Tuesday, March 10, 2009

Keperluan Atau Keinginan

Saya tertarik dengan salah satu nasihat dari seorang billioner terkenal Amerika, yang disarabkab kepada semua untuk diikuti dalam menempuh zaman kemelesetan ekonomi sekarang ini. Bukanlah saya peminat setia beliau tetapi jika ia nasihat yang baik perlulah diikuti jika mampu. Tak gitu?

Nasihatnya lebih kurang bermaksud, "Jangan terlalu ghairah membeli barangan yang tidak kita perlukan, kerana suatu hari nanti kita mungkin terpaksa menjual barangan yang kita amat perlukan."

Apa yang beliau maksudkan di sini amat jelas. Saya ingin mengingatkan diri saya dan sesiapa juga yang ingin dingatkan supaya berfikir dahulu, terutama pada masa2 gawat sekarang ini, samaada ianya hanya satu keinginan atau memang betul2 diperlukan sebelum berbelanja. Jangan berbelanja mengikut keinginan, tetapi ikut keperluan.

Secara fitrahnya, manusia sentiasa mempunyai keinginan yang berbagai. Begitu juga kerajaan yang memerintah. Malah dalam mengemukakan Bajet Tambahan pun kemungkinan perbelanjaan besar yang akan dikeluarkan bukan benar2 satu keperluan, tetapi hanya satu keinginan yang mungkin tidak akan memberi nilai tambah untuk menjana kelembapan ekonomi negara sekarang ini.

Saya bukan pakar ekonomi untuk memberi komen tentang perkara ini. Apa yang saya mampu lakukan ialah berdoa, agar semua langkah yang diambil untuk merangsang ekonomi negara akan berjalan seperti dirancangkan. Hanya masa sahaja yang akan menentukannya nanti. Wallahaua'lam.

14 comments:

tchersally said...

Salam Pak Zab,
menarik topik ni..
sebagai manusia ni, keinginan utk memiliki tu sentiasa ada..cuma yg beza zaman sekarang ni dgn zaman dulu..perkara/benda yg dulunya dianggap sbg mewah (accessory) dah jadi keperluan (necessity)..ape2 pun kita kena berbelanja secara bijak..

Yunus Badawi said...

RM60 billion bukan senang nak dibelanjakan. Saya pasti ada yg dibelanjakan cuma utk menghabiskan peruntukan.
Sudah tentu ramai pembekal dan kontraktor yg mengharapkan sesuatu dari bajet mini ini.
Tongkang pecah jerung kenyang.

aNIe said...

Salam Zabs...

Masa gawat atau tidak...sepatutnya kita dpt membezakan antara keperluan dan keinginan....

Zabs said...

Sally: Boleh berbelanja, tapi biar ikut kemampuan dan secara seperti kata cikgu tu...

YB: Kalau jerung je yang kenyang, tentu tak adil. Biarlah semua spesies ikan yang merasa. Sikit sama sikit,kalau banyak lagi bagus.

Anie: Setuju. Jika masa senang dah berjimat. Tentu tak jumpa masa susah....betul tak?

Neeza Shahril said...

memang seronok berbelanja.. tapi, kalau bijak membeli yang perlu serta meninggalkan yang tak perlu, Insyaallah, kita tak akan menyesal kemudian hari...

en_me said...

salam pak zab, thanx for d info tewww..

blackpurple @ jowopinter said...

Salam tuan.

Betul. Apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu.

Saya sekarang kalau keluar rumah, bawa duit 'ngam-ngam' dalam poket. Kalau bawa lebih takut terbeli yang 'bukan-bukan'. :D

alan zed said...

keperluan rakyat atau keinginan kerajaan? interesting. :)

Zabs said...

Neeza: Bijak jangan tak bijak.

En.Me: Selamat berbelanja dengan bijak.

BP@JP: BerhAti2 juga kalau berjalan2 di kedai pinGgan mangkuk. Takut terlanggar, pecah, takda duit lebih untuk membayar ganti rugi...

Alan: Kena fikirlah sendiri...

Sastri said...

salam uncle...

err... bab-bab makan ni saya susah sikit sebab teringin... cuma saya sentiasa pastikan tidak berbelanja (walau untuk apa sekalipun) melebihi bajet saya... :)

Yunus Badawi said...

Saya ni nak kategori ikan bilis pun belum layak rasanya. Mungkin setakat plankton.

Mama Rock said...

pak zabs, saya harap allocationnya nanti untuk yang telah di plan kan :)

ps - saya sudah put on hold window shopping handbags di sini :)

Zabs said...

Sas: Satu pendirian yang amat baik. Semoga anda menjadi pesara jutawan 30 tahun lagi. Insyaallah.

YB: Tak kira bilis atau plankton atau jerung sekali pun, semuanya ada peranan yang perlu dilakukan.
Jika agihan dibuat tanpa memilih kroni atau sebaliknya. InsyaAllah kita boleh dapat hasil yang baik.

MR: Semoga begitulah hendaknya.
Sementara itu, handbags yang penuh di dalam almari tu boleh gunakan dulu.
Anak2 pun dah tak gunakan handbag lagi kan. Nak turunkan kepada siapa lagi. Kena guna sendirilah sampai habis.

MAAZ said...

I FOUND THE CRYSTAL PACKAGE MOST INTERESTING ONE AT www.auracamera.com