Friday, May 16, 2008

Rumah Oh Rumah....

Mempunyai rumah yang besar, cantik dan di lokasi yang menarik mungkin menjadi idaman ramai orang. Bahkan ia tidak menjadi masalah di ibu kota ini, jika kita mempunyai wang yang cukup. Terdapat banyak pilihan untuk memuaskan cita rasa sesiapa saja.

Walaubagaimana pun saya tidak berniat untuk memberi tip bagaimana hendak membuat pilihan untuk rumah idaman anda itu. Ia terpulang kepada kemampuan individu itu sendiri. Tepuk dada dan tanyalah "akaun anda" di bank.

Apa yang ingin saya ceritakan, ialah tentang beberapa kesilapan, berhubung keputusan membeli dan tidak membeli rumah, yang telah saya buat pada masa lalu, yang mungkin boleh dijadikan pengajaran.


a. Kerana Belum Bersedia...


Pada pertengahan tahun '70an, seorang bapa saudara, yang telah mempunyai beberapa rumah di sekitar KL, menasihatkan saya untuk membeli sebuah rumah, di satu projek perumahan di pingiran KL. Rumah teres setingkat itu berharga sekitar RM35k, pada ketika itu, dan saya hanya perlu mengadakan deposit RM3.5k, dan selebihnya akan diuruskan oleh beliau. Ia termasuk menyewakannya jika saya tidak tinggal di rumah itu, kerana ketika itu saya bertugas di JB. Saya hanya perlu membayar bulanan sebanyak RM300 selama 10 tahun.

Keputusan saya pada masa itu ialah belum bersedia untuk membeli rumah. Merasa masih muda, dan belum ada perancangan untuk memiliki apa2 hartanah lagi. Walaupun dinasihat dengan segala logik, saya tetap tidak membeli rumah itu.

(Sepuluh tahun kemudian, saya telah ditugaskan di KL dan menyewa rumah RM600/sebulan. Rumah dahulu yang saya tidak berminat hanya beberapa km sahaja dari rumah sewaan saya. Sewa untuk rumah itu ialah RM500/bulan. Harga semasa rumah itu juga telah mencapai RM75k.)

b. Terburu-buru...

Pada pertengahan tahun '80an pula, setelah berkhidmat selama 2 tahun di NZ, saya telah ditugaskan di Lumut, dan mendapat tahu bahawa Lumut dan kawasan persekitarannya akan menjadi penempatan saya sehingga bersara dari TLDM.

Ini membuat saya merancang untuk membeli rumah di sana. Keputusan dibuat dengan cepat (terburu-buru) tanpa mendapat maklumbalas dari isteri (bertugas di Melaka ketika itu) yang hanya diberitahu setelah pinjaman dibuat. Walaupun mendapat sedikit bangkangan tetapi tujuan asal diteruskan.

(Walaupun rumah itu telah siap dibina, kami tidak pernah mendudukinya kerana isteri tidak dapat berpindah ke Lumut. Satelah dua tahun di Lumut saya sekali lagi ditukar ke KL ( kami akhirnya membeli sebuah rumah di KL). Rumah di Lumut itu disewakan pada harga yang sungguh murah kerana tiada "demand" dan akhirnya dijual pada harga dibawah pasaran.)

c. Inginkan yang lebih baik...

Pada 2004, selepas bersara pilihan dari TLDM, dan inginkan kediaman yang lebih baik, saya dan dua rakan kongsi telah membeli lot tanah untuk dibuat rumah yang lebih selesa. Rumah itu kini telah pun siap untuk di diami.

(Tetapi....kedudukan rumah itu agak jauh di pinggiran Shah Alam dan ahli keluarga mengundi untuk tidak tinggal ke sana. Anak-anak yang telah berkahwin pula, lebih berminat membeli rumah sendiri di persekitaran kawasan yang kami tinggal sekarang. Yang lebih penting lagi, hutang yang perlu ditanggung pada usia yang telah senja ini, perlu cepat diselesaikan.) (Jadi...rumah itu kini sedia untuk dijual. Ada yang berminat?).

21 comments:

Kak Lady said...

Salam Zabs....

Rumah sebuah ke tu? Di pinggiran Shah Alam tu dimana?

Zabs said...

