Thursday, December 07, 2006

Tender oh Tender...

Syarikat kami baharu sahaja menyiapkan satu dokumen tender untuk dihantar dan pertimbangkan bagi satu projek sebuah Jabatan Kerajaan.

Kami diberitahu terdapat 9 syarikat telah membeli dokumen tender tersebut, tetapi hanya lapan telah datang untuk taklimat, dan dari khabar2 angin yang didengar kemungkinan hanya 3 sahaja syarikat yang akan menghantar kembali dokumen tender tersebut.

Spesifikasi kerja yang memerlukan 5 bidang yang jauh berbeza yang tidak mungkin dipunyai oleh satu syarikat mungkin punca tidak ramai yang berminat. Pengabungan akan meningkatkan kos pelaksanaan dan melebihi dari jumlah yang diperuntukkan.

Besar kemungkinan tender ini akan di tender semula dan spesifikasi kerjanya diubahsuai. Semoga ini akan berlaku dan Jabatan tersebut perlu membuat anggaran kerja yang diperlukan dengan harga yang hendak dibayar untuknya. Jika peruntukan yang ada hanya mampu untuk membeli WIRA jangan PERDANA yang di harapkan.

3 comments:

blackpurple said...

Baru minggu lepas submit satu tender untuk agensi kerajaan.

Kalau satu tender RM300, dan ada 50 kontraktor yang masuk. Hhmm.... jual dokumen tender pun dah untung...!

zabs said...

blackpurple:
Gitulah. Cuma bidang saya tak ramai orang minat, 10 maksimum. Tak boleh buat duitlah depa. Harga dokumen RM50 atau RM100 je. He he he..

13may said...

hehhe...tersenyum membaca komen BP pasal jual dokumen tender tu:D