Semalam saya mendapat surat dari pihak LHDN, Wangsa Maju, untuk datang ke pejabat mereka, untuk menyelesaikan masalah, potongan cukai berjadual (PCB) untuk gaji saya, bagi bulan Mac dan April 2006.
Pagi ini saya datang awal ke pejabat untuk menyemak, samaada PCB tersebut ada di buat atau tidak. Mengikut rekod kami, tidak ada yang tertunggak untuk tahun 2006. Tetapi untuk bulan Mac dan April ia telah lewat di bayar kerana, ada sedikit kegawatan pada masa tu, dan ia lewat sebulan dibayar (di bayar pada Mei 2006).
Saya ke pejabat LHDN selepas itu. Apabila diberitahu tentang PCB yang tidak tertungak itu, pegawai yang dirujuk memberitahu bahawa kami, sebenarnya telah didakwa kerana kelewatan membuat bayaran PCB, bukan sebab ada tunggakan. Untuk menggelak dari dibawa ke mahkamah pada 31 Oktober, saya memutuskan untuk membayar kompaun RM300 sebulan itu. Ini bermakna syarikat (saya) perlu membayar RM 600 secepat mungkin kepada LHDN.
Pengajaran. Walaupun gaji pekerja tidak dapat dibayar pada hujung bulan, PCB yang telah ditetapkan mesti dibayar juga sebelum 10hb setiap bulan oleh majikan.
Terlanjur telah berada di sana saya memutuskan untuk menyemak baki cukai yang saya masih terhutang. Dari semakan itu saya dapati LHDN ada memegang wang terlebih kutip dari saya sejak 2004. Oleh kerana cukai saya bagi tahun 2006 lebih dari bayaran PCB saya, maka duit itu telah dikontra untuk bayaran cukai, dan saya hanya perlu tambah sedikit sahaja lagi. (Cuma saya rasa nak minta diorang bayar kompaun pada saya pula, kerana pegang duit saya tanpa izin sejak 2004 itu. Adil tak?)
Walaupun urusan saya sekejap saja, tetapi terpaksa menunggu hampir satu jam, kerana ada satu mamat tu, besar sangat masalah cukai dia. Lebih satu jam dia menghadap pegawai cukai perempuan yang sabar melayannya itu. Sampai dua tiga kali dah nak bangun , tapi dia duduk semula.
Sementara menunggu, saya cari2lah benda nak dibaca, sebab takda bawa buku atau surat khabar. Dan inilah yang saya jumpa untuk dibaca, dirak majallah yang disediakan:
WANITA keluaran Disember 1990
Motherhood keluaran March 1991

Dan Terbaru
SAJI keluaran Januari 2006
Tak jadi saya nak membaca, kerana macam masuk arkib negara pula.
Di sini juga saya nak kongsi satu sms yang saya terima dua kali semalam.
Hari ni HARI JANTUNG SEDUNIA:
Kita jalan, jantung jalan.
Kita berhenti, jantung jalan.
JANTUNG BERHENTI, KITA JALAN
Sayangi jantung anda.
(Kawan saya yang dimasukkan ke wad pada 15hb Ogos tempuh hari sudah bertambah sehat sekarang. Alhamdulillah).