Sunday, March 08, 2009

PPSMI

Saya anak kampong, ibu bapa pun tak tahu berbahasa Inggeris. Pada masa itu terdapat dua aliran sekolah. Sekolah Melayu dan sekolah Inggeris. Boleh pilih. Saya memulakan pembelajaran saya dari sekolah Melayu (Sekolah Umum Chembong), sehingga darjah empat. Kami belajar semua mata pelajaran dalam Bahasa Melayu. Takda masalah.

Kemudian bapa mahukan saya belajar di sekolah Inggeris untuk cerah masa depan agaknya, maka saya diberitahu supaya menduduki peperiksaan untuk ke sekolah berpengantar Bahasa Inggeris di panggil Special Malay Class (SMC). Saya lulus dan dapat masuk belajar di sekolah Undang Rembau English School (Primary), di dalam kelas SMC One (sama dengan Darjah 4) dan SMC Two (Darjah 5). Semua mata pelajaran diajar dalam bahasa Inggeris. Takda masalah termasuk pembelajaran mata pelajaran sains dan matematik, tanpa ada keciciran.

Di darjah enam kami di kumpulkan semula bersama2 murid2 yang masuk sekolah Inggeris dari darjah satu. Pada masa itu peperiksaan darjah 6 ke sekolah menengah telah ditiadakan dan saya telah ke sekolah menengah Undang Rembau English School untuk pembelajaran seterusnya. Semua pembelajaran juga di dalam bahasa Inggeris. Takda masalah.

Pada masa tu takdelah orang nak tunjuk2 perasaan kenapa ada dua jenis sekolah, mereka merasa bersyukur anak2 dapat pembelajaran percuma dan boleh menjadi pandai. Bahasa pengantar tidak dipentingkan sangat agaknya. Tidak ada campur tangan politik. Yang penting anak2 boleh faham apa yang diajarkan.

Mungkin pada masa itu isu utama ialah untuk membasmi kemiskinan dan buta huruf. Siapa yang mampu belajar di sekolah Inggeris boleh belajar dan siapa yang mahu belajar di sekolah Melayu juga boleh. Yang penting, belajar dengan bersungguh-sungguh. Kini ramai rakan2 dari sekolah dua aliran itu menikmati kejayaan tanpa ada halangan.

Korikulum sekolah dan dasar pelajaran negara telah banyak berubah sejak itu, tetapi yang penting pembelajaran semakin meningkat. Keputusan peperiksaan setiap tahun bertambah baik.

Secara teorinya jika semua pembelajaran telah bertambah baik, tentulah dasar yang digubal telah dapat diimplementasi dengan baik dapat memenuhi keperluan pembelajaran di negara ini.

Jadi, saya merasa hairan apabila ia dianggap begitu teruk hingga perlu diketepikan. Ia terlalu banyak di perkatakan termasuk oleh cerdik pandai bahasa kita.

Anak bongsu saya yang kini belajar di menengah satu dan telah mula belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris sejak ia diperkenalkan, merasakan adalah lebih mudah belajar dalam bahasa Inggeris dari bahasa Melayu, mata-mata pelajaran tersebut. Kawan-kawannya juga merasa begitu. Jika boleh dia mahu ia kekal begitu.

Saya rasa pandangan kanak-kanak ini jujur, apatah lagi mereka yang akan belajar dan mereka juga yang akan menerima akibatnya. Wallauhua'lam.

9 comments:

tchersally said...