Kak Lady,
Kota Kemuning di Seksyen 30, Shah Alam. Rumah sebuah, keluasan tanah l/k 4000 kps. Ada 6+1 bilik. Salam.

suria said...

Bloghopping and found your interesting blog.We looking for a house to buy at the moment.What is the selling price of the bangalow?

Kak Lady said...

Salam zabs...Besar tu...cuma rasanya Kota Kemuning tu atas sikit dari Shah Alam kot...tu yang susah sikit tu...anak2 kata jauh...hehehe

Bolah email saya...untuk harga cadangan kalau nak dijual?

ladyjeanz@yahoo.com

Terima kasih

Zabs said...

Suria: Terima kasih kerana sudi singgah di sini. Tolong beri email anda unuk saya beri detail yang diperlukan,. TQ.

Zabs said...

Kak Lady: Please check your email. TQ.

suria said...

Please e mail at adik132@hotmail.com

Kerp (Ph.D) said...

salam pak Zabs,

kisah yang ketiga tu jadi perhatian. sebelum saya sekeluarga pindah ke rumah kami sekarang di kelana jaya, kami pernah beli sebuah tanah lot yang juga terletak dipinggir shah alam. mula dulu dapat tips dari seseorang yang mengatakan kawasan tersebut akan jadi kawasan upmarket. alhamdulillah sebelum sempat pecah tanah kami perasan kawasan tu tak sebaik kami sangka: dikelilingi reban, kandang kambing dan kubur. yang paling bersyukur time jual balik tanah tersebut dapat profit sikit, jadi tak rugi la.

alan zed said...

lesson learned... i guess... :)

Zabs said...

Suria: Please chc yor email.

Kerp: Yang baiknya di Lembah Klang ni, harga hartanah masih menaikkan...

Alan: Semoga anaknda belajar juga...

cakapaje said...

Salam Pak Zabs,

Pinggiran Shah Alam ada 3 projek ang mungkin menempatkan rumah Pak Zabs. Memandang kepada rekabentuk rumah itu saya rasa saya tahu di mana. Saya minat kawasan itu kerana ianya baru dan tidak sibuk. Tapi ye lah, dah tanya Encik Akaun Bank, dan dia tidak mengizinkan :)

Kini ura ura nak buat rumah di kawasan Jalan Kebun. Namun, jauh sangat dari civilisation! Aduh!

Zabs said...

Shah: Kota Kemuning tu, tidak berapa jauh dari Jalan Kebun kan? Beberapa km je kot? Bolehlah tu, nak pergi Klang pun dekat.

jaflam said...

Salam Zabs,
Interesting sharing and very true buying property needs detail analysis.

I am a bit lucky despite abandoning my first intention of buying a house in Subang Jaya (down payment forfeited) and choose Bangi instead. Bangi was then rather backward, but luck was with me with Putrajaya Development my house has appreciated more then 5 times now. I also bought a property at Bandar Bukit Tinggi, Klang based on an advice from a Chinese friend. Luckily the appreciation was quite well.

But then I was not lucky with a piece of land at Bukit Enggang, Ulu Langat, it supposed to be lower end Country Heights but till now no sign of major development and price remains the same.

Zabs said...

Waalaikummussalam DJ,
To tell you the truth, there was not much of an analysis done on any of that "blunders". However we are a bit lucky with the house that we are staying now (harga dah naik double).
and recently my wife bought a lower end condo. The first phase selling from RM180k. It was a sell out and the second phase now started from RM260k. Well, you lose some and gain some. Take care Dato' and have a good weekend.

ADIEJIN said...

Pak Zabs..jangan lah jual..sayanglah. tunggu 4 5 tahun lagi..kasi sewa dulu

Zabs said...

Adie: Sayang tu memang sayang, tapi lebih sayang kalau tak lena tidur kerana ingatkan hutang.

zino said...

tak berani nak tanya harga.. memang tak mampu nak beli hehe

Zabs said...

Zino: Saya seharusnya berfikir begitu sebelum buat keputusan 3 tahun lalu. Hehehe...

nor said...

Salam ..Zabs

Whats the exact location of yr rumah di pinggiran Shah Alam..

if u dont mind... Bape harge?

aiyied said...

Do email me at aiyied_selumber@live.com the address n price.tqvm

aiyied said...

Kalau ade gmbar ruang dalam rumah..lg terbaik