Tuesday, January 06, 2009

Pemandu Baru

Pada 5hb, anak lelaki saya yang masih belajar, lulus ujian memandu, setelah dua kali mengambilnya. Jika diambil kira rakan sebayanya yang lain, beliau agak terlambat, dalam mendapatkan lesen memandunya itu.

Tetapi kelihatannya, beliau tidak merasa ketinggalan pun kerana kebanyakan kawan2nya sudah ada kenderaan sendiri dan sentiasa boleh diharap untuk mengambil dan menghantarnya ke mana sahaja dia hendak pergi. Malahan untuk balik ke Universiti pun mereka sanggup menghantarnya.

Walau apa pun, pada hari itu, anak saya adalah salah seorang dari ribuan pemandu baru yang telah diberi kebenaran untuk memandu di jalan raya kita, di seluruh Malaysia.

Mereka2 ini akan menjadi penyumbang kepada kesesakan dan keselamatan di jalan2 raya kita nanti.

Untuk mempraktikkan kemahiran mereka, mereka tentu tidak boleh sentiasa menggunakan kereta saudara mara atau rakan2 sahaja. Mereka tentunya mahukan kereta sendiri. Apa pun itu tidak menjadi masaalah asalkan mampu.

Tentunya ia akan memberi sedikit bisnes kepada penjual2 kereta baru atau terpakai, kerana tentunya mereka2 ini kebanyakannya tidak mempunyai kereta lagi .

Tetapi apa yang dirisaukan nanti ialah akan bertambah lagi pemandu yang tidak berpengalaman, berdarah muda dan sukakan kepada kelajuan, di jalan2 raya kita.

Diharap semua pemandu2 muda dan baru ini (yang dah lama dan berpengalaman pun begitu juga), supaya sentiasa ingat, kenderaan itu adalah satu amanah (nikmat) yang diberi kepada kita untuk mudah begerak ke destinasi yang kita ingin pergi.

Jika kita memandu ke JB dari KL yang jauhnya 300km misalnya, pada kelajuan 100km, mungkin akan mengambil masa selama 3 jam. Pada kelajuan 150km pula kita mungkin akan mengambil masa 2 jam sahaja.

Ini bermakna kita boleh sampai 1 jam lebih awal. Tetapi ada kemungkinan, kita tidak akan sampai langsung ke JB, sebaliknya akan sampai ke "Batu Dua" pula.

Tetapi ini bukan pula bermakna, dengan memandu perlahan tidak akan berlaku kemalangan, tetapi pada kelajuan yang kurang itu, impak dari perlanggaran juga akan kurang dan tali pinggang keledar mungkin boleh menahan penumpang dari tercampak keluar. Wallahua'lam.

APA-APA PUN, SENTIASALAH BERHATI2 DI JALAN RAYA.

15 comments:

Pp said...

Tahniah kepada anak muda ZABS yang baru mendapatkan lesen memandu! Saya memang suka dulu2 bila anak sulung saya mendapat lesen.....terasa dapat berkongsi tanggung jawap memandu....cuma cuma cuma, bila kita bwrsama, rasa macam tak yakin jika dia yang memandu!! hehehehe fenomena serupa mungkin di alami olih ZABS juga...

Kerp (Ph.D) said...

tahniah pada anak pak Zab.

saya selalu nasihatkan budak2 muda yang ingin beli motor utk fikir 2-3 kali. bukan apa, dari bawak motor, apa kata beli je keta kecik mcm kelisa ataupun kancil. mungkin ianya kecil dan kurang bergaya tapi at least 50% lebih selamat. kita mungkin cermat tapi pemandu yang lain belum tentu lagi.

Zabs said...

PP: Setuju dengan pandangan tuan itu. Ini anak keempat saya yang telah mendapatkan lesen memandunya. Abang2 dan kakaknya yang telah lama lulus pun, saya masih rasa kurang yakin menumpang mereka..hehe.

Kerp: Saya sendiri tidak pernah punyai atau membawa motorsikal sendiri. Jadi, saya tidak akan belikan untuk anak2 walau pun mereka pernah minta untuk dibelikan.

alan zed said...

tahniah kepada en. hariz... :)

pB said...