Salam Pak Zab,
err..mula2 sekali..PPSMI Pak Zab,bukan PPMSI..

dah terbukti pun dgn pengalaman Pak Zab sendiri kan..tiada masalah andai semangat nak belajar tu berkobar2..Sally sendiri amat setuju dgn PPSMI ni..spt yg kita tahu kebanyakkan terma2 sains n maths ni in English..knp nak d abm kan..mengelirukan dr sudut ejaan..rata2 kalau kita lihat anak2 yg terlibat secara langsung dgn PPSMI ini, tahap penguasaan subjek2 tersebut sgt baik..jgn terkejut kalau dgr budak2 darjah 4,5 atau 6 berbincang ttg sains n maths menggunakan B.Inggeris..beri lah ruang supaya hasilnya dapat kita tuai..usah lah cepat melatah..byk lg isu yg patut d bincangkan drpd PPSMI ni..patutnya kita lebih bincangkan hal mcm mana nak kurangkan pengangguran dgn menyediakan peluang2 pekerjaan dlm negara..tak lah rakyat keluar berhijrah d negara asing..

eh..sorry Pak Zab..terpanjang pulak ni..sekadar luahan seorang guru B.Inggeris..

Zabs said...

Tchersally: Terima kasih kerana betulkan. Saya lebih suka matematiks dari sains tu yang M dulu dari S tu... Hahaha...
Lagi panjang komen lagi bagus..tidak dikenakan bayaran...
Setuju seperti yang Cikgu cakap tu. Jika asyik tukar je, bila nak nampak hasilnya. Lagi pun ia menambah kemahiran bukan mengurangkan.

alan zed said...

too much politicking i might said...

(komen ini sengaja diinggeriskan)

hehe.

zaitgha said...

Pak Zab,

i left words about this kat Nuraina's and one young guy left a very long story in mine...dia cerita pengalaman dia mengajar sementara dia sekolah pendalaman....tapi sekarang dia di Dublin buat medicine....

anak2 saya memang sudah selesa dgn Bahasa inggeris for maths and Science nih.....

zino said...

ada pro dan contra nya.. semuga satu keputusan muktamat di buat.. zaman zino dulu ada dua aliran sekolah.. ada sekolah inggeris dan ada sekolah melayu..

kalau yg dah biasa dengan bahasa inggeris tak jadi masaalah.. tapi kepada yg tak pernah guna.. mendapat tiga masaalah.. masaalah bahasa itu sendiri masaalah nak paham matematik dan sain..

bila dah tak paham mula lah tak minat.. tapi kalau di peringkat menengah rasanya tak ada masaalah kerana waktu tu inggeris dan ada asas dan pemahaman..

Zabs said...

Alan: Bila fahaman politik berbeza, apa saja yang dibuat oleh lawan, jadi tak betul je...

Zai: Apa yang di rancang tidak semestinya baik untuk semua. Keberkesanan sesuatu dasar tu bergantung kepada banyak faktor.
Ia tidak boleh dibuat secara sama rata. Mungkin dasar pembelajaran ini perlu dilaksana mengikut kemampuan pengajar dan pelajar di sesuatu kawasan dan daerah tersebut.

Zino: Kita sama,ada pilihan nak ke sekolah aliran Melayu atau Inggeris. Tetapi tidak lagi sekarang.
Namun pro dan kontra dasar PPSMI ini tentu telah difikirkan sebaiknya sebelum diimplementasi.
Tentu yang pronya lebih sehingga ia telah diguna pakai.
Dari keputusan peperiksaan pun ada kemajuannya. Tak gitu?

Helena said...

Helena mmg a strong believer in PPSMI. Tapi Helena faham juga masalah anak2 org pendalaman yg diperkatakan.

Results UPSR kat my state dah Helena analyse. Most schools yg score are schools yg ala2 Convent and ST John. Yang ada racial mix. Sekolah yg almost 100% malays.... mostly result mereka menurun.

Having said that ada jugak sekolah yg 100% malays ni, results UPSR nya meningkat. For eg ada one school ni (luar bandar), every yr budak yg dapat 5A adalah dalam 15 org. Tapi tahun 2008, dapat pulak 33 org. Meningkat more then 50%. Sekolah lain pun ada yg macam tu tapi percentage not tat high la.

Masalah anak2 kita lebih pada attitude. Bukan pada bahasa.

My eldest UPSR dulu, semua BM. STill... yg score Maths and Science in BM siapa? Orang2 tu jugak..

