Wednesday, November 08, 2006

Antara Dua Darjat

Berikut adalah petikan dari berita yang dikeluarkan oleh surat khabar Utusan Malaysia pada 7hb November 2006:
“Mohd. Said (YB Jasin) turut mengkritik guru agama atau ustaz yang menuntut bayaran tinggi untuk memberi ceramah agama sedangkan ia sepatutnya diberi secara sukarela atas nama mengembangkan agama Islam. ‘‘Nampaknya ustaz kita dah jadi macam Siti Nurhaliza, (yang) harus dibayar ribuan ringgit untuk mendapatkan perkhidmatan yang murni iaitu menyebarkan pengetahuan agama.”
YB Jasin dan rakan sejawatannya yang lain agaknya tentu setuju kalau elaun mereka pun tak perlu dibayar, kerana mereka pun buat kerja murni untuk rakyat. Tentu juga mereka tak perlu buat banglo tiga, empat tingkat, beli kereta mewah 3/4 biji dan bercuti ke luar negeri setiap tahun. Tetapi realitinya mereka mahu juga dibayar ribuan ringgit macam penghibur yang banyak melalaikan pendengar itu.
Tetapi YB Jasin sungguh tidak setuju bila ustaz-ustaz yang berceramah untuk mengembangkan syiar agama Islam minta di bayar sedikit imbuhan, kerana pada beliau meraka harus buat kerja tersebut secara sukarela. Mungkin mereka mahu ustaz-ustaz ini berjalan kaki atau naik motor kapcai saja untuk pergi memberi kuliah tersebut dan hanya tinggal di rumah-rumah murah sahaja.
Mungkin YB ni tak tahu menilai mana yang harus diberi penghargaan, atau dah takda modal lagi dengan pihak Kastam agaknya?

6 comments:

kakLuna said...

alahai YB Jasin..
kalau Harussani yang menegur tu, ada jugak logiknya orang nak accept..ini..?

betul lah..mungkin dh takde modal dgn kastam kot..

Hamka said...

jika di lihat apa yang di cakap, tanpa lihat orang yang bercakap,
betul sangat!!!!

blackpurple said...

Elok YB itu tengok2 dan jahit dulu kain sendiri yang koyak sebelum menegur kain orang lain...

Jiwa Rasa said...

Yang sedih nya orang macam ni pun masih ramai yang sayang. Kalau tak percaya tunggu pilhanraya akan datang.

zabs said...

kakluna:
orang akan buat apa untuk terus popular... (tak kira popular kerana apa pun)

hamka:
kalau lihat orang yang cakap dan apa yang dia cakap, sangat betul juga.

blackpurple:
kain dia orang lain tolong jahitkan, tyu yang tak ingat diri tu.

jiwa rasa:
takda pilihan, dari naga baik buaya kot...

Hucs said...

hakikatnye, bair siapa pun bercakap, kalau benar dan betul, maka benar dan betul lah sangat2..

namun, sebagai melepas geram, boleh la tambah..elleeh...cakap tak serupa bikin..

positifnye, Allah sedang mentarbiyah kita dan ustaz2 tadi