Serius nyer ...

Akmal said...

Argh! Takde lesen lagi!
Tapi 5 hb, pun saya ada test hahaha. Lepas ke tak tu, InsyaAllah :)

Zabs said...

Alan: Dah mula nak ngorat2 nak bawa kete pulak dah....

pB: Serius sedikit, zaman ekonomi tak menentu ini.

Akmal: Test yang itu lebih penting. InsyaAllah lah tu. A+ semua. Lesen memandu boleh tunggu...

Neeza Shahril said...

tahniah untuk anak pak zabs..

neeza dapat lesen pada umur 23 tahun. lagi lah lambat.. paling lewat dalam adik beradik tapi tak kisah pun sebab neeza memang penakut..
masa tu ambik lesen, mesti kena P dulu.. neeza tak drive 2 tahun semata-mata tak nak pasang P. Lepas 2 tahun baru drive.. hehee..

Zawi said...

Pak Zabs,
Tahniah pada anak Zabs. Anak-anak saya pula ditentukan mengambil lesen kereta selepas peperiksaan SPM sebab masa tu mereka ada banyak kelapangan. Selepas lulus saya akan memberikan mereka kursus mengenai 'the finer points of driving' yang selalunya tidak diajar di sekolah memandu yang cuma mementingkan cara untuk lulus ujian sahaja. Sebab tu saya merasa selesa dan yakin apabila menumpang kereta yang dipandu oleh anak-anak saya sebab gaya memandu kami sama.

Zabs said...

Neeza: Saya dulu dah 24 tahun baru dapat lesen dan beli kereta pertama pada umur 27. Selama 3 tahun tu takda bawa kereta pun. Asyik renew lesen je.
Sekarang umur 20 dah ada kereta sendiri..nasib badan, tu yang tak tahu nak bersyukur tu..

Zawi: Anak yang ni selepas SPM kena PLKN, kemudian terus masuk matrik dan U. Semasa di U baru dia rasa nak belajar memandu.
Saya takda buat kursus seperti Zawi tu tapi semasa membawa mereka kemana saya buat in situ nya training untuk kereta..hahaa...

Sastri said...

tahniah kepada anak bujang uncle...

kadang bila kita yang berhati-hati, kemalangan tetap menimpa sebab pihak yang satu lagi reckless kan?

teringat pesan ayah baru ni, jangan memandu laju sangat... yang penting selamat sampai... :D

Zabs said...

Sas: Betul ajal maut di tangan Tuhan. Tetapi kita juga dilarang mencampakkan diri kita kepada kebinasaan/kecelakaan. Jadi perlu berusaha untuk menjauhkannya.
Setuju dengan pesanan saudara uncle tu, jangan memandu laju, yang pentng sampai dengan selamat.

muteaudio said...

Pak Zab,
Saya umur 25 tahun baru dpt lesen, tu pun lepas boss suruh ambil.

Dah pass, boss bagi kunci kenderaan company...van Toyota Hiace. Dah lah takde power steering, besar pulak tu. Terasa macam bawa kereta kebal.

Zabs said...

Muteaudio,
Kereta pertama saya Honda Civic 4 pintu (1978). Masa tu mana ada auto ni. Gear manual je...
Dapat bawa van company, ok juga. Tak payha nak beli kereta dan isi minyak sendirikan?

CJ-alhafiz said...

assalamualaikum uncle....
Malaysia memang mempunyai fasiliti dan pengurusan sistem pengangkutan yang world class... tapi sikap pemandu kita masih lagi minda kelas bawah terutama anak2 muda skarang ni. So, ape pendapat uncle dengan fenomena remaja skrg mcm mat rempit dan sbgnya....

Sebagai anak muda, saya juga agak terkilan jugak la kan sebab ada sesetengah remaja tu mati katak saja atas jalan raya. So, sebagai seorang yang berpengalaman saya mintak la pendapat dari uncle... Salam perkenalan jugak untuk uncle.