Tapi again, Helena faham yg di pendalaman, isu bahasa memang memainkan peranan.... Dan anak2 yg terkial2 itu, mmg ada minat dan semangat nak belajar....

Zabs said...

Helena: Setuju dengan pemerhatian anda itu. Mungkin saya hanya fikirkan tentang anak sendiri sahaja.
Seperti kata Zino, ia ada pro dan kon nya. Perancangan manusia walau sebaik mana pun, tidak boleh memuaskan semua pihak.
Oleh itu buat yang terbaik dan InsyaAllah, semoga di beri kebaikan yang di hajatkan.

zuhairi said...

Salam tuan Zab.

Macam tuan Zab jugak, saya memang sokong PPSMI.

Tapi saya tak menyokong PPSMI jika matlamatnya untuk menguasai bahasa inggeris. Itu terang2 dah salah.

Matlamat utama PPSMI adalah supaya bangsa kita mendapat akses yang mudah terhadap ilmu sains dan teknologi, yang secara globalnya menggunakan bahasa inggeris sebagai medium komunikasi utama.

Ilmu sains dan teknologi bergerak dengan begitu pantas.Terutamanya ilmu perubatan dan kesihatan(saya rasa tuan pun tahu).Proses penterjemahan mengambil masa yang agak lama, kosnya agak tinggi dan rasanya tidak efisyen pada zaman kemelesetan sekarang ni. Di dalam tempoh penterjemahan ini, sudah tentu banyak teori atau penemuan baru akan dihasilkan dan apa yang diterjemahkan sebelum ini akan menjadi tidak relevan lagi. Dan saya rasa tidak mungkin penerbit buku2 antarabangsa seperti Lange, Elsevier Saunders, LWW dan lain2(medikal) akan bermurah hati untuk melakukan penterjemahan buku2 mereka tanpa penambahan kos penerbitan. Satu lagi kerugian kepada kita.

Terdapat banyak sumber2 ilmu berkaitan sains dan teknologi di laman2 internet, majalah, media interaktif dan sebagainya, dan hampir semua adalah di dalam bahasa inggeris(saya tak tahulah kalau ada undang2 penterjemahan wajib di negara ini). Alangkah malang dan sedih jika bangsa kita gagal memanafaatkan ilmu2 yang tersedia ini gara2 apa yang dipanggil sebagai "language barrier".

Memang betul negara2 seperti korea dan jepun mampu menguasai sains dan teknologi di dalam bahasa mereka sendiri.Tapi ini lebih kerana
1) Mereka pada mulanya menguasai bahasa inggeris, menghantar anak2 mereka ke seluruh dunia untuk menimba ilmu,memajukan diri mereka dan akhirnya berjaya menghasilkan teknologi dan penemuan baru tanpa perlu bergantung kepada barat lagi.
2) Rakyat mereka terdidik dengan sikap yang betul seperti cintakan ilmu, berusaha gigih dan tidak merungut/mencari jalan pintas(macam menyindir bangsa sendiri kan?)
3) Mereka telah menguasai sains dan teknologi pada zaman 80-90an,dimana ilmu sains dan teknologi tidak berkembang dengan begitu pesat dan pantas seperti sekarang, maka mereka masih boleh bersaing dengan barat.

Secara jujurnya,adakah bangsa dan negara kita mempunyai ciri2 seperti di atas?

Adakah negara seperti indonesia yang menggunakan bahasa indonesia dalam penyampaian ilmu lebih maju dari kita?

Kita terpaksa akui bahawa negara kita telah terlalu jauh ketinggalan di dalam perlumbaan menguasai sains dan teknologi berbanding negara2 lain. Maka untuk memartabatkan kembali bangsa(dan seterusnya bahasa) kita, maka jalan pintasnya adalah melalui penguasaan bahasa inggeris dan seterusnya sains dan teknologi. Apabila kita telah pun kuat dan maju, maka bolehlah kita tukar balik ke bahasa melayu.

Seterusnya.......