Thursday, March 19, 2009

Bersamalah Kita

Sejak mula disiarkan di tivi, saya selalu juga menonton rancangan Bersamamu yang membawakan kisah sedih rakyat kita di Malaysia yang telah menjadi negara membangun ini.


Kekadang tu saya merasa amat teharu dengan keadaan mereka yang disiarkan itu. Sehinggakan untuk mendapat makan sekali sehari pun tidak mampu. Dengan anak yang agak ramai pula, tentulah tidak mampu untuk dihantar belajar ke sekolah.Jika ini berlaku, tentunya, mereka juga akan mewarisi kemiskinan yang dirasai oleh ibu bapa mereka itu.


Ironinya, satelah keluarga ini dikenalpasti oleh pihak tivi, dengan sekelip mata, semua mereka yang dermawan telah datang dengan bantuan yang mencurah2 untuk mereka. Termasuklah jabatan kerajaan yang sepatutnya betanggungjawab untuk menghapuskan kemiskinan ini. Badan zakat pula mula menjalankan siasatan untuk mengesahkan mereka ini layak dan turut menghulurkan bantuan sewajarnya, di mana sepatutnya telah ada tersedia bahagian tertentu untuk asnaf ini.


Persoalannya perlukah golongan ini di”malukan” begitu rupa untuk tontonan jutaan rakyat di negara kita ini sebelum mereka mendapat bantuan? Tidak bolehkah mereka2 ini dibantu tanpa perlu diberi publisiti yang negatif itu?


Sebenarnya bukan mereka sekeluarga sahaja yang mungkin akan merasa malu dengan pendedahan tersebut, tetapi sanak saudara mereka juga mungkin akan merasa tempiasnya. Mereka mungkin akan dianggap tidak bertanggungjawab kerana membiarkan saudara mereka itu kelaparan dan hidup dalam kedaifan.


Memang betul tangan yang di atas adalah lebih baik dari tangan yang di bawah, tetapi biarlah, apabila tangan kanan memberi, ia tidak diketahui oleh tangan kiri. Wallahua’lam.


Nota Zabs: Anak ini baru berusia 12 tahun dan masih bersekolah. Dia sudah pandai berusaha sendiri untuk mencari rezeki. Tentu tidak bermasalah apabila dewasa kelak. InsyaAllah.

12 comments:

Mak Su said...

seronok tgk budak2 yang pandai berdikari sejak kecil :)

Pp said...

setuju!

zino said...

derma dan bantuan dah di komersialkan.. pasal tu masing2 berebut nak hulur bantuan yg masuk tivi

tapi bantuan yg tak masuk tivi pun ada kita pun tak tau pasal tak masuk tivi hehe

tchersally said...

Salam Pak Zab,
mmg dah jd trend, bila ade bencana ke..perang ke..kalut ribut semua nak kutip derma..nak hantar jauh2 pula tu, entah sampai ke tidak..wallahu'alam..yg depan mata tak pulak peduli..hmm..sebab bila bantu yg depan mata ni..tak de press conferece,tak de mock check,tak de lip lap lip lap lampu camera,tak de wartawan dtg buat liputan..smua buat kerna nama..eh..panjang pulak komen nih..

Pak Zab..mana gambar si comel semalam tu??

Raden Galoh said...

Salam Pak Zab...
Lambat bertindak adalah salah satu moto badan2 tertentu...tidak peka mungkin, tidak ambik endah pun mungkin, tapi bila sudah heboh diberitakan baru rasa macam tamparan pulak... nakkan publisiti barulah berlumba-lumba nak ke depan...

InsyaAllah anak kecil itu pandai dalam hal survival diri...

oh ye...tahniah di atas kehadiran cucu ke dalam keluarga pak Zab... meriah tentunya.

Zabs said...

Mak Su: Bertuah ibu bapa mereka.

Pp: Satu pandangan yang jujur.

Zino: Jika kemegahan yang dicari, tentu keihklasannya akan diragui.

Sally: Panjang takpa. Saya ucap terima kasih kerana cikgu tambah nilai tentang apa yang saya tulis.
Gambar yang mana agaknya ye? Yang ada tu tak cukup comel ke? Hahaha...

RG: Begitulah apa yang kelihatannya.
Jika di zaman sahabat dahulu, Khalifah akan berjalan di waktu malam untuk mencari rakyat yang dalam kesusahan untuk diberi makan.
Pada zaman sekarang pemimpin berjaln malam juga, tapi nak cari pewakilan (yang tidak susah) untuk beri makan (supaya sokong mereka). Wallua'lam.

tchersally said...

err..Sally baca n3 ni dulu, baru baca n3 sebelum niii..rupa2nya dah ade gmbr si comel tu..semalam hanya ada tajuk,bila nak read..tak boleh..

PINATBATE said...

Salam ziarah Pak Zab..
Kalau tak ada rancangan "bersamamu" tu orang tak perasan kat Malaysia ni masih ada ramai orang yg susah dan miskin..bila dah masuk tivi barulah terbuka mata dan minda.......

Neeza Shahril said...

nampak sangat tak ikhlas kan.. nak kena tayang kat tv.. kalau betul nak tolong, tolong je lah. Masa Neeza kerja dulu, ada beberapa budak susah. Mintak duit zakat punyalah susah procedure.. macam2 dia mintak.. last2 tak boleh jugak buat.. kalau anak seseorang tu senang aje dapat walaupun dia sememangnya tak layak langsung terima duit zakat.. tak boleh tulis lelebih sekarang pak zabs.. nanti kena tangkap.. heheh..

Zabs said...

Sally: Sebenarnya semasa nak published N3 tu, ada masalah nak upload gambar. Mungkin semasa Sally baca tajuk tu saya sedang berikhtiar untuk uploadkannya dan tidak berjaya.

Pinatbate: Biasalah macam tu kan. Harapnya jabatan kebajikan dan badan zakat tu biarlah lebih proaktif, tidak bertindak secara reaktif sahaja.

Neeza: Itulah realitinya. Kalau duit yang sepatutnya diagihkan kepada yang berhak pun susah nak dilakukan, bagaimana jika duit sendiri nak berderma. Wallahua'lam.

blackpurple @ jowopinter said...

Salam Tuan.

Saya memang agak skeptikal sedikit dengan rancangan Bersamamu itu sejak dari dulu2 lagi. Saya ada sebab tersendiri. Menolong golongan susah memang satu kewajiban tapi dari sudut lain, kesusahan orang itu bukan sesuatu yang sesuai 'dikomersialkan'. Entah.


Belum terlambat rasanya untuk ucap tahniah atas kelahiran cucu kedua. Alhamdulillah.

13may said...

salam uncle...

tapi saya ada juga mendengar cerita bahawa program tu kadang2 hanya lakonan semata mata...


Wallahualam...