untuk meneruskan hidup.

Selepas beliau pergi baru saya sedar jika hartanya yang banyak itu ditinggalkan untuk kami seramai 12 orang, pasti kami akan bercakaran berebut harta. Maka runtuhlah siraturrahim antara kami.

Namun saya harap dapat meniggalkan pelajaran,iman dan harta pada anak anak saya supaya mempunyai bekal yang cukup untuk terus hidup, berbakti dan bershukur kepada Allah.

Zabs said...

Neeza: Ilmu yang baik ialah ilmu yang diamalkan, dan boleh memberi kebaikan dunia atau akhirat, dan kebaikan untuk akhirat itu perlu lebih diutamakan.

Zabs said...

Akmal: Terima kasih. Ilmu tanpa amal samalah seperti orang yang tidak tahu apa yang dia tahu.

Zabs said...

Kamato: Cuma yang malangnya ramai dari kalangan orang2 muda kita cepat selesa dengan apa yang mereka tahu dan berhenti belajar sebelum tiba masanya untuk berhenti, iaitu apabila sudah masuk ke liang lahat.

Zabs said...

DJ: Sebenarnya saya tidak pernah merasa perlu ditinggalkan apa-apa harta oleh arwah bapa kerana tahu kesempitan hidup yang dia tanggung untuk membesar dan memberi pelajaran kepada kami semua.
Cuma merasa agak sedih kerana tidak dapat membalas jasanya dengan lebih sempurna, kerana telah awal-awal meninggalkan kami, semasa kami baru mula bekerja.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruhnya, dan diampunkan segala dosa-dosanya. Amiin ya Robbil Alamin.

mazmi said...

sesungguhnya menuntut ilmu itu tiada penghujungnya....

Taj said...

Salam Pak Zabs,

Satu pendomen yang berguna. Saya teringat satu pesanan dari kitab lama mengenai ilmu dan harta:-


1. Harta tidak boleh dibawa mati, tapi ilmu boleh menolong kita dila dibawa kemati.
2. Harta boleh dicuri orang dan rosak binasa manakala ilmu tidak.
3. Harta apabila dibelanjakan jadi kurang manakala ilmu bila diajar akan bertambah ia.
4. Harta itu waris Qarun dan ilmu waris Nabi.

